Malaysia Best Blog 2015

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Contest SEO: Malaysia Best Blog 2015 antara contest paling best setakat ini kerana menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan.Dengarnya sehingga RM 1500 untuk pemenang pertama.Saya perasan contest ni bila singgah beberapa blog kengkawan blogger yang join contest Malaysia Best Blog, tapi tulah kan.Masa sangat mencemburui saya dan kali ini saya usahakan untuk sertai contest ini memandangkan saya memang suka menyibuk dalam contest SEO.hahaha.I like.lalala.

Malaysia Best Blog - 2015

Malaysia Best Blog 2015
Kalau ikutkan kamus Cik Dewan, tak jumpa perkataan Best Blog ni, melainkan ekau pi belek Oxford Dictionary ke atau yang seangkatan dengannya.Memandangkan saya pun seorang Cikgu Bahasa, yang menyokong dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, maka sukalah saya kongsikan terjemahan Malaysia Best Blog ni dalam bahasa Jawa Melayu : Blog Terbaik Malaysia 2015.Ceh gitu.

Apakah Ciri-Ciri Malaysia Best Blog?
Disebabkan syarat sah pertandingan ni kena guna Malaysia Best Blog 2015 sebagai kata kunci untuk berebut tempat di halaman pertama dan juga tangga pertama enjin carian Google, maka saya terpaksalah ikut.Kalau tak, tak dapatlah den hadiah lumayan tu.hoho.

Saya ni taklah cerewet sangat dalam menilai dan memberi bintang, blog manakah yang selayaknya mendapat pengiktirafan Malaysia Best Blog, tapi sebagai Blogger, saya juga mempunyai blog kesukaan yang kalau saya tak singgah dalam satu hari blog depa ni, macam tak best je rasanya.huk aloh..

Kalau ikut pemerhatian saya, blog yang saya suka dan saya sendiri iktiraf sebagai Malaysia Best Blog mestilah mempunyai ciri-ciri lelaki idaman  ciri-ciri berikut :
  • Memberi nilai tambah kepada saya sama ada dari aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi
  • Menjadi assistant jika saya perlukan bantuan di dapur 
  • Guide saya untuk memulakan sesuatu pekerjaan, Kongsi Pengalaman dan nasihat buat keputusan
  • Blog kemas, gaya bahasa santai tapi santun, mudah diakses.
  • Hanya memaparkan hal yang benar bukan fitnah
  • Dan banyak lagi yang tak kuasa den nak tulis panjang-panjang dekat sini.huh..
Senarai Best Blog Malaysia 2015 Pilihan Blog Cik Matahariku
Saya tidak menyenaraikan Best Blog pilihan saya ini mengikut rangking atau susunan, jadi kita tengok blog mana yang den suka sangat ni ha..:)

1.Blog Resepi Best Blog Malaysia 2015
  • Kalau nak cakap pasal blog resepi, blog den ni pun banyak kongsi resepi yang sedap-sedap, tapi saya lebih sukakan sentuhan blogger masakan, yang senang cakap depa masak sendiri resepi yang diikongsikan dengan pembaca.Bagi saya, blog mereka ini layak untuk diumumkan sebagai Malaysia Best Blog memandangkan resepi yang dikongsikan memang boleh buat dan sedap tak tahan..uikss.
malaysia best blog resepi

