Resepi Kuih Siput Yang Sedap, Rangup dan Berempah Dengan Sukatan Cawan

As Salam semua,
Resepi Kuih Siput Yang Sedap, Rangup dan Berempah Dengan Sukatan Cawan-Ada ke readers blog saya yang suka makan kuih siput ? Nostalgia betul kalau ingat balik pasal kuih siput legend ni.Time saya kecil dulu, sekitar umur 7 hingga 9 tahun, kuih siput ni antara kuih wajib yang mak saya akan buat menjelang Hari Raya. Bila dekat-dekat nak raya Haji ni, teringat pula saya keenakan kuih siput yang rangup dan berempah yang saya pernah buat sebelum Hari Raya puasa baru-baru ini.

 Kuih Siput rangup, sedap dan berempah by Blogger Cik Matahariku:)

Maklumlah masa tu, nak kongsi dalam blog, kemudahan internet tak berapa nak laju macam sekarang, jadi kalau Blogger macam saya ni, paling lemah kalau internet asyik loading je sebab bila buat post, kita akan masukkan gambar, bukan satu, mungkin 5-10 keping, dari tunggu internet loading, boleh siap kuih siput sedut kita tu kan.kihkih.

kuih siput ni memang perlukan kerajinan yang tinggi untuk menyiapkannya.Nasib baik time saya buat kuih siput ni, anak kedua rajin menolongnya:)

Orait, korang pun tak sabar nak tengok resepi yang saya dah guna time buat kuih siput yang rangup dan sedap tu kan? Saya ambil resepi kuih siput ni dari Grup Masakan di Facebook iaitu Grup Masak Apa Hari Ni? (Mahn).

Resepi Kuih Siput Yang Sedap, Rangup dan Berempah Dengan Sukatan Cawan
Sumber Resepi : Grup Masak Apa Hari Ni ( Mahn) di Facebook
Berjaya dicuba oleh : Blogger Cik Matahariku

Bahan-Bahan Buat Kuih Siput :
Minyak yang secukupnya untuk menggoreng
1 kg tepung gandum
1 biji telur 
4 sudu butter dicairkan
1/2 cawan santan @ separuh santan kotak
Garam secukup rasa
Air yang secukupnya

Bahan untuk dikisar
1 sudu teh jintan manis 
3/4 cawan udang kering @ ikan bilis 
2 sudu makan serbuk cili/ cili blend 
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan ketumbar
4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
4 tangkai daun kari ( digoreng terlebih dahulu)

Cara-cara Menyediakan Kuih Siput yang rangup, sedap dan berempah
  1. Gaul tepung dengan butter yang sudah dicairkan.
  2. Masukkan kesemua bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk.Gaulkan hingga semuanya sebati.
  3. Masukkan telur dan santan.
  4. Uli sehingga ianya menjadi doh yang lembut.
  5. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.(Jgn masuk air byk sebab bahan yg diblend tadi cecair/ada air.)
  6. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat-bulat lebih kurang 1 cm dan golekkan atas acuan kuih siput.Ulang langkah ini sehingga doh habis.
  7. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
  8. Masukkan kuih siput yang telah siap di gentel dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan.( Daun kari masukkan waktu kuih siput hampir nak masak, kalau masuk awal terlalu garing daun kari tu)
  9. Simpan dalam bekas kedap udara.
Jika anda nak tahu, pengalaman saya menyediakan kuih siput rangup yang sedap dengan resepi yang sama, boleh klik sini : Pengalaman Cara Mudah Buat Kuih Siput Rangup Yang Sedap-

Ini pic kuih siput yang sudah siap digentel tapi belum digoreng, nampak tu anak kedua saya si Eqin dah edit pic tu.Masa buat ni bulan puasa, jadi kira pasrahlah masa tu, resepi yang saya ikut akan jadi dan sedap ke tidak.hehe.Tapi alhamdulillah, resepi yang saya dapat ini memang menepati citarasa saya dan family yang suka kuih siput yang pedas dan berempah dan pastinya rangup dan sedap.

kalau ko jenis tak sabar dan cepat fed up, lupakan je hasrat nak buat kuih siput ni ya.haha.
Sambil tengah gentel kuih siput ni, nyesal jugak sebab tak beli acuan banyak-banyak hari tu.Kalau tak, boleh rewang anak beranak buat kuih siput ni.

Akhirnya, siap jugak kuih siput idaman kalbu saya ni.isk.isk.
yay!! bila dah siap, tak sampai 48 jam dah tinggal suku.adoii.Nak buatnya makan dua tiga jam.sabo jelah..

Orait, selamat mencuba kuih siput yang rangup, sedap dan berempah.Jangan lupa share kat ruangan komen kalau anda sudah mencubanya:) Sampai jumpa lagi.Eh, lupa nak ucapkan Salam Aidil Adha semua:)

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!