Friday, October 03, 2014

Resepi Mudah Buat Cup Cake Coklat Kukus

Dengan Bismillah dan Selamat Sejahtera,
Dalam entri Buat kek Coklat Kukus sebelum ini, saya ada ceritakan serba sedikit asal usul saya yang tidak pernah ada pengalaman membaking segala mak nenek kek pun sebelum ni.Namun pada zaman yang serba berteknologi maklumat ini,tiada yang mustahil untuk kita mencuba sendiri atau buat sendiri kek yang kita sukai.

Cakap tentang Cup Cake Coklat Kukus ni,banyak betul versi dan cara orang membuatnya.Itu belum tengok part gambar-gambar cup cake yang mengugat jiwa raga macam kat bawah ni:





Boleh juga tengok dekat sini : Cara Kukus Cup Cake Coklat Kukus. saya kongsikan cara macam mana saya kukus cup cake coklat dalam pengukus.Manalah tahu, ada yang ingin tahu.Saya guna cup cake container kecik tu je.Kebetulan kat rumah banyak lebihan buat dadih.

Asalkan sahaja kita ada minat dan kesungguhan untuk belajar, buat apa pun mesti jadi dan berhasil kan?Ok, tak payah panjang berjela untuk mukaddimah resepi kali ini,saya ingin pula belajar buat kek cawan atau biasa kita sebut cup cake.Bebudak dekat rumah saya ni memang sukakan kek coklat.Ko buatlah kek rupa apa pun, janji ada bau coklat,mesti laris punyalah.muahaha.

Saya ada kongsikan gambar cara saya buat Cup Cake Coklat Moist Dengan Sukatan Cawan di rumah-Kalau anda ingin lihat resepi dan bahan yang saya gunakan bolehlah tengok dekat sini : Cara Buat Cup Cake Coklat Moist Dengan Sukatan Cawan.

Gambar cara buat cup cake coklat sedap
Ini cup cake coklat moist yang saya buat untuk anak-anak.Memang sangat moist dan sedap
cup cake dengan resepi ini.Cubalah ya!
Resepi Mudah Buat Cup Cake Coklat Kukus
Sumber resepi    : Celoteh Hati Bella
Bahan-Bahan :
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko (tak sampai 1 cawan pun boleh)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air panas
Cara-cara Membuat Cup Cake Coklat Kukus :
  • Masukkan telur dan gula halus dan kacau hingga kembang
  • Kemudian, masukkan susu pekat, kacau lagi hingga sebati
  • Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.Kacaulah sehingga betul-betul sebati.
  • Setelah sebati, masukkan minyak.
  • Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.
  • Masukkan ke dalam cup saiz ikut pilihan sendiri.
  • Kukus selama 20 minit.
  • Akhirnya, siaplah cup cake coklat kukus kita..:)
Sebenarnya banyak resepi buat cup cake coklat kukus ni.Kalau ikut resepi kek coklat kukus moist yang saya kongsikan ini boleh juga.Bezanya, kali ini kita guna cup atau bekas kecil untuk kukus dan tidak menggunakan loyang.Takde masalah punya.Insha Allah.

Belajar Buat Cup Cake Untuk Perniagaan
Alang-alang dah tahu resepi buat cup cake ni, saya ingin kongsikan dengan anda pula sebuah e-book cara buat cup cakes.Ianya sangat mudah!Hanya perlu belajar sendiri di rumah dengan bantuan e-book dan CD yang dibekalkan.Saya dapati cara ini sangat jimat dan sesuai untuk suri rumah yang berminat pula untuk menjadikan cup cake ini sebagai perniagaan sampingan dari rumah. Jika anda betul-betul berminat dan ingin tahu mengenai cara buat bisnes cup cake yang betul dari rumah, saya galakkan anda segera klik pautan ini : Cara Sebenar Buat Cup Cake Untuk Perniagaan-Jika lambat, saya khuatir anda terlepas memiliki peluang belajar buat bisnes cup cake dengan cara yang mudah dan betul ini. 

Harap perkongsian ini membantu anda yang memiliki keinginan dan masa untuk mencuba perniagaan cup cake dari rumah.

Boleh juga dapatkan penjelasan dalam entri ini jika anda mempunyai masalah dalam pembuatan kek seperti kek menjadi bantat, keras atau merekah ditengah.Klik pautan ini untuk mendapatkan jawapannya: Punca-punca Kek Coklat Kukus Tidak Menjadi

Terima kasih sudi baca dan bolehlah kongsikan jika suka..:)

Blog Personal Berkongsi Panduan Kekeluargaan, Informasi Dunia Pendidikan dan Berita Semasa Serta Menulis Tentang Pengalaman & Hikmah Kehidupan.InsyaAllah.

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)
EmoticonEmoticon