Telekung Kanak-Kanak Murah Beli Online

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Telekung Kanak-Kanak Murah Beli Online-memang tak dapat nak nafikan bila kali pertama saya singgah online shop yang jual telekung budak-budak ni, saya rasa rugi pulak bila tahu lambat adanya online shop yang jual telekung untuk anak-anak kita, bukan sahaja murah, tapi kemas jahitannya, cantik dan selesa!.


           Latihan Solat Untuk Anak Perempuan

Tujuan kita cari telekung yang selesa untuk anak-anak kita bukan sebab nak bagi dia orang "melaram" tak tentu hala, saya ada pengalaman peribadi bersama anak-anak saya.Saya punya tiga anak perempuan sekitar usia 12 hingga 7 tahun.

Gambar Telekung Kanak-Kanak Murah Beli Online
Telekung Kanak-Kanak Murah Beli Online

Latihan Solat Untuk Anak Perempuan
Ketika mereka mula bersekolah Taski, saya mula melatih anak-anak supaya solat apabila masuk waktu.Masa tu, saya hanya sediakan telekung untuk anak pertama sahaja, adik-adik yang lain tu solat tanpa telekung.Solat budak-budak katakan.Ada masa depa pinjam telekung saya atau pinjam kain tudung sarung saya untuk solat.

Tapi dengan cara begitu, saya lihat mereka tidak bersungguh-sungguh solat bila masuk waktu solat.Saya mula berfikir cara yang lebih praktikal.Akhirnya, Allah beri saya petunjuk dengan menyediakan mereka setiap seorang sepasang telekung.

Telekung Rania - TR09
Telekung Sebagai Galakan Anak Bersolat

Telekung Sebagai Galakan Anak Bersolat
Nah, kini saya sudah tidak perlu mengingatkan mereka tentang solat, kerana mereka sudah rasa seronok apabila tiba masa solat.Puncanya ialah kerana mereka dapat pakai telekung sendiri time solat seperti ibu dan kakak mereka. Budak-budak kan suka ikut dan tiru cara orang dewasa atau macam mana gaya mak bapak depa buat sesuatu kann.hehehe.

Telekung Nur 104-01


Jadi,jangan pandang mudah dan remeh hal menyediakan telekung kepada anak-anak perempuan kita.Telekung untuk solat bukanlah sesuatu yang wajib kerana asalkan pakaian yang kita ada itu bersih dan menutup aurat serta memenuhi syarat sah solat,maka kita boleh sahaja tunaikan solat.

Cuma cara dan budaya kita di Malaysia ni, sudah terbiasa solat dengan pakaian khas yang diberi nama telekung, maka jika tak salah dari sudut agama, kita sebagai ibu bapa haruslah sediakan telekung atau pakaian solat untuk anak-anak kita.

Telekung Rania - TR05


Review Telekung Murah dan Selesa Beli Online
Telekung Kanak-kanak Nur dihasilkan bagi membantu ibu-ibu untuk mendidik anak mula belajar solat.

PANDUAN MEMILIH TELEKUNG KANAK-KANAK

✔ Adakah Si Comel puan sudah berusia 5,6,7 dan 8 tahun?
✔ Adakah puan tahu mereka sudah digalakkan untuk belajar solat?
✔ Salah satu faktor yang akan membuatkan mereka gemar bersolat adalah Telekung yang SELESA !
.
Memandangkan anak-anak kita sendiri yang sudah masuk usia 'perlu belajar solat' jadi kita juga ada hasilkan Telekung Kanak-kanak Istimewa yang diperbuat dari materiel Lycra 320g Lembut dan Gebu-gebu.
.
✔ Kenapa LEMBUT dan GEBU-GEBU itu PENTING?
.
✔ Kenapa pula kita pilih Lycra 320g?
.
Kita semua sedia maklum, telekung adalah set pakaian yang menutupi hampir keseluruhan badan dan sekiranya pemilihan materiel yang salah, ia membuatkannya panas apabila dipakai.
.
Apabila panas, kanak-kanak semestinya akan merasa rimas dan mengikut pengalaman kita, kanak-kanak akan memberikan 1001 alasan untuk tidak memakai telekung.
.
Jadi dari pengalaman itu, kita telah membuat pemilihan dari jenis Lycra 320g yang LEMBUT dan GEBU-GEBU bagi memastikan Si Comel kita gembira untuk mengenakan telekung dan seterusnya GEMBIRA untuk BERSOLAT.
.
Keselesaan Si Comel puan adalah keutamaan kita di TudungSiComel.com

 SAIZ

Dihasilkan dengan potongan khas yang sesuai bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 8 tahun. Model berusia 8 tahun. Labuh dari dagu 25 +/- 1 inci.

 MATERIAL

Dihasilkan dari materiel Lycra Lembut yang tidak terlalu tebal bagi memastikan keselesaan Si Comel yang mula belajar solat.

JAMINAN 180 HARI

*Setiap produk yang diperolehi dari TudungSiComel.com adalah di bawah jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.


*Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar/dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan. Kepuasan pelanggan keutamaan kami di TudungSiComel.com.

Saya kongsikan online shop : TELEKUNG KANAK-KANAK MURAH DAN SELESA- sebagai panduan dan kemudahan kepada ibu bapa yang memang tengah mencari telekung terbaik dan selesa untuk anak-anak anda.

Kongsikan artikel ini kepada rakan dan sahabat handai yang mempunyai anak perempuan yang sedang berlatih belajar solat.Semoga dapat beri manfaat.Insha Allah:)


Post a Comment

0 Comments