Petua Mudah Buat Bihun Goreng Sedap

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sepanjang minggu ini saya hanya masak menu ringkas untuk hidangan malam sekeluarga.Biasanya saya akan sediakan menu nasi putih dengan sejenis lauk, sayur dan sambal.Itupun biasanya saya sudah siapkan pada sebelah pagi sebelum saya pergi mengajar pada sebelah petang.Maklumlah saya berkhidmat di sekolah dua sesi iaitu pagi dan petang.

Jadi, pada dua hari lepas, saya memang kekeringan idea untuk sediakan menu makan malam kami sekeluarga.Selongkar barang dapur, terpandang pulak sebungkus bihun yang tidak terusik.Bab masak simple dimple memang hobi saya sebab bila ramai budak kecik kat rumah ni, banyak betul pantang larang dalam memasak ni.

resepi buat bihun goreng sedap
Bihun goreng yang sedap terletak pada cara kita sediakan sambalnya-

Alkisahnya, sama macam anak dara pingitan zaman moden yang lain, yang harap je belajar tinggi tapi bab masak memang hampeh, saya hanya pandai masak bihun yang sedap dan betul-betul menjadi selepas belajar dari ibu mertua saya.

Part yang saya suka dengan Resepi Bihun Goreng Sedap air tangan mak mertua saya nih ialah sebabnya sambalnya yang enak dan pada masa sama bihunnya juga tidak hancur luluh macam sesetengah bihun goreng yang saya pernah jumpa.erkk.

Cakap banyak pun tak berapa nak guna, jadi saya teruskan dengan usaha Cara Buat Bihun Goreng Sedap yang simple dimple ni.Jom kita..:)Kalau nak tengok cara saya masak dan sediakan bihun goreng yang ringkas ni, boleh tengok dekat sini : Cara Masak Bihun Goreng Yang Ringkas dan Sedap-


langkah-langkah masak bihun goreng
Bihun Goreng yang ringkas tapi sedap hanya boleh dapat di Blog Cik Matahriku-ceh gitu:)

Bahan-Bahan Buat Bihun Goreng Sedap
Sumber Resepi : Blogger Cik Matahariku
Satu bungkus bihun (tak kisah jenama apa, saya biasa guna jenama Jasmin)
1 ulas bawang sederhana besar ( dihiris)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Setengah gengam ikan bilis ( direndam)
Setengah gengam udang kering ( direndam)
Setengah senduk cili kering yang sudah dikisar.
Air secukupnya untuk rendam bihun.
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap ( saya guna kicap lemak manis Jalen)
Garam, gula dan perasa jika suka.
Minyak masak anggaran satu senduk untuk menggoreng.
Bayangkan kalau bihun kosong macam ni je dah sodap, macam mana kalau kita tambah udang, sotong atau potongan ayam atau daging ( potongan dadu kecil).Mesti lagi gempak kann.heheh.Resepi yang saya kongsikan ni kira bihun goreng bodoh je..erkk..kalau korang nak masukkan semua benda yang saya sebut tadi, okey je!

