Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kek Minyak Kukus Moist Sukatan Cawan ni sebenarnya kalau ikutkan dah beberapa hari ni sejak cuti sekolah sebab jerebu saya dah dok intai-intai resepinya.Memang teringin sangat mencubanya padahal tahu mixer kat rumah dah sebulan rosak.huhu.
Resepi kek minyak yang paling moist dan menjadi dengan sukatan cawan
Sebelum cuba buat sendiri Kek Minyak Kukus ni, saya sempat tengok macam-macam style cara orang buat kek dalam Youtube.Saya juga ada tengok dekat sebuah facebook yang kongsi banyak tips mudah yang kita boleh tiru kalau nak buat kek versi kukus yang sedap.Tak kisahlah kita nak buat kek red velvet kukus ke, kek pandan kukus atau kek coklat kukus. Kalau memang kita expert dalam baking membaking ni, saya recommended betul dengan satu tips dan panduan dalam bentuk e-book yang sedang laris dalam pasaran : Panduan berniaga kek dan Roti Hanya Dari Rumah Dengan Untung Yang Lumayan-
Kononnya nak cari idea dan cara macam mana saya boleh hasilkan kek yang moist atau gebu walaupun takde mixer.Tengah kumpul duit dan hajat hati nak dapatkan sebiji mixer yang Chef Baking selalu guna dalam Food Network tuh.Cehh.
Kalau ikut semangat JDT ni, mahu saya colour kek minyak ni dengan colour biru, merah dan putih .Nasib baik cuma ada dua warna ni je kat Kitchen saya.huhu. |
Takpelah, bagi chance kat orang Kedah no..hehhe. |
Akhirnya, saya cuba buat jugak Kek Minyak Kukus ni dengan berbekalkan semangat dan azam yang tinggi supaya hasilnya nanti tidak menghampakan.Ceh gitu.Nah, sekarang saya dah boleh kongsikan gambar-gambar Chef amatur buat Kek Minyak Moist sampai jadi.Saya anggap ini satu dorongan baru supaya kek kedua nanti akan lebih baik hasilnya.InsyaAllah:)
Cara Buat Kek Kukus Minyak Moist Sukatan Cawan
Pertama kali keluar dari pengukus, saya rasa sangat happy sebab kek minyak ni jadi seperti yang saya inginkan |
Close up lagi gambar sebab sangatlah terujanya Kek Minyak Kukus ni juga kali pertama saya cuba hasilkan dengan ikut teknik coraknya macam sarang labah-labah kan..Pheww:) |
Yang ini saya baru sahaja keluarkan dari bekas loyang.Dari tepi kek minyak ni dah nampak moistnya kan.. |
Kali ini kita tengok pula gambar kek minyak yang sebelah dalam pula.Yayy!! resepi yang saya guna ni memang terbaik sebab dapat hasilkan kek yang betul-betul moist. |
Close up lagi gambar potongan Kek Minyak moist ni.Yang ini saya memang berani reccomended kepada sesiapa yang nak cuba dan rasa sendiri resepi ni. Langkah buatnya pun mudah saja:) |
Saya akan share dalam cara buat kek minyak nanti, macam mana saya dapat kek moist ni walaupun hanya guna blender time menghasilkannya..:) |
Resepi Kek Minyak Yang Moist dan Sedap
Resepi asal oleh: Azie Kitchen
Dicuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-bahan:
5 biji telur ( saya guna 6 biji telur gred c)
1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallate ( tak letak )
1 cawan minyak jagung ( saya guna minyak masak biasa )
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - saya letak dua sudu makan jus oren Sunquick)
Sedikit pewarna kuning, merah dan biru ( saya guna pewarna hijau epal)
- Ayak tepung gandum bersama baking powder.Panaskan pengukus terlebih dahulu.Lenser loyang dengan marjerin.
- Masukkan putih telur dahulu dan blend sehingga berbuih.Kemudian barulah masukkan gula kastor.Blend sehingga kelihatan warna putih dan cairan sebati.( Inilah cara yang saya tiru dalam youtube nak hasilkan kek yang moist iaitu mix atau blend dulu putih telur, barulah masukkan gula kastor.Asingkan kuning dan putih telur.)
- Tuang dalam bekas adunan.Masukkan kuning telur pukul hingga sebati.
- Masukkan pula susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa jus oren.Saya takde pewarna kuning jadi nak dapatkan warna kuning yang lebih cantik saya guna jus oren selain dapat perisa oren juga,sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.Perisa oren ini kesannya juga apabila kita cium bau kek ni pun sedap dan segar je.
- Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan.Saya hanya bahagikan kepada dua adunan. Tuangkan ke dalam loyang dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.Saya buat ikut teknik yang ditunjukkan dalam blog ini: Celoteh cikorkid seperti di bawah ini.
