Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cara Buat Kue Teow Goreng Simple Yang Sedap-Akak saja bikin tajuk entri masak-masak hari ini yang gempak dan meletop supaya akak-akak dan abang-abang kat luar tu yang baca post akak ni rasa bersalah je kalau depa jual atau masak kue teow goreng yang tak sedap dan mantap!kehkeh.
Kue Teow Goreng Yang Simple Dan Sedap
Jadi, tagline masak-masak akak hari ni ialah biar kita masak benda yang simple-simple tapi sedapnya ngalahkan ko masak yang beriya tapi rasanya hampeh.huhu.Orait, acara masak-masak kat kitchen akak hari ini special sikit dari biasa sebab akak jemput khas Ketua Chef kat rumah akak ni untuk masakkan sendiri Kue Teow Goreng Simple Yang Sedap khas untuk readers blog akak yang ohsem ni.pheww.
Resepi Kue Teow Goreng Simple Yang Sedap
Oleh : Encik Suami Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahan :
Kalau korang suka juga Mi Goreng dan Bihun Goreng yang simple tapi sedap, nah, saya ada kongsikan kat sini :
Resepi Kue Teow Goreng Simple Yang Sedap
Oleh : Encik Suami Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahan :
- Satu bungkus kue teow ( 500g)- Akak beli kue teow yang jenis halus sikit.Boleh tengok gambar.
- Satu biji bawang sederhana besar.-dihiris
- Tiga biji bawang merah-ditumbuk/dikisar
- Tiga ulas bawang putih-ditumbuk/dikisar
- Setengah gengam ikan bilis-ditumbuk/dikisar
- Satu packet fish ball-dihiris nipis
- Dua batang fish cake-dihiris nipis
- Sayur sawi dan taugeh ( ikut sayur kesukaan korang, biasa orang buat letak daun kucai)
- Telur dua biji
- Cili kering blend dalam 3 sudu makan
- Sos tiram 3 sudu makan
- Kicap lemak manis juga 3 sudu makan
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Orait, ni antara bahan-bahan yang mesti ada kalau nak buat kue teow goreng yang sedap ikut cara akak n ketua chef akak lah ya:)
akak close up sikit rupa paras kue teow yang selalu kami guna untuk buat kue teow goreng yang sedap dan meletup rasanya!heheh.over pulaks!
kita goreng dulu segala mak nenek fish ball, fish cake dan dalam pic ni akak ada campur juga isi ayam sikit.
masukkan pula bawang merah, bawang putih dan ikan bilis yang dah diblend atau tumbuk, masukkan juga hirisan bawang besar tadi.
Bila bawang dah naik bau, masukkan cili kering blend
masukkan juga sos tiram dan kicap lemak manis anggaran setiap sos tiga sudu makan.
kacau perlahan.
kemudian boleh masukkan garam dan gula secukup rasa.Biarkan hingga naik minyak supaya cili kering yang diblend tadi betul-betul masak.
bila ko tengok bahan-bahan campuran sos dan cili tadi dah naik minyak, bolehlah masukkan pulak fish ball and the geng.yeahh.
taraa.masa untuk kita masukkan kue teow pulak.gaul bagi rata ya adik-adik semua.
lepas tu, kita pecahkan dua biji telur dalam kuali tu.Masa ni ko dah telan liur akak rasa.walaupun takde udang bagai atau kerang, kue teow ni memang bajet habis! bajet sedap itu sudah semestinya ya!
last sekali, bolehlah ko masukkan sayur apa yang ko suka.Bagi akak, taugeh tu memang wajib ada.sayur sawi tu buat ganti kucai.Nak bagi kue teow kita taklah nampak satu kaler je beb!
Nah, satu kuali Abang Haji ko masak!Tapi ni sekejap je.karang dah hidang kat meja makan, semua pakat menambah.Sekali dengan mama depa yang kononnya nak diet, tapi tak kurus-kurus..hahaha.
Sekali tengok, mesti korang nak order kann.muehehhe.Yay! dah siap kue teow goreng simple kita tapi yang pasti sodapnya walawehh..:)
Jemput makan semua!
Kue teow goreng simple dan sedap by Encik Suamiku:)
Amacam? Tak payah risau kalau ko masak dan hasilnya tak seperti yang akak war-warkan, sebab sampai sekarang pun akak tak confident nak masak sendiri kue teow ni kat rumah, biasanya akak tolong siapkan segala mak nenek bahan untuk masak, lepas tu Encik Suami akaklah yang gigih masak kue teow ni.haha.
Memperkenalkan Ketua Chef Rumah akak, sekali Si Tukang Masak Kue Teow Goreng Simple yang Sedap, with proudly Encik Suamiku:)
Kalau korang suka juga Mi Goreng dan Bihun Goreng yang simple tapi sedap, nah, saya ada kongsikan kat sini :
Air tangan seseorang tu memang lain-lain kan.Akak sedaya upaya kongsikan resepi Encik Suamiku ni sebab nak korang dapat cuba sendiri kat rumah cara yang mudah, bahan yang simple untuk masak kue teow goreng yang sedap.Insha Allah, kalau ekau cuba ikut resepi ni, pasti hasilnya mantap! cubalah ya!
Terima kasih baca post masak-masak akak.Kalau boleh tolong orang lain dapat masak kue teow yang sedap hasilnya macam ni, please share kat facebook , insta, google+ korang ya:)
Wassalam.
14 Comments
Nampak sedappp
ReplyDeleteyup! alhamdulillah, silakan cuba dulu kalau nak tahu sedapnya macam mana..:)
Deleteterima kasih atas resepi. ya. sangat sedap. first time cuba and letak ikan bilis yg ditumbuk. insyaAllah akan buat lagi.
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih cuba resepi ini:) saya baru teringat, baru-baru ini saya ada cuba kuew teow goreng di sebuah kedai makan Char kuey teow terkenal di area Port Dickson, kalau ada readers yang sudah mencuba kuey teow goreng di kedai ini, rasanya seakan sama dengan resepi yang suami saya kongsikan ini.Bolehlah cuba masak sendiri kuey teow goreng kalau nak rasa yang sama ya:)
DeleteOmg omg mmg sedap cikgu! Terima kasih.. resepi ni hampir sama or if not better than the famous koew teow iman kat aloq setaq! Sekarang saya tak was was lagi..
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih kerana menyukai resepi kami:) resepi yang ringkas, tapi rasanya sedap kann:)
DeleteNk try laa. Nmpk menyelerakan!
ReplyDeleteya, silakan sis, tak cuba mana kita nak tahu rasanya kan, inshaAllah, pasti tak mengecewakan:)
Deletebulan posa ni buleh buat niago..
ReplyDeletememang digalakkan sangat sis, inshaAllah customer akn return gerai kita kalau jualan kita sedap kann:)
DeleteSalam Sis, sy mohon cuba. Terimakasih.
ReplyDeletesalam, ya, silakan sis:)
DeleteTerima kasih kongsi ilmu kak
ReplyDeletesama-sama:)
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!