Waktu Persekolahan Pada Bulan Ramadan 2013

Dengan Bismillah,
Saya baru sahaja melawat laman sesawang KPM, dan sempat membaca satu surat siaran mengenai pemberitahuan waktu persekolahan sepanjang bulan ramadan 2013. Teringat kengkawan yang bertugas pada sesi persekolahan petang atau ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah sesi petang. Tentu maklumat ini berguna untuk kalian kan?

Di sini, saya ingin kongsikan mengenai waktu persekolahan sepanjang bulan puasa iaitu di semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Sarawak. Jangkaan kita akan mula berpuasa ialah pada 10 Julai 2013 ( Rabu ). Tentulah para ibu bapa dan orang awam secara umumnya faham bahawa waktu berbuka puasa adalah berbeza dan berubah-ubah antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain.

Sehubungan dengan itu, KPM telah membuat keputusan membenarkan sekolah sesi petang yang mempunyai murid dan guru beragama Islam menamatkan sesi persekolahan seawal jam 5.30 petang bagi negeri-negeri di semenanjung Malaysia.

Sementara bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan pula dibenarkan menamatkan sesi persekolahan sesi petang pada jam 5.00 petang. Waktu ini adalah tertakluk sepanjang bulan ramadan sahaja.

Jadi, saya harap perkongsiaj ini memberi manfaat kepada semua ibu bapa dan pengunjung blog ini.
Selamat menjalani Ibadah puasa:)-

Sumber : Surat Siaran KPM bil 15 tahun 2013.

Post a Comment

4 Comments

  1. Bagus..KPM prihatin, semoga ianya memberi kemudahan buat mereka yg terlibat.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, singgah kali pertama dan follow. Sudilah ke blog saya dan follow. terima kasih.

    jadi untuk sesi persekolahan pagi seperti biasalah ya, waktu baliknya?

    ReplyDelete
  3. ye betul tu BM.Lagi bagus kalau sektor perkhidmatan lain buat yang sama, tapi kalau tak boleh, kita yang berpuasa kenalah pandai sesuaikan dengan situasi bulan ramadan..:)-

    ReplyDelete
  4. terima kasih dtg sini TI, biasanya surat ini dipanjangkan kepada PPD dan juga guru besar sekolah. pihak pengurusan akan keluarkan pemberitahuan khas mengenai waktu persekolahan sek masing2.Jadi sy rasa, sek sesi pagi tak termasuk dalam surat siaran ini.last, selamat dtg Tetamu istimewa ke blog ini..:)-

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!