Resepi Kek Oren Sunquick Sukatan Cawan Yang Gebu Dan Sedap

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Resepi Kek Oren Sunquick Sukatan Cawan Yang Gebu Dan Sedap-Alhamdulillah.Kalau ikutkan, ini bukanlah kali pertama akk buat kek oren Sunquick.Dah banyak kali jugak akak mencuba dan mencuba untuk dapatkan rasa kek oren yang sedap, yang disukai oleh anak-anak dan Encik Suami.huhu.

Kek Oren Sunquick Sukatan Cawan Yang Gebu Dan Sedap by Cik Matahariku

Kebetulan, hujung minggu baru-baru ini, kami bawa anak-anak ke Tesco untuk beli sedikit buah-buahan untuk simpanan dalam fridge di rumah kami.Anak kedua sudah beberapa kali pujuk supaya buat kek oren.kek oren dan kek oren.Sampai berbulu telinga akak ni dengar dia mintak akak buat kek oren.haha.Hasilnya satu bungkus buah oren sunquick akak beli.Biar makan kek oren sampai lebam.kihkih.

Kek oren sunquick yang tak pernah jemu untuk kita merasainya.

Orait, kali ini akak cuba luangkan masa buat kek oren.Maklumlah akak ni mengajar sesi petang, sebelah pagi je sempat kalau nak buat kek mekek bagai nih.Haih.Harapnya kek oren yang akak buat kali ni, dapatlah rasa oren yang sedap macam mak Muar akak buat tu ha.hihi.Hopefully!

Resepi dan Cara Buat Kek Oren Sunquick Mudah
Gigihlah akak cari resepi dan google sini sana.Resepi yang akak dah buat, akak tak mahu ikut. kalau boleh nak jumpa resepi yang paling senang.Yeahh! akhirnya akak jumpa satu resepi dalam buku resepi akak, yang akak salin entah dari mana.Tajuk resepi tu memang buat akak happy dua ratus darjah ko.hahah.Kek Oren Blended tu!

resepi kek oren blended yang sedap dan gebus!

Sebab resepi kek oren sunquick yang akak kongsikan ni just guna blender je.Ko tak payah pening nak cuci mixer bagai beb.suka tak suka tak? Tambah lagi kalau ko memang takde mixer kat rumah, jangan putus asa, sesungguhnya rahmat Allah itu luas.haa kan dah bagi tazkirah.Kita buat dia dik oii:)

Resepi dan Cara Buat Kek Oren Sunquick
  1. 1 biji buah oren sunqist
  2. 1 cawan minyak
  3. 1 cawan gula halus
  4. 2 biji telur
  5. 2 cawan tepung gandum
  6. 1 sudu besar baking powder ( akk guna sudu kfc je)
  7. Secubit garam
  8. Esen vanila
makan kek oren sunquick time panas-panas memang sedap beb!

Cara Buat Kek Oren Sunquick Dengan Blender
  1. Potong buah oren kecil-kecil dan blend bersama-sama minyak, gula dan telur.Akak blend sampai berbuih.
  2. Ayak tepung dalam bekas lain bersama baking powder.
  3. Tuang bahan-bahan yang diblend tadi dalam bekas tepung yang sudah diayak.Akak tuang je semua dalam bekas tepung tu.
  4. Kacau perlahan adunan sampai sebati dan tepung tak bergentel.
  5. Masukkan esen vanila ( akk guna satu penutup botol esen vanila)
  6. Sapu atau lenser loyang dengan marjerin atau planta.
  7. Tuang adunan yang sudah sebati ke dalam loyang.
  8. Panaskan oven dalam 15 minit dengan suhu 180 darjah.
  9. Bila oven dah panas, masukkan loyang tadi dan tukar suhu kepada 170 darjah dan bakar kek oren selama 50 minit.Ikut oven masing-masing ya.
Step By Step Buat Kek Oren Sunquick

 Antara bahan utama buat kek oren sunquick

Buah oren sunqist ni kena potong kecil supaya senang ko nak blend nanti.Akak ikut resepi memang dengan kulit-kulit ko blend buah sunqist tu.Jangan risau tak pahit punya!