Bahan-bahan Hiasan
  1. satu mangkuk kecil taugeh yang sudah dibasuh bersih
  2. satu mangkuk kecil sawi yang sudah dipotong
  3. bawang goreng atau daun sup
Cara Masak Bihun Goreng Sedap
  1. Pastikan bihun sudah direndam terlebih dahulu sebelum memasaknya.Toskan air rendaman jika bihun sudah lembut.
  2. Memandangkan saya ni bajet ibu dan isteri mithali, maka saya tumbuk segala mak nenek bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.Setel.
  3. Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar sehingga naik bau.Kalau ikut mak mertua saya, gorengan bawang besar inilah yang akan menjadikan sambal bihun goreng kita jadi lebih sedap.
  4. Masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi dan kacau rata sehingga naik bau juga.
  5. Masukkan pula cili kering yang sudah dikisar tadi dan kacau sekali lagi supaya sama rata dengan bawang besar dan bahan yang ditumbuk tadi.
  6. Masukkan sos tiram, kicap, gula, garam dan perasakan.
  7. Masukkan sedikit air.
  8. Biarkan sambal pecah minyak dulu, kemudian baru masukkan bihun yang sudah direndam tadi.
  9. Masukkan lagi sedikit air supaya bihun cepat lembut.Tutup dengan penutup kukus sehingga air kering dan balik-balikkan bihun tersebut.
  10. Kecilkan api ketika ingin melembutkan bihun tadi.
  11. Akhir sekali bila bihun sudah lembut, masukkan sawi dan taugeh.
  12. Kacau sekali lagi supaya semua sayur tadi rata.
  13. Tabur bawang goreng atau daun sup untuk hiasan.
Petua Mudah Buat Bihun Goreng Sedap 
  1. jangan masukkan air banyak sangat dalam bihun yang hendak dimasak.Sebabnya kita dah rendam dia, dan bihun tu dah lembut, kalau letak air banyak masa kita nak goreng dia, alamatlah boleh jadi lembik bihun tu dan tak sodaplah bihun tu..:)
  2. Masa kita tengah menumis sambal bihun goreng tu, boleh rasa sikit dah cukup manis, masin dan segala bagai tu supaya bila dah masukkan bihun, takde masalah bihun tawar atau kurang gula.muehee.Ini untuk beginner yang baru nak belajar masak..kalau yang dah pro, tak kan bukak blog cari resepi ni kann..:)
  3. Kalau nak mudahkan bihun tu dimakan oleh ahli keluarga terutamanya yang ada anak kecik nak makan macam saya ni, potong sikit2 bihun yang sudah lembut dengan sudip yang kita guna tu.Takdelah nanti bihun tu boleh buat depa tercekik sebab panjang-panjang.hheee.
Cukuplah sampai sini dulu, kalau ada petua lain yang boleh dikongsi  untuk buat bihun goreng kita sedap, boleh kongsi kat ruangan komen ya.Terima kasih sudi baca dan boleh kongsikan jika suka:)

Jika anda mahu dapatkan cara dan resepi buat kue teow goreng atau mi goreng yang sedap, boleh ikuti cara saya masak kue teow goreng dan mi goreng yang simple tapi sedap di sini :


Resepi simple yang saya kongsikan ini juga telah mendapat perhatian daripada seorang Blogger masakan popular, dan katanya mee hoon gorengnya menjadi tersangatlah sedap sehingga bertambah-tambah ketika memakannya..ewah..ewah..kemain Kak Azie kita ya..:) Boleh baca kat entri ini : Bila Blooger Masakan Popular Ikut Resepi kita-

Post a Comment

56 Comments

  1. Thank you for the recepi... really delicious.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. saya guna cili kering blend je sis.. saya rasa ini rahsia knp bihun grg ni bertmbh sedapnya.. hihi..

      Delete
    2. cili kering tu blend kan,,tak sama dgn cili boh kan (cili kering yg dah masak dulu pastu blend)..soryy keliru

      Delete
    3. yup, cili kering tu saya rebus dulu kemudian baru blend dan simpan dalam fridge untuk menjimatkan masa memasak:) cili kering blend ini yang saya guna untuk masak bihun goreng ni.terima kasih bertanya sis:)

      Delete
  3. Dah try buat tadi... Memang sedap... Tq share resepi

    ReplyDelete
  4. Dh try msk td..mmg sdp..tq share resepi..nmpk simple tp sdp..😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih cuba resepi ni shima:)

      Delete
  5. Terima kasih banyak2... mmg dok mencari resepi bihun goreng sedap, sbb saya pun kategori mak2 yg tak pandai goreng bihun ... ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama sis, semua tukang msk pun sama kot.. mesti mula dari tak tahu kpd tahu masak kann.. hehe

      Delete
  6. Bagus resepi ni.. Membantu saya untuk membuatkan ujian memasak di sekolah 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdulillah, so mcm mn hasilnya.. mesti dpt mrkh tinggi kann.. hehe.,

      Delete
  7. Bagus...dah try resipi ni..anak tambah berkali2

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdulillah, yup sis.. resepi bihun goreng ni simple je n sure budak- budak suka sbb tk bnyk sayur dan simple..