- Saya kukus kek ini dalam tempoh 50 minit.Sebelum masukkan dalam pengukus, pastikan air telah betul-betul mendidih, barulah masukkan loyang adunan kek minyak.
Teknik dan Cara Buat Corak Kek Minyak
Kali kedua buat kek minyak kukus ni, saya dah expert sikit cara nak buat corak dekat kek minyak kukus ni.Boleh tengok cerita saya kat sini : Cara Mudah Buat Corak Pada Kek Minyak Kukus Moist-
Saya ada kongsikan tunjuk cara dalam entri tu.Kalau nak lebih puas hati, memang kena belajar buat sendiri kan.heheh.
Kali Kedua Buat Kek Minyak Dengan Corak dan Warna Baru
Ok, saya kongsikan sikit gambar kek minyak kukus yang saya buat kali kedua.Lebih baik dan meyakinkan gitu.errrkk.:)
Ni part time kita tuang adunan ikut warna yang kita dah bagikan.
Ini teknik corak pertama yang saya buat iaitu guna lidi dari tengah ke sebelah tepi loyang
Kemudian, saya tarik lidi pula dari bahagian tepi loyang ke bahagian tengah
STEP 1 :Sediakan warna adunan yang diperlukan.
STEP 2: Letakkan warna pertama dalam loyang.
STEP 3: Letakkan warna kedua di atas lapisan warna pertama.
STEP 4 :Letakkan warna ketiga di atas lapisan warna kedua.
STEP 5: Ulang sehingga habis!
STEP 6 & 7:Gunakan lidi, tarik dari bawah ke tengah loyang.
STEP 8:Ulang sehingga habis.
STEP 9:Bakar/kukus kek minyak.Siap!
Corak ini dibuat dengan tarik lidi dari bawah atau tepi loyang ke tengah adunan.Kalau nak corak lagi halus, jarak antara setiap kali kita tarik lidi lebih rapat-rapat. |
Corak ini terhasil apabila kita tarik lidi dari bahagian tengah adunan ke tepi loyang.Kemudian tukar teknik dari tepi loyang ke bahagian tengah.Sebab tu ada jalur halus di bahagian tengah.
Sama seperti corak yang saya hasilkan, cuma saya punya comot sikitlah..hoho..
Corak ini menggunakan kedua-dua teknik iaitu tarik lidi dari tengah ke tepi loyang, kemudian apabila selesai, tukar pula teknik tarik lidi dari tepi loyang ke bahagian tengah.Dapatlah hasil yang owesome ni.hehhe.
Akhir sekali, harap-harapnya perkongsian ini dapat bantu kawan-kawan yang baru nak belajar buat kek macam saya ni.Saya tak nafikan, setiap kali cuba buat kek baru, banyak try n error yang saya cuba dan experimen inilah yang akhirnya nanti beri kita pengalaman berharga dalam hasilkan kek yang moist dan sedap.
Boleh tengok kat sini : Kek Minyak kukus moist Pink and Yellow colour- saya buat kek minyak untuk tetamu yang datang ke rumah:)
Boleh tengok kat sini : Kek Minyak kukus moist Pink and Yellow colour- saya buat kek minyak untuk tetamu yang datang ke rumah:)
alhamdulillah, tetamu mengemari kek minyak kukus ni:)
Selain kita juga kena rajin tambah ilmu buat kek.Sebab saya tahu saya ni bukanlah lahir dengan bakat pandai memasak melainkan saya cuba buat sendiri dan belajar dan juga minat.Practise makes perfect kann..yeahh:)
Kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan bisnes kek atau menjual kek versi kukus,boleh klik sini untuk dapatkan Panduan dan Cara Buat Bisnes Bakeri Hanya Dari Rumah-
Kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan bisnes kek atau menjual kek versi kukus,boleh klik sini untuk dapatkan Panduan dan Cara Buat Bisnes Bakeri Hanya Dari Rumah-
Terima kasih singgah dan lawat blog kecik saya ni.Semoga blog ini benar-benar memberi inspirasi kepada sesiapa yang membacanya-wassalam-
4 Comments
Bole ke kalau bakar kek ni guna periuk ajaib tu sbb oven rosakla hehheheee
ReplyDeleteboleh..namanya jadi kek minyak je lah..bukan kek kukus kann..:)
DeleteKalau kukus kek tu perlu ke letak kain kat penutup kukus tu?
ReplyDeleteslm sis, ya, kena letak kain kat penutup kukus supaya wap kukusan tak jatuh atas kek, kalau wap jatuh atas kek, permukaan kek jadi tak lawa.
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!