Permulaan Disember Yang Menguntungkan

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bagaimana agaknya anda mengukur sesuatu yang berlaku itu sebagai sebuah keuntungan atau kejayaan? Kalau budak sekolah, depa ada banyak ujian dan peperiksaan yang akan mengukur nilai kejayaan dan kepandaian masing-masing.Setuju bukan? Peperiksaan dan segala mak nenek pentaksiran itu semuanya bertujuan mengukur tahap kebolehan, keupayaan dan potensi murid.


Err..dah namanya cikgu, kalau cakap pasal ujian dan peksa, dah tak ingat benda lain dah.Sebenarnya nak story pasal benda lain.Ke laut dulu nampaknya entri ini.hohoho.

Kejayaan Yang Sebenar
Saya pernah berbual dengan Puteri Sulung saya baru-baru ini berkenaan result peperiksaan akhir tahunnya.Dia bertanya sama ada saya gembira dengan apa yang diperolehinya.Saya angguk dan mengatakan saya bersyukur dan happy dengan apa yang dicapainya.

Dia mendapat kedudukan kedua dalam aliran dan kelas.Dah itu pun yang sering dicapainya sejak berada di tahun 2 lagi.Ya, dia ada pesaing hebat di kelasnya yang belum dapat ditandingi hingga tahun 4, sekarang ni.

Giliran saya pula bertanya dirinya sama ada dia gembira dengan apa yang sudah dicapainya itu? Dia menganggukkan kepalanya dan menjawab begini :

"Iman tak kisah sangat dapat nombor 2 tu, walaupun tak dapat nombor satu, tapi mama kata berjaya tu bukan je dapat nombor 1, 2, 3 dalam periksa.Kalau kita pandai buat kek ke, pandai buat apa-apalah..tu juga maksudnya kita berjaya..kan mama?"

Alhamdulillah.Dia sudah dapat menghadam erti kejayaan sebenar.Saya katakan begitu kepadanya sebelum ini, apabila ada sesuatu usahanya atau aktiviti sekolah yang disertainya tidak mendatangkan hasil.Ya, kejayaan itu sangat luas dan tolong terangkan kepada anak-anak anda bahawa jika tidak mendapat sesuatu, bukan bermakna tiada peluang lain untuk cipta kejayaan.

Jika semakin remaja dan dewasa anak itu nanti, luaskan lagi skop kejayaan sebagai seorang Muslim.Kejayaan sebenar-benarnya ialah apabila kita diredhai dan dirahmati Ilahi, dapat memasuki syurga dan bertemuNya..Insha Allah.aamiin.

Permulaan Disember Yang Menguntungkan
Kali ini, cerita mengenai saya pula.Semenjak saya menjadi Blogger dengan kerelaan sendiri, banyak juga perkara baru yang saya pelajari dan perolehi.

Tahun 2014, memberi petunjuk kepada saya bahawa menceburi dunia blogging bukanlah satu usaha yang sia-sia. Selain mendapat pengetahuan baru tentang hal blogging itu sendiri, saya juga mulai berminat dan berjinak-jinak dengan pemasaran produk digital sebagai Agen Affiliate.

Bayangkan betapa seronok dan happynya saya tatkala mendapat notification di email saya dengan ayat-ayat seperti ini:



Kini, menulis dalam blog dengan sedikit kemahiran yang dipelajari, telah menambah atau menghasilkan pendapatan sampingan.Beberapa kali juga hasil menulis sebagai Agen Affiliate telah saya belanjakan untuk keperluan keluarga.

Apapun, syukur Al Hamdulillah.Saya memang tidak pernah mengambil tahu tentang menulis mengenai "content marketing", tetapi saya telah cuba memahami dan mencubanya sebagai perkara baru. Saya percaya, jika kita mahu dan kita membuatnya, maka kita akan dapat hasilnya!

Kawan Baru Serta Bilangan Komen Yang Betambah
Ini juga motivasi buat saya supaya terus menulis dan menulis lagi.Sebab kita tahu ada insan diluar sana yang memerlukan dan membaca cerita kita.Mereka dahagakan info dan maklumat.Mereka memilih untuk membaca kisah hidup orang lain dan mengambil iktibar darinya.

Bila ada rakan blogger yang menghantar komen, barulah saya tahu, mereka membaca entri dan cerita saya.Bila ada yang ucapkan terima kasih atas perkongsian info yang saya masukkan dalam blog, lagilah saya gembira.Sangat benar bila ada kata-kata yang menyebut begini : Nikmat Memberi itu sebenarnya lebih atas daripada Nikmat Menerima..:)


Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)



Post a Comment

0 Comments