Kek Oren Sunquick Lebih Moist Dengan Resepi Baru Blogger Cik Matahariku

As Salam,
Kek Oren Sunquick Lebih Moist Dengan Resepi Baru Blogger Cik Matahariku- Ceh, kemain ko bagi tajuk kann?heheh.Janganlah marah kalau anda bakers ya, saya ni bakers cobaan jek.kihkih.Mula-mula belajar buat kek oren sunquick ni, Mak Muo saya yang ajar.Lepas tu saya cuba banyak kali buat kek oren dengan cuba pelbagai resepi.

Tapi resepi yang ini bukanlah saya ubah hundred percent resepi yang saya dapat, saya cuma try kaedah membuatnya sahaja.Macam sepatah kata ahli motivasi yang saya percaya kata-katanya iaitu selagi kita buat sesuatu dengan usaha yang sama, pasti hasilnya juga sama.Jika mahu hasil yang berbeza, usaha pun kena berbeza.yeahhh.Motivasilah sangatt.

Kek oren Sunquick klasik yang sangat moist by Blogger Cik Matahariku:)

Hirisan Kek Oren Sunquick yang menggoda iman dan selera.Sedap weii.

Memandangkan Kek Oren Sunquick ni request anak-anak, saya usahakan buat.Tak susah pun buat kek oren ni.Yang penting ko ada vitamin R dalam jiwa raga ko.heh.

Resepi Kek Oren Sunquick Lebih Moist
Sumber asal : Instagram
Resepi diolah semula : Blogger Cik Matahariku

Bahan-Bahan
Sebiji oren Sunquick ( dihiris dan blend dengan kulit sekali )
2 biji telur
1 cawan butter yang dicairkan ( biasa saya guna minyak )
1/4 cawan susu pekat
1 cawan gula
semua bahan di atas diblend sahaja.

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
semua bahan di atas diayak dalam satu bekas.

2 sudu makan pati oren sunquick/ jus sunquick
1 sudu teh esen vanila

Cara Menyediakan Kek Oren Sunquick Supaya Lebih Moist
  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah dalam 15 minit yang pertama.Isi kan air dalam dulang untuk kaedah water bath.
  2. Blend semua bahan seperti buah oren sunquick, telur, gula, susu dan butter yang dicairkan.
  3. Masukkan bahan yang diblend dalam bekas tepung tadi dan kaup balik sahaja.
  4. Masukkan pati oren buah sunquick dan esen vanilla.
  5. Masukkan adunan kek oren dalam oven dan tukar suhu kepada 170 darjah dan bakar dalam 50 minit-60 minit, ikut oven masing-masing.
bau wangi buah oren sunquick memang membuka selera untuk kita cuba dan nikmati kek oren yang moist ni kan? iyolahhh.

beratur kek ni nak kena ngap dengan askar-askar kat rumah ni.hahaha.

keretan rentas kek oren sunquick yang nampak lebih moist kann?heheh.Rasanya lebih lemak, masam dan manis bila saya try guna butter yang dicairkan berbanding saya guna minyak.Lagi satu ia jadi lebih moist atau lembap sebab teknik water bath yang saya sengaja cuba sebab saya tak suka kek yang kering selepas dibakar dalam oven.Syukur.Menjadilah jugak hasilnya:)

walaupun saya blend buah oren sunquick ni sekali dengan kulit, rasa kek ni tetap sedap dan langsung takde rasa pahit atau terlalu masam:) Hai, nasiblah korang, dah den yang buat kek ni, sapa lagi nak puji kann.Kalau nak tahu rasa kek oren yang sebenar, cubalah buat sendiri wei.heh.

Boleh juga tengok entri saya yang lain story mory pasal kek oren yang saya pernah buat kat sini : Sila Klik
Alhamdulillah, segala syukur dan pujian kepada Allah Taala kerana atas kurniannNyalah saya ada daya, kemampuan dan mahu belajar buat kek seperti ni.Kalau tidak, takde apa yang boleh dibanggakan pun dengan mama sorang ni,adoyaiii.

Terima kasih singgah blog ini, keep reading guys!


Post a Comment

6 Comments

  1. Replies
    1. alhamdulillah, kalau suka kek oren, bolehlah sis cuba:)

      Delete
  2. Saya baru buat kek oren exactly ikut resepi you...tapi kek tu mcm berat, kurang rongga2, tak berapa naik...kenapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis, terima kasih krn mencuba resepi ini, saya tidak pasti secara tepat sebab kek oren sis jadi berat dan kurang rongga, cuma hasil dari pembacaan saya, mungkin ada sebab-sebab berikut yang jadi punca kek oren sis kurang menjadi :
      Sewaktu memukul campuran yang ada tepung, ia dipukul dengan kadar yang terlalu laju.
      Campuran mentega, gula dan telur dipukul terlalu lama.
      Kemungkinan besar terlalu banyak tepung digunakan.
      Serbuk penaik tidak sesuai dengan sukatan tepung
      Gula yang digunakan melebihi sukatan
      Terlalu banyak cecair
      Suhu ketuhar terlalu rendah

      Maaf ya, harap dapat membantu dan jangan putus asa, semoga dipermudahkan usaha membuat kek yang lebih menjadi.aamin:)

      Delete
  3. Replies
    1. boleh blend sehingga timbul sedikit buih pada permukaan bahan yg kita blend.atau boleh juga berhenti blend bila semua bahan dah sebati dan larut.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!