Cara Buat Kuih Keria Gula Melaka Yang Sedap dan Mudah

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cara Buat Kuih Keria Gula Melaka Yang Sedap dan Mudah-Haih.Seronok benar akak tengok geng masak-masak kongsi resepi dan tunjuk gambar kuih keria gula melaka yang dah lama viral ni.Akak teringin nak buat sendiri.Pernah juga beberapa kali beli kat kedai tepi jalan area Batu Caves dan juga order dengan kawan kat sekolah.

 Kuih Keria Gula Melaka Homemade by Cik Matahariku

Cuma setakat ini, yang akak pernah makan depa guna ubi keledek oren.Dan jugak letak baking powder.Jadi, bila makan tu, dalam kuih keria tu kosong, tak padat.Lagi satu, kalau buat kuih keria guna ubi keledek yang isinya oren tu, kuih keria kita memang tak mantap sebab dia akan buat kuih keria tu lembik walau dah uli dengan tepung.Kalau tak reti sukat tepung, sudahnya kuih keria jadi rasa tepung lebih banyak dari rasa ubi keledek.huhu.

Kuih Keria sira dengan Gula Melaka ni memang first time akak membuatnya.Harap lepas ni dapat buat dengan rasa yang lebih mantap, insha Allah:)

Wahh.pandai ko complaint ya.haha.Cuba ekau buat, nak tahu banyak tepung ke kurang tepung.kihkih.Jangan kecam akak! Akk just bagi pendapat sebab selalu makan kuih keria mak mertuaku tu jadi sodap je.Inilah yang akak buat bersemangat untuk bereksperimen, buat sendiri kuih keria gula melaka.Akak tiru resepi kat Blog Cik Epal.Mesti korang kenal Blogger femes tu kann.hehe.

Resepi Kuih Keria Gula Melaka
Sumber Resepi : Cik Epal
Di cuba oleh : Cik Matahariku
Bahan-Bahan :

  1. Ubi keledek putih 500 gram ( saya beli kat pasar dua ketul sederhana besar )
  2. 3/4 cawan tepung gandum
  3. 150 gram gula melaka ( saya guna satu tongkol gula melaka)
  4. satu sudu makan gula pasir
  5. 1/4 cawan air masak
  6. Sedikit garam

Cara Buat Kuih Keria Gula Melaka Yang Sedap dan Mudah ( Step By Step )

Ubi keledek yang dah siap rebus dan kita lenyekkan dia sampai lumatlah senang cakap..
ekau guna je alat nak buat burger tu..sonang keje den ni ha.

Masukkan pula 3/4 cawan tepung gandum.Lepas dah buat, akak punya kuih keria tak mantap sangat.Mungkin ubi keledek akak lagi banyak dari Cik Epal punya, so, lain kali kalau akak buat, akak kena tambah lagi sukatan tepung jadi satu cawan.

ni adunan yang akak dah gaul dengan tepung.Masa buat ni, yelah first time katakan.Akk takut tambah lagi sukatan tepung, takut keria akak keras pulak.so, akak follow je resepi dulu.

happy pulak nengoknya! walaupun akak ragu-ragu dengan sukatan tepung tu, tapi still kuih keria akak masih boleh dibentuk, gebus gitu ko..heheh.

dah siap bentukkan kuih keria gula melaka akak..nervous ko..entah jadi ke idak ni karang..haha..

orait, gula melaka tu kita hiris bagi nipis.Tujuannya supaya cepatlah sikit dia larut dalam kuali tu nanti.Kalau ekau malas, ko humban je seketul tu dalam kuali, besok pagi baru siap keje memasak ko..kihkih..

gigih akak hiris gula melaka tu sampai siap.satu sudu makan gula pasir dan air masak untuk kita buat sira kuih keria tadi.Air masak tu akak guna separuh dari sukatan yang ada dalam cawan pink akak tu.Tak payah banyak air sebab nanti gula melaka tu akan larut.Kalau banyak ko letak air masak, alamat, salutan atau siraan gula melaka kat kuih keria ko memang tak cun nanti.hehe.

kita pakat goreng dulu keria gula melaka ni.Masa ni akak dah cuak.Sebab tadi akak dah confius masa uli ubi keledek dengan tepung kan.Nak tambah tepung ke tak..akk pasrah je dik.huhu.

nampak kalau dah dekat kekuningan macam ni warna kuih keria ko, dah boleh standby untuk kita angkatlah dari kuali.Nampak macam best je kejadiannya.

orait, bentuk kuih keria still ok, tapi bila akak try gigit seketul, akak dah boleh agak, memang akak kena tambah sukatan tepung ni.Isinya tak mantap macam yang mak mertua den buat.Yup! buat masa ini kuih keria sodap yang akk pernah makan, dari air tangan mak mertuo den, so penanda arasnya kat situlah.muehehe.

ini campuran gula melaka, gula pasir dan air masak tadi.Tak payah ko tunggu lama sangat.Api pun perlahan je.Kalau ko tengok dia dah start mendidih atau berbuih tu, maknanya ko dah boleh masukkan kuih keria ko lah tu.

gaul sampai rata kuih keria tu dalam larutan gula melaka tadi.Bila dah start melikat, ko dah boleh tutup api dan angkat.Kalau rajin susun satu-satu dalam dulang sebab dia akan melekat antara satu sama lain bila dia mengeras nanti. 

Yayy!! dah siap kuih keria gula melaka akak.Percubaan pertama yang ada rupa jugaklah kiranya.Cuma kalau ekau nak buat, akak nasihatkan satu cawan tepung, insha Allah cantik gebus nanti ko punya kuih keria.

kalau tak suka manis, boleh kurangkan sukatan gula melaka, sebab bila dah sejuk, manisnya boleh tahan juga.Alhamdulillah, walaupun percubaan pertama, akak dah boleh belajar apa yang patut untuk baiki lagi skill buat kuih keria ni..heheh.

Terima kasih baca post Cara Buat Kuih Keria Gula Melaka Yang Sedap dan Mudah-Selamat mencuba dan boleh kongsi dalam ruangan komen kalau anda sudah mencuba resepi ni ya!Sampai jumpa lagi!

Doakan kebaikan dan kejayaan saya sekeluarga dunia akhirat ya!wassalam.

Post a Comment

6 Comments

  1. Wow .....sedapnya Kak...Nak try buat juga la....

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, kuih keria ni memang sedap kalau rasa ubi keledek dia lebih menyerlah dari rasa tepung, selamat mencuba ya!

    ReplyDelete
  3. Bismillah.InsyaALLAH sya nk cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, silakan mencuba resepi ini, inshallah menjadi:)

      Delete
  4. kuih jadi lembik bila letak dlm gula cair. mungkin kena tunggu likat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik, next time saya ikut tips tuan beri, terima kasih singgah blog ni:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!