Nampak tu.Senang kann? Akak masukkan semua buah oren, telur, minyak dan gula dalam blender tu.ko blend sampai nampak ada berbuih tu, setel.

taraa.Dah siap blend.yay!!

tuang semua bahan yang ko blend tu dalam bekas tepung yang dah diayak dengan baking powder. Lepas tu kita kacau perlahan sampai tepung tu sebati jadi adunan yang perfect.cehwah!

Bila adunan dah sebati, dah ok, jangan lupa masukkan esen vanilla ya!

Masukkan adunan dalam loyang yang sudah dilenser dengan marjerin.Tujuannya supaya kek oren ko tak melekat bila dah siap bakar nanti.

Magic kann.Dah siap punn.haha.Dah kata tadi senang je kan buat kek oren ikut resepi ni.

Adoii la hai..nampak gebus dan macam sedap je kan kek oren akak ni.Insha Allah, setakat komen juri dalam rumah akak ni memang depa kata sodap!

Inilah rupa paras kek oren akak dari dekat.Rasa manisnya sedang elok, teksturnya juga gebu dan paling akak suka kek oren akak kali ni jadi cantik macam yang akak nak.Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Harap perkongsian ini dapat gembirakan readers blog akak yang gigih mencari resepi buat kek oren sunquick dengan sukatan cawan.Akk dedikasikan post dan cara buat kek oren ini untuk yang baru nak belajar buat kek oren ya.Kalau ada yang dah taraf chef baking kat hotel lima bintang, tak payahlah ko pun nak ikut resepi ni.muehehe.

Boleh tengok kat sini : Tips Mudah Supaya Kek Oren Sunquick lebih Moist dan Sedap- post terbaru story mory saya buat kek oren sunquick di rumah :)

Doakan akak sekeluarga kaya, berjaya dan cemerlang dunia akhirat.aamiin.Sampai jumpa lagi..:)

Post a Comment

24 Comments

  1. Sedap kalau makan petang dengan kek ni. (^_^)

    ReplyDelete
  2. betul tu Ucing:) memang sedap kalau dapat makan kek oren petang-petang sambil minum teh o panas..heheh..

    ReplyDelete
  3. Akak masuk sama kulit oren sekali? Tak pahit ker kek tue mase makan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rasa pahit sis sebab oren sunquist yg akak guna dah cukup masak jadi kulitnya juga tak pahit..

      Delete
  4. Kalau kukus boleh tak????ke tak jadi???

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshallah, boleh kukus. cuma ms mengukus tu lebih kurang 50-60 minit..

      Delete
  5. Tingat kek oren yg mak buat msa kami kecik2 dl..mmg sdap n bau semerbak 1 umah msa bakar tu..mak pun bw msuk skali kulit oren tu..mmg btul xpahit pun

    ReplyDelete
  6. Tq sis mmg sedap sangat tak pahit..rasa pun mcm ada mix butter...jazakallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih dah cuba resepi ni, :)

      Delete
  7. Sis, Loyang saiz apa tu? Nampak cute aje saiz kek tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saiz loyang medium je..entah tak tahu ukuran loyang akk ni brp.. huhu

      Delete
  8. Replies
    1. sama-sama sis, jangan lupa cuba buat sendiri kek oren ni ya:)

      Delete
  9. TQ atas resepi yang diberi...memang menjadi keknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis:) alhamdulillah, dah berjaya buat kek oren sendiri nampaknya!

      Delete
  10. Salam cikmatahariku... saya baru try buat kek orange guna resepi, rasa mmg sedap tapi tak gebu, texture mcm bingka, dah habis pun setengah talam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slm sis, terima kasih cuba resepi dalam blog ini:) inshaAllah boleh cuba lagi, kalau kek bantat mungkin ada part-part yang kita terlepas pandang time menyediakannya seperti jenis telur, tepung dan kadar kelajuan masa kita mix bahan-bahan tersebut.

      Delete
  11. minyak tu tukar dgn marjerin sama tak rasa?

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!