Hari Arafah Yang Sebenar di Malaysia

Dengan Bismillah dan Salam Sejahtera,
Saya ingin kongsikan berita yang baru sahaja saya baca dari laman Sinarharian mengenai tarikh sebenar rakyat Malaysia boleh berpuasa sunat Hari Arafah.Sebelum ini, saya ada juga mendapat beberapa sebaran info yang berbeza berkenaan pelaksanaan puasa sunat Hari Arafah.Masing-masing berkongsi pelbagai hujah dan pandangan sebab musabab Hari Arafah jatuh pada hari Jumaat ( 3 Oktober 2014) atau hari Sabtu ( 4 Oktober 2014).

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan hasil cerapan hilal (penentuan awal bulan) yang dibuat Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura (Mabims) mendapati 9 Zulhijjah (Hari Arafah) jatuh pada 4 Oktober 2014( Sabtu).

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, perbezaan hari dan waktu antara Malaysia dan Arab Saudi menyebabkan timbul kekeliruan berhubung kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia dan pelaksanaan puasa sunat Arafah.


Berikut beberapa maklumat penting yang boleh difahami oleh semua pembaca berkenaan mengapa Hari Arafah di Malaysia tidak bersamaan dengan Hari Arafah di tanah Arab:

  • Untuk penentuan awal Zulhijjah 1435H, kebanyakan negara di seluruh dunia telah mencerap hilal pada petang 24 September 2014 yang lalu, termasuklah Mabims. Arab Saudi dan negara-negara Timur Tengah juga mencerap hilal Zulhijjah pada tarikh yang sama.
  • Tiada negara anggota Mabims melaporkan telah berjaya mencerap hilal pada petang 24 September 2014. Di Malaysia, 29 tempat cerapan rasmi keseluruhannya melaporkan tidak berhasil mencerap hilal. Justeru, Malaysia dan kesemua negara anggota Mabims menetapkan awal Zulhijjah pada 26 September 2014 seterusnya akan menyambut Aidiladha pada 5 Oktober 2014.
  • Di rantau Timur Tengah pula, Arab Saudi dilaporkan telah berhasil mencerap hilal Zulhijjah di kawasan sekitar Shaqra dan Sudair berdekatan dengan Riyadh seterusnya menetapkan wuquf di Arafah jatuh pada 3 Oktober 2014 dan Aidiladha pada 4 Oktober 2014.
  • Perbezaan tempat terbit matahari dan bulan (matla) Malaysia berbeza dengan Arab Saudi yang berkedudukan lebih barat menyebabkan peluang kenampakan hilal lebih tinggi di negara berkenaan.
  • Perbezaan waktu kedua-dua negara adalah sekitar lima jam. Justeru, ketika hilal dicerap pada waktu matahari terbenam di Arab Saudi, kedudukan hilal tersebut lebih tinggi berbanding di Malaysia.
  • Bukan semua negara di dunia dapat berpuasa pada detik yang sama, sekiranya semua orang ingin berpuasa Arafah pada detik yang sama dengan orang-orang di Arab Saudi Jumaat ini, maka ketika orang-orang di Arab Saudi baru memulakan puasa, orang-orang Islam di Malaysia sudah lama memulakan puasa menghampiri waktu tengahari, orang-orang Islam di New Zealand sudahpun menghampiri waktu berbuka.Maka jadilah orang-orang Islam di New Zealand berpuasa Arafah jauh mendahului apa yang sedang berlaku di Arafah.
  •  Ringkasnya, kaedah penentuan Aidiladha di Malaysia yang berpandukan kepada cerapan hilal Zulhijjah sendiri dan tidak terikat dengan hasil cerapan hilal Zulhijjah Arab Saudi adalah tepat.
  • Namun, negara atau rakyat Malaysia yang berada sekitar Arab Saudi atau negara-negara sebelah barat Arab Saudi (atas dasar imkanur-rukyah atau peluang kenampakan hilal menjadi lebih besar sebelah barat negara yang berhasil rukyah hilal) perlu beraya bersama Arab Saudi.\
semoga mendapat kefahaman yang jelas dengan info yang dikongsikan ini..:)

Post a Comment

0 Comments