      Delete
  8. Alhamdulillah, saya dah Cuba resipi ni. Sedap.. Selalu masak bihun so so je rasa ni memang family pon puji. Thank you kak for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhmdulillah, kl family dah suka kena rajin masak bihun lah lps ni ya.. hehe.. bolehlah hidang kt tetamu time ry2 ni kann..

      Delete
  9. Dah try menjadi..terima kasih byk ya sis sbb kongsi resepi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih sudi cuba resepi dari blog ini:)

      Delete
  10. Sedap sgt..trime ksh sis share resepi

    ReplyDelete
  11. Sedap lah sy msk guna resepi cik matahari ni..hee tenkiu.. sy skrg ni tengah asah skill memasak..dh dkt 3 series bru nk belajar masak ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, happy saya dengar hasil resepi ni menjadi:) saya pun tengah belajar, lebih syahdu sebab belajar masak dengan mak mertua sendiri..dasar menantu hantu ni..kihkih..

      Delete
  12. Selama ni saya masak bihun,mesti jadi lembik.tadi saya cuba resepi cik matahari..sedap sgt sgtlah resepi ni..tq resepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, happy saya dengar bihun goreng sis dah jadi dan sedap pula ya..heheh..terima kasih cuba resepi sy yang tak seberapa ni, simple je punn kan?

      Delete
  13. Cik matahari ni dulu pernah ade blog menjahit juga ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis, setakat ini saya belum lagi ada perancangan nak buat blog menjahit.hehe.inshaallah, semoga Allah tunjukkan jalan:)

      Delete
  14. Terima kasih for the tips and the recipe sis! First time bihun sy menjadi huhu.. Teringin lama dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih juga sudi cuba resepi yang saya kongsikan ya..:)

      Delete
  15. assalamualaikum cikgu cik matahari,, resepi yg saya gunakan lebih kurg sama dgn cikgu cumanya sy gunakan cili api dlm kuantiti yg agak byk ntuk dapatkan pedas yg diingini, *suka sgt mkn pedas hehe dan sy tak gunakan sos tiram, sy lebihkn penggunaan bawang dlm masakan,,, mmg hasilnya sgt2 sedap cikgu,, :) lg satu sy mnta halal ya sy gunakan resepi karipap cikgu. karipap yg dibuat sy bt ntuk jualan dan ntuk mkn2 di rumah juga. bg sy resepi inti dan kulit karipap yg paling terbaik adalah dr resepi cikgu,, mmg karipap idaman sy adalah seperti yg cikgu bg penerangan dlm resepi tersebut, pedas, manis, ada rs berempah malahan warna intinya juga mmg wrna inti karipap idaman hehehe, terima kasih cikgu, smoga berganda ganda rezqi bt cikgu cik matahari atas perkongsian ilmu memasak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih sudi cuba resepi yang saya kongsikan dalam blog, harap sudi cuba resepi lain yang saya kongsikan ya:).Resepi kulit karipap dan intinya saya dapat dari mak sendiri dan mak mertua saya, memang sedap kann:)

      Delete
  16. Assalamualaikum wbt
    Setengah senduk tu macam mana?
    Kalau tiada ikan bilis dan udang kering, macam mana?
    Terima kasih kerana berkongsi resepi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis, maaf penerangan resepi kurang memuaskan ya:) ok, setengah senduk cili kering blend tu anggaran 3 sudu makan, kalau sis tak mahu guna ikan bilis atau udang kering, boleh juga pecahkan telur atau masukkan udang atau sotong, fungsi ikan bilis atau udang kering tu nak bagi supaya sambal bihun goreng tu ada rasa lemak2 gitu..harap dapat membantu sis:)

      Delete
  17. Tahniah mlong ucapkan dan mohon kongsi resepi ya...tkasih😘

    ReplyDelete
  18. Asallamualaikum cik matahariku inshallah saya nk try resepi bihun ni besok untuk jamauan Ibu bapak yg terlibat gotong royong kt sekola besok doa kn menjadi dn sedap ye tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm sis, semoga dipermudahkan sis menyediakan bihun goreng dengan resepi ini ya:)InshaAllah, kalau kita masak dengan happy dan niat nak gembirakan org yang akan makan hidangan tu, pasti kita masak apa pun jadi sedap. terima kasih cuba resepi bihun goreng dlm blog ini:) nanti share kat sini macam mana respon ibu bapa tu ya..