blog terbaik di malaysia 2015

2. Blog Personal Best Blog Malaysia 2015
  • Blog personal ni, banyak sebab kenapa saya suka blog-blog ini.Antaranya mereka berkongsi maklumat tentang lifestyle mereka setiap hari, dan pada masa yang sama depa jugak bagi guide tentang sesuatu perkara yang telah mereka lalui atau hadapi. Blog ni kalau saya sebut, ramai orang jugak yang akan setuju dengan pilihan blog depa sebagai Malaysia Best Blog 2015.
BEN ASHAARI
3.Blog Agama Best Blog Malaysia 2015
  • Saya mengenali blog-blog ini dengan mengenal tuan punya blog dahulu iaitu dari majalah-majalah Islamik yang pernah saya baca, kemudian saya ikuti mereka di laman-laman maya yang mereka kendalikan.Jadi, saya terlebih dahulu menyukai tulisan mereka di media cetak sebelum beralih ke media maya.Ceh gitu ceritanya.
  • Anda tidak akan menyesal atau kecewa jika ketemu denga pendakwah hebat seperti mereka yang selalu mengetuk pintu hati saya dan ramai manusia dengan bicara dan tulisan mereka.Blog Agama yang saya pilih sebagai Malaysia Best Blog ialah Blog Saiful Islam, Blog Langit Ilahi  (Hilal Asyraf) dan Blog Gentarasa (Ustaz Pahroi Mohd Juoi).
Saifulislam.Com
Antara Blog Agama Yang Best Untuk Dilawati
4.Blog Biz Online Best Blog Malaysia 2015
  • Memandangkan saya juga sekarang ni dah termakan hasutan Blogger Otai yang mata duitan online, maka terpaksalah saya rajinkan diri melayari blog-blog yang berkaitan buat duit secara online, Blogger sebagai Affiliate Marketer dan juga ajaran-ajaran mengaut untung melalui blog (err..ayat tak menahan..).


  • Jadi, senang cakap kalau sesiapa yang berminat menimba ilmu sebagai Affiliate Marketer, blog inilah sasaran kita bersama.Dengan ini saya umumkan bahawasanya Blog Biz Online Best Blog Malaysia ialah AhmadFaizal.com, OhDuit.com, FaizAlias.com.
5.Blog Pakar SEO Best Blog Malaysia 2015
  • Sebagai seorang Blogger,saya juga mementingkan kualiti dalam penulisan content blog saya.Saya mula menjadi Blogger dan belajar sendiri banyak perkara berkaitan blog.Kebanyakan blog yang saya lawati ini, berkongsi banyak benda bagus tentang ilmu blogging termasuk tutorial mudah yang boleh diikuti sesiapa sahaja.
  • Jika anda blogger baru, anda harus terjah blog mereka, kerana ilmu blogging khasnya penulisan dengan ciri seo yang mereka kongsikan sudah terbukti melalui kemenangan mereka dalam pelbagai contest seo.
  • Saya anggap kehadiran mereka dalam dunia blogger Malaysia sangat diperlukan oleh semua blogger baru dan lama kerana depa banyak ilmu dan tak kedekut pulak nak berkongsi dengan kita semua.

Relaks Minda
Jangan sedih kalau blog korang yang bagus tak dapat den nak senaraikan, bukan tak sudi tapi tulah, blog sendiri pun den tak berani nak masuk list Malaysia Best Blog.huhu.Tak sampai hati kalau korang kecewa sebab lepas satu atau dua minggu barulah korang boleh jumpa entri baru.hoho.

Blog Cik Matahariku terbaik
Ni kalau part Blog Harapan Tak Update Se-Malaysia, memang paling Best Bloglah..hoho
Akhir kata, jangan dok tunggu lagi kalau betul korang Blogger sejati, meh sini join contest SEO:Malaysia Best Blog 2015 dan kita tengok entri siapa masuk page first dan entri sapa ke laut Andaman (hoho).Sekurang-kurangnya tolong fikirkan tang duit cash yang penganjur nak bagi percuma kat korang tuh.isk.isk.

Sekian dulu.Terima kasih kepada penganjur contest SEO:Malaysia Best Blog 2015 : OhDuit.com dan jika anda sudah memikirkan tentang duit cash yang lumayan tu, boleh tengok segala mak nenek syarat sah contest Best Blog nih dekat sini : Contest SEO Terhebat : Malaysia Best Blog 2015.

Post a Comment

0 Comments