Tips dan Resepi Kek Pisang kekal Moist Walau Dibakar

As Salam,
Tips dan Resepi Kek Pisang kekal Moist Walau Dibakar-Alhamdulillah.Cuti sekolah ni selain happy sebab tak payah rush bangun pagi-pagi, saya dapat buat aktiviti yang saya sukai iaitu masak memasak atau buat kek.Yay!!

Yup, dulu time baru-baru kahwin, masak bagi saya bagaikan aktiviti yang sangat menyesakkan dada.hahah.Sebab time tu den tak reti sangat masak.Syukur, bila anak-anak semakin membesar, Allah beri saya peluang belajar memasak dan direzekikan memasak sendiri untuk suami dan anak-anak:)

Kek Pisang Moist Sedap by Blogger Cik Matahariku:)

Orait, kek pisang ni asalnya saya tak plan pun nak buat.Memandangkan ada pisang yang dah masak ranum yang mak saya bawakan dari Kampung di Kota Tinggi, Johor maka anak-anak mintak saya buatkan kek pisang.Kalau ikut tekak bapak budak-budak ni, dia lagi suka cekodok pisang lagi dari kek mekek ni.hihi.

Saya pula, memang dah lama berangan, kalau  ada kesempatan, saya nak buat kek pisang yang sama macam akak-akak kek buat untuk jualan tu.Ala, yang depa susun pisang dengan hirisan bulat-bulat atas kek sebelum dibakar tu, haa macam tulah sebiji saya nak buat nanti.

Angan-angan menjadi kenyataan:) saya lebih sukakan kek pisang yang lembap berbanding yang kering selepas dibakar dalam oven. Kalau anda penggemar tegar kek pisang, kek pisang yang sedap ialah apabila kita ngap dia, kita rasa moist je.Dengan kaedah water bath, walau saya bakar kek pisang ni, hasilnya tetap moist dan lembap.Korang bolehlah cuba tips ni ya.

Alhamdulillah, tercapai jugak hasrat saya tu.Taraa.lihatlah hasilnya yang tak semengah mana ni.muehehhe.Gigih saya hiris nipis dan bulat-bulat pisang yang dah masak ranumm sangatt tu.Sampai Encik Suami tegur, awat hiris nipis pisang tu, lenyek jelah katanya. Orang laki apa tahu pasal seni masak memasak ni kann.kihkih.

Ni gambar sebelum kek dibakar.Nampak tak tu tekstur pisang pun dah lembik semacam kann.Gigih ko susun nak bagi lawa punya pasal.

Ni pulak gambar kek pisang selepas dibakar.hokey ke idok kek pisang yang saya buat ni?

very recomendded dengan resepi yang saya guna ini.Kek memang menjadi sangat moist, gebu dan sedap.Manisnya pun sedang elok je:)

Resepi Kek Pisang Moist Sukatan Cawan
Sumber Resepi : Instagram
Resepi berjaya dicuba : Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan
Dua cawan pisang berangan ( patah-patahkan bagi senang nak blend)
1 cawan gula
1 cawan minyak 
3 biji telur gred B
( semua bahan diatas diblend sahaja)

2 cawan tepung gandum ( diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara Menyediakan Kek Pisang Moist Yang Sedap
  1. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah
  2. Blend pisang, gula, minyak dan telur
  3.  Masukkan bahan blend ke dalam bekas tepung yang sudah diayak.Kaup balik sahaja.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Susun potongan pisang atas adunan kek
  6. Bakar pada suhu 170 darjah selepas masukkan loyang, atau ikut kepanasan oven masing-masing.
  7. Saya guna kaedah water bath iaitu isi air dalam dulang dan letakkan loyang kek atas dulang tersebut.Tujuannya supaya kek lebih moist dan tak jadi kering selepas dibakar.Kalau tak buat water bath pun okey je.Kek tetap menjadi:) saya just nak buat eksperimen sendiri.hehe.
 Sebelum ini saya pernah buat kek pisang dengan kaedah kukus.Bagi saya, rasanya tetap sama cuma tekstur luaran sahaja yang berbeza. Kalau korang perasan, hirisan pisang yang saya letak atas kek nampak terbenam ke dalam kek bukan?Taklah cun sangat hasilnya.huhu.Ia disebabkan tekstur hirisan pisang tu yang dah masak sangat dan berair, tapi den still degil nak jugak buat hiasan atas kek macam tu, jadi hasilnya taklah semengah mana kan.Bertabahlah.

Ini rupa paras dan tekstur kek pisang yang saya pernah buat sebelum ini dengan kaedah kukus.Tetap nampak menyelerakan kann.:)

Boleh tengok kat sini kalau korang nak buat kek pisang kukus eh.: Cara Mudah Buat Kek Pisang Kukus Moist- Sebenarnya mana-mana kaedah pun okey asalkan niat korang ikhlas nak bagi anak-anak  dan suami makan dari air tangan korang sendiri.ceh gitu:)

pic close up sekadar untuk photoshoot sebab nak masuk dalam blog.haha.Tak sampai hati nak bagi anak dan suami makan dengan potongan yang besor gedabak ni.Takut cepat habis ko.ciss.

Orait, selamat mencuba semua:) Kalau ada readers yang buat dan menjadi lawa kek pisang korang tu, jangan lupa kongsi kat ruangan komen tau:)


Post a Comment

12 Comments

  1. Thsnk you atas ilmu😀buat Ni untuk persediaan spm anak:

    ReplyDelete
  2. Saya dah buat...lembut je kek saya..thanks share resepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, thanks sebab cuba resepi ni..yup, kek memang jadi moist kann..

      Delete
  3. Saya dah buat 2 kali time Pkp tu...Alhamdulillah menjadi,,moist dan sedap..mcm nk buat lg petang ni.terima kasih sis share resepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, memang seronok bila buat masakan yang menjadi, kalau dah pandai buat sendiri, anytime teringin nak makan, kita boleh buat sendiri kann..hehe..

      Delete
  4. Replies
    1. boleh bakar dalam suhu 170 darjah dalam masa 55-60 minit atau sehingga kek benar-benar masak ya.Cara nak check kek dah masak ke belum, cucuk tepi atau tengah kek dengan tooth pick, kalau takde kek yang terlekat kat tooth pick tu means kek dah masak elok:)

      Delete
  5. Alhamdulillah, saya buat menjadi. Sblm ni susah nk dpt kan kelembapan kek yg optimum. Terima kasih ye cik matahari

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, sama-sama.Terima kasih cuba resepi di blog ini.

      Delete
  6. Sya buat gebu elok...cstmer puji..yg heran knpa semua susunan pisang ats kek semua masuk dlm lepai bakr..tak nampak langsung hiasan pisang...ada tips tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, kek pisang dah menjadi..setakat pengalaman saya dengan kek pisang ini, kalau nak letak hiasan pisang atas kek, jangan guna pisang yang dah terlalu masak ranum atau lembik.Karang dia tenggelam sekali dlm kek.satu lagi tips, bila nak letak hirisan pisang atas kek tu, jangan potong awal pisang tu, time nak susun atas kek, baru kita hiris dia, barulah pisang tak berair dan cantik terletak atas kek.InshaAllah.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!