Kek Minyak Kukus Moist Pink And Yellow Colour

As Salam,
Kek Minyak Kukus Moist Pink And Yellow Colour-Dah lama sebenarnya saya tak buat kek minyak kukus ni.Sebab utamanya anak-anak tak minat sangat kek ni.Balik-balik kek oren jugak yang depa request, sampai si Mama pulak yang fed up.kihkih.Kali ini, saya buat juga kek minyak kukus moist bila tahu adik ipar nak datang ziarah umah.yay!Bolehlah lepas gian nak baking kek time cuti sekolah ni kann.

Kek Minyak Kukus Moist Pink And Yellow Colour -by Blogger Cik Matahariku-

Pertama kali saya buat kek minyak dulu, saya ada kongsikan resepi di sini : Kek Minyak Kukus Moist Sukatan Cawan.Masa tu baru belajar buat corak kat kek minyak, jadi excited nak buat kek minyak banyak kali.haha.At least dapatlah saya beberapa pengalaman berharga bila dua tiga kali buat kek minyak kukus moist ni.Alhamdulillah.

 Kali pertama saya buat kek minyak kukus moist dengan colour hijau epal dan yellow ( warna adunan asal )

Masa ni teruja sangat sebab kek menjadi dengan jayanya:)-

Ini pula kek minyak kukus moist yang saya buat kali kedua.Masa ni buat bekalan anak ke jamuan akhir tahun  di sekolah lamanya.

Resepi Kek Minyak Kukus Moist
Sumber resepi : Dari Dapur Madiha
Dicuba dengan sedikit olahan oleh : Blogger Cik Matahariku

Bahan-bahan ( loyang 8x8inci / 9in)
5 biji telur
1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate ( saya tak letak)
1 cawan minyak masak
Perasa dan pewarna ikut kesukaan masing-masing.
1 sudu teh esen vanila

Cara Menyediakan Kek Minyak Kukus Moist Pink And Yellow Colour 
  1. Sediakan air kukusan dalam periuk.( Resepi asal kek ini dibakar, saya kukus).
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder.Ketepikan
  3. Lenser loyang kek dengan mentega.Alaskan dengan baking paper.
  4. Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang.
  5. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
  6. Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan gandum. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan adunan kepada 3 warna.
  8. Tuangkan ke dalam loyang, marble ikut kreativiti
  9. Kukus kek sehingga 50 minit atau satu jam.
  10. Tutup tudung pengukus dengan kain supaya air kukusan tidak jatuh atas permukaan kek.
  11. Biarkan kek sejuk barulah dipotong dan hidangkan.

sebenarnya corak kek minyak ni ikut kreativiti kita sendiri.kita yang buat dia kan.Cuma saya memang suka dengan corak kek minyak yang macam ni.Ini baru first step.kita tuang kek selapis demi selapis ikut warna yang kita suka:)

Step kedua, kita guna tooth pick  dan mula buat lorekan dari tengah ke tepi.Kalau nak mudah kita lorek by pecahan empat dulu, then baru kita lorek lagi jadikan ia lapan bahagian.Kalau suka corak macam ni pun dah lawa kek tu kan.hehehe.

Step ketiga, tarik tooth pick dari tepi ke tengah pula.Akhirnya jadilah corak yang macam kat atas tu.

 kek ni kalau disimpan semalaman memang lagi sedap.Lepas tu ko makan sambil minum kopi o atau teh o panas.Memang feel lah.:)

Alhamdulillah, walaupun anak-anak tak berapa gemar kek ni, tapi  biras saya suka akan kek ni dan saya bawakan dia balik buat bekalan dalam perjalanan ke Bukit Beruntung:)

Orait, thanks for reading this entry-selamat mencuba kek kukus minyak moist Pink and Yellow colour:)

Post a Comment

0 Comments