      Delete
  19. sy dah try semalam. cuma xletak ikan bilis. mmg sedap. anak2 makan xnak stop.. haha tq 4 the recipe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillh, thanks sudi cuba resepi di blog ini n happy for u sis:)

      Delete
  20. Esok sya nk try..harap2 menjadi lah mcm cik matahari buat ye😊😊

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum terima kasih atas resipinya , sy baru 16 tahun ayah kata pandai masak❣️ Walaupun tak letak sos tiram atau udang kering rasa dia tetap WOW hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumuslm adik manis:) alhamdulillah, terima kasih cuba resepi bihun akak, kadang-kadang akk pun tak letak sos tiram dan udang kering time buat bihun ni,yg penting bawang dan ikan bilis serta cili kering blend tu ada pun dah okey..sedap sangat dahh..ehehe..

      Delete
  22. 😄 pembaca2 blog resepi ni kadang bukan beginer je cik matahari. Yg tak beginer pun mcm saya ni, suka sgt try resepi2 org kat blog. Kadang pakai resepi sendiri bosan jugak.

    ReplyDelete
  23. 😄sebenarnya bukan beginer je yg jadi pembaca. Yg tak beginer pun suka baca, sebab suka try resepi2 org.

    ReplyDelete
  24. Untuk pengetahuan akak, kali ke 5000 pun aku pakai resepi ni, 5000 kali tu jugaklah sedapnye resepi bihun ni. sebelum ni sy bkn peminat bihun. sbb selalu sgt mkn 'bihun mesyuarat' atau 'bihun jamuan' yang sememmangnya tak sedap. bihun kedai mmg confirm la takkan beli. tapi sejak 2 tahun lepas dok ikut resepi ni, mmg mashallah sedap gila. n setiap kali nk goreng bihun pun akn refer blog ni hahah. terima kasih byk2 atas ilmu ni, semua MUO akak dan akak diberkati dan panjang pahala sedekah ilmu melalui masakan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, i'll take this as compliment.hehe.Masak bihun ni kalau tak betul atau tak sedap sambalnya memang jadi tak sedap bihun goreng kita.Saya harap ramai yang akan kongsikan resepi ini supaya mereka yang menjual atau meniaga bihun goreng boleh jadikan bihun mereka lebih sedap.Tak mahal pun kosnya.Terima kasih Daniel atas doanya.Semoga Allah berkati usaha kecil ini.aamin.

      Delete
  25. Cik Matahari, saya baru cuba resipi bihun ni. Memang sedap sangat. Terangkattt. Terima kasih ya. Resipi cik Matahari Yang lain pun saya banyak Cuba. Semua sedappp😍😍😍

    ReplyDelete
  26. Tq sis utk resepi. Mmg menjadi semua resepi sis. Moga Allah balas jasa sis utk semua resepi yg sis share.🤲

    ReplyDelete
  27. Salam sis, sy try resepi bihun ini, mmg jadi dan sedap. Terima kasih ye sbb sudi share resepi. Byk resepi sis sy ikut semua menjadi. Moga Allah balas jasa sis utk semua resepi yg sis share.🤲🌻

    ReplyDelete
  28. hi, you use which brand of sos tiram

    ReplyDelete
  29. Sehingga arini sy masih guna resepi cikgu. 👍👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah sis, samalah kita..hehe..bihun ni memang tak jemu-jemu kalau kita ulang masak kan.anak-anak pun suka bihun goreng ni..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!