Cara Buat Soto Yang Sedap Versi Orang Johor

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Masih mod raya walaupun dah start kerja pada raya keenam.walaweh..:) Apapun kena banyak bersyukur dan jangan banyak complain.Saya perhatikan hidup kita ni, kalau banyak sangat complain memang jiwa akan rasa tak tenang dan aman.Tambah lagi kalau benda yang kita kuat complain tu bukanlah hal besar sangat.Keep Calm and Sabar beb!

Sepatah kata sorang ustaz yang saya baca tulisannya dalam Majalah Anis malam tadi, Harap Sabar Dalam Bersabar..:).Jangan pula ekau jadi ustaz yang buat orang hilang sabar..erkk...hihi.makan dalam nampak bahasa den ni ha.sori.Kadang-kadang kena terima realiti jugak kan..:)

Gambar soto Ayam yang memikat selera
Ok.Panjang pulak mencecehnya, padahal nak kongsi resepi buat soto je pun.Eh, tolong sikit ya.Ini bukan sebarangan soto tau.Soto ni special dari orang Johor.Biasalah orang Jawas Johor sorang ni memang sangatlah eksterim dengan segala mak nenek makanan dari negeri dia.

Orang negeri lain, kalau nak buat soto negei korang, silalah buat blog sendiri dan kongsi resepi soto negeri masing-masing.muehehe.Gurau saja ok.Saya pun masih belajar masak yang sedap-sedap.Sebelum ni setakat masak je.Sekarang ni mula level masak yang sedap-sedap pulak.ecehceh.

Yeahh.Dalam hidup ini kita kena sentiasa ada perubahan dan penambahbaikan,Tak gitu readers semua?
Ini Soto Ayam Johor dari tuan punya resepi.
Sedap betul nengoknya kan?
Cara Buat Soto Ayam Orang Johor
Yang assobiah sangat dengan soto negeri Johor ni sebabnya ialah pernah beberapa kali saya makan soto, yang depa kata soto tapi tak cukup bahannya dan jugak rasa.Bagi saya soto ayam yang sedap mestilah ada sambal kicap versi Johornya dan jugak dimakan sekali dengan begedil kentang dan bahan kuahnya mestilah buat sendiri bukan pakai yang dalam paket tu.Demand betul ko ya.muehee.Dah kata nak makan soto yang sedap kann?

Selain tu, ayamnya hendaklah digoreng sekejap sehingga masak, kemudian carik-carik halus.Barulah betul namanya soto beb.Bukan makan sup ayam..errkk..

Resepi ni pulak ada yang specialnya sebab kuah soto dia ada masukkan sedikit santan.Nak tahu apa rasanya, kena cuba sendiri ya!:)

Jadi kali ini istimewa untuk penggemar soto sejati, marilah kita rajinkan diri buat soto sendiri di rumah.Jangan harap orang kedai jadik bibik korang ya.Jomm..


Soto Ayam Orang Johor
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
  • I ekor ayam – potong 4
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk lada putih  
  • Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
  • 1 cawan santan pekat
Bahan Kisar:
  • 5 ulas bawang merah                  
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai - ketuk
Cara Menyediakan Soto Ayam Johor
  • Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
  • Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
  • Masukkan sedikit santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
  • Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur.
Bahan Buat Sambal Cili
Sumber : Cik Matahariku
Segenggam cili padi
2 ulas bawang putih
3 sudu makan gula pasir
Kicap lemak manis Jalen ( ikut suka jenama apa)
1 -2 biji limau kasturi ( perah airnya)

Blend semua bahan sekali dengan kicap.Masukkan sedikit air sahaja.Kicap tu dah boleh larutkan gula cili dan bawang putih dalam blender tu nanti.Boleh jugak goreng dulu cili dan bawang putih, kemudian blend.

Bahan Tambahan Lain:
  • Taugeh – celur
  • Daun sup – hiris
  • Daun bawang – hiris
  • Bawang goreng
  • Kacang tanah goreng
  • Soon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
  • Begedil kentang
  • Mee hoon – celur
  • Nasi Impit – potong kecil
Begedil kentang homemade yang sedap dan sangat mudah di sediakan Blogger Cik Matahariku:)

Cara Buat Begedil kentang Untuk Soto Ayam Johor
Sumber : Cik Matahariku
  • 7-9 biji kentang – digoreng
  • 2 pokok daun sup - mayang halus
  • Bawang goreng ( anggaran satu paket sederhana bawang goreng )
  • 2 biji telur ( untuk menggoreng begedil yang sudah di bulat-bulatkan)
  • Garam
  • Serbuk lada putih
  • Boleh letak daging atau ayam kisar kalau suka
Cara Menyediakan Begedil 
( klik link untuk lihat cara bergambar sediakan Begedil kentang homemade :KLIK SINI )
  • Belah kentang dalam 4-5 bahagian dalam bentuk memanjang sebelum digoreng.Kemudian toskan air barulah digoreng sehingga kekuningan.
  • Masukkan kentang dalam bekas yang boleh dilenyek dengan mudah.Masukkan juga semua bahan seperti bawang goreng, daup sup.Boleh gunakan alu lesung batu bila nak lecek kentang tu.Masukkan sekali serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
  • Bila kentang dah sebati dengan semua bahan,bolehlah buat bebola kentang.Ikut kita nak besar mana.Kalau saiz bebola kentang kecil, lagi senang nak ngap kan.muehee.
  • Masukkan begedil yang sudah dibulat-bulatkan dalam bekas kedap udara.Simpan dalam peti sejuk sekitar 1-2 jam sebelum di goreng.
  • Masa nak menggoreng begedil, pecahkan telur dalam bekas dan letak sedikit garam.Celupkan begedil dalam telur tadi dan goreng dengan api sederhana.
Begedil kentang siap untuk digoreng

jom cuba buat begedil kentang sendiri:)

Amacam.Dah boleh buat sendiri kan? Untungnya kalau kita belajar atau buat sendiri resepi soto ayam ni kita boleh ikut rasa yang kita nak kan.Nak pedas ke, nak banyak atau sikit ayamnya ke, semua ikut kita.

Selamat mencuba dan boleh kongsikan kepada rakan jika anda buat sedap dan menjadi..:)

Terima kasih baca Cara Buat Soto Ayam Orang Johor:)





Post a Comment

7 Comments

  1. Nak cuba buat la Petang ni untuk berbuka. Terima kasih berkongsi resepi. ��

    ReplyDelete
  2. Ni sukatan utk berapa org mkn agaknya

    ReplyDelete
  3. Soto johor kena ade rempah kurma dan rempah sup

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kongsi resepinya sis, sy ambil resepi diatas dari blog Kak Azie:)

      Delete
    2. yup, saya ada cuba buat kuah soto dengan rempah kurma dan rempah sup, memang sedap sangat :) tqq share

      Delete
  4. Alhamdulillah dh buat..sedap..terima kasih berkongsi resepi..halalkan resepi ni ye sis.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!