Blog Sudah Capai 6 Juta Pageviews Dalam Tempoh Sebulan

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Blog Sudah Capai 6 Juta Pageviews Dalam Tempoh Sebulan-Alhamdulillah.Syukur kepadaNya.:)Terima kasih kepada sesiapa yang membuka dan membaca Blog kecil saya ni dan saya selalu berharap dan berdoa semoga anda semua mendapat manfaat yang lebih baik dan besar dari apa yang saya berikan.InsyaAllah,aamin.:)

Pageviews 6 Juta yang sangat menginspirasikan:)

Ada beberapa perkara saya ingin kongsikan dengan anda terutamanya rakan Blogger.Rakan Blogger yang rata-ratanya turut menjana income dengan berblog seperti saya.Saya tak nafikan bahawa dengan bilangan pageviews yang tinggi, ia merupakan satu pencapaian peribadi saya dalam berblog.Kesannya penglibatan saya sebagai Affiliate Marketer menjadi semakin mudah dan dapat menjana lebih banyak komisen.

Semoga Saya dapat menjana lebih banyak komisen dengan Pageviews begini:)

Anda boleh lihat banyak entri yang saya kongsikan sebagai Affiliate.Antaranya seperti dibawah:
Saya mula menyedari, dengan pageviews yang tinggi ini juga, telah mendorong salah satu program Affiliate yang saya sertai sejak tiga tahun lalu iaitu Buat Kerja Part Time Dengan Job Di Rumah telah mencecah pendapatan sehingga empat angka.

Paling terbaru, saya mula menjana komisen sehingga empat angka juga dengan salah satu program Affiliate sweetmuslimah.com-


SweetMuslimah.com
Bukan itu sahaja, buat pertama kali, jalan saya terbuka dengan Program Affiliate Klikjer apabila akhirnya berjaya jana komisen kali pertama dengan Affiliate ini.Ia sangat mengujakan saya kerana kadar pemberian komisen yang tinggi iaitu sehingga 70 percent.

Tips Jana Komisen Yang Banyak Dengan Tingkatkan Pageviews Blog :
  • Sebelum itu, anda juga kena tahu, asas memiliki blog ialah and harus menulis sendiri artikel atau entri di blog anda.Jika anda tidak berjaya menyelesaikan cabaran ini, anda masih belum layak dipanggil Blogger.Elakkan publish post yang copy paste tanpa memasukkan sumbernya.
  • Walaupun anda lebih suka menulis secara santai, gunakan kelebihan tersebut dengan kongsikan juga mana-mana link Affiliate anda yang berkaitan dengan entri terbaharu anda.
  • Sentiasa memilih tajuk atau keyword yang tepat bagi setiap artikel yang anda tulis dalam blog.Misalnya anda ingin berkongsi maklumat tentang tudung kanak-kanak online yang murah, maka anda perlu pilih tajuk yang paling tepat yang mungkin digunakan oleh pengguna bagi mendapatkan maklumat mengenai tudung kanak-kanak di laman maya.Jika artikel yang anda tulis itu berjaya "diranking" sehingga page pertama dalam laman carian sama ada oleh Google, Bing-Yahoo dan sebagainya, maka artikel anda mempunyai potensi yang besar untuk sentiasa di klik oleh pengguna. Drai sinilah anda akan mencipta sales yang banyak dan mungkin hampir setiap hari:)
  • Pastikan juga blog anda menggunakan template yang responsif supaya pengguna dan pembaca dapat melayari website dan blog anda dengan selesa walaupun menggunakan versi yang pelbagai sama ada tablet, android dan telefon pintar.
  • Sentiasa update artikel terbaharu mengenai program Affiliate yang anda sertai supaya pengguna mempunyai banyak pilihan artikel untuk dibaca.
Setakat ini dahulu perkongsian saya, jika anda mempunyai idea dan teknik atau tips yang lebih berkesan dalam menjana income dalam blog, boleh juga kongsikan dalam ruangan komen..:)

Terima kasih dan jangan lupa kongsikan artikel ini jika bermanfaat kepada rakan lain:)                                                                                                                 

Post a Comment

1 Comments

  1. waaa...byknye PV !
    daily PV pun sronok tgk..
    page MG sejak kena block lgsung merudum PV nya ..huhuhu



    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!