Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 2 : Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap

As Salam,
Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 2 : Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap-Kemain update post bulan-bulan puasa ni kann.hehe. Kalau korang rajin ikut update blog ni, korang mesti perasan saya biasanya hanya akan kongsikan resepi-resepi yang simple, tak memeningkan, bajet dan paling penting antara tu semua ialah sedap!

gambar ayam masak paprik yang sedap
Menu Iftar Homemade Ramadhan Day 2 : Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap

Orait, Hari kedua Ramadhan saya pun dah mula bekerja.Kalau ikut saya, biasanya menu yang saya masak untuk berbuka puasa, saya tak plan awal pun.Time nak masak petang tu, masa tulah baru fikir nak masak apa.Saya pula agak bertuah sebab suami dan anak-anak tak pandai request nak makan apa untuk berbuka.They really trust the chef.haha.Gitu ko.

Bagi saya secara personal, ayam paprik lebih sedap kalau ada serai dan limau purut lebih sikit. Dua bahan ini yang menjadikan kuah ayam paprik lebih sedap dan rasanya lebih mantap

So, hari kedua puasa untuk kali ini, saya sediakan Ayam Masak Paprik Yang Simple dan Sedap. Simple bagi saya tu sebab saya takde letak kobis bunga atau carrot atau cili benggala bagai.Karang kalau masukkan segala mak nenek sayur tu, anak-anak dok pakat letak kat tepi pinggan,Sabo jelah ya.Jadi Chef yang memahami ni, masak ayam Paprik pun tak letak semua tu.Tapi jangan risau, Ayam Paprik ni tetap sedap dan confirm jadi beb:)

 Resepi asal Ayam Paprik saya ambil dari buku ini, saya olah resepi ini ikut bahan yang saya ada dengan rasa yang saya suka.Saya sekeluarga suka akan pedas, jadi saya ganti sos cili dengan cili blend dan cili capsicum dengan cili padi.

Ini pula halaman dimana terdapat resepi ayam paprik yang sedap. Resepi asal ada di sini.Saya olah mengikut taste saya sendiri.

Resepi Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap
Sumber resepi : Chef Hanieliza ( Buku 1 Hari 1 Resepi )
Dicuba Dengan Olahan  : Cik Matahariku
Bahan-bahan
Satu mangkuk lauk isi ayam ( dihiris nipis)
1 labu bawang besar (dihiris)
Bahan Untuk Sos
4 sudu makan kicap lemak manis Jalen
4 sudu makan sos tiram
4 sudu makan cili kering blend
10 helai daun limau purut ( dihiris nipis)
3 batang serai ( dititik)
10 tangkai cili api hijau dan merah
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1 inci halia ( ditumbuk )
2 ulas bawang merah kecil (ditumbuk)
1/2 cawan air
gula secukup rasa
Minyak masak

Ini menu sampingan lain yang saya sediakan untuk berbuka hari kedua puasa. Ada bubur lambuk free, telur dadar, kailan ikan masin.Saya ada juga sediakan ikan caru ( ketinggalan zaman) masak kukus yang dicicah dengan sos dlm bekas kecil ( potongan cili padi dan bawang, kicap dan perahan air limau ). Nasi putih tak ikut bergambar sebab sedang cook.hihi.

Cara Menyediakan Ayam Masak Paprik Simple Dan Sedap

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar yang dihiris tadi.
  2. Masukkan pula bahan yang ditumbuk dan serai dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan kicap,cili kering blend dan sos tiram dan separuh daun limau purut supaya bau wangi daun sebati dengan kuah.Biarkan hingga terbit minyak
  4. Masukkan isi ayam dan kacau rata
  5. Masukkan 1/2 cawan air, perasakan dengan gula dan tutup kuali dengan penutup supaya ayam isi mudah lembut dan kuah lebih pekat dan sedap.
  6. Selepas kuah dah pekat, boleh tabur dengan baki daun limau purut dan cili padi 
  7. Sedia untuk dihidang:)


    Kebetulan suami juga ada bawakan  bubur lambuk yang diambil dari masjid berhampiran rumah.Jadi bertambah-tambah selera dia dan anak-anak makan bila saya sediakan ayam paprik ni.hehe.


    Orait, selamat mencuba resepi ayam paprik simple dan sedap ini :) Macam pelik pulak bila tukang masak puji masakan sendiri kan.kihkih.Jangan ambik hati na.Saya berani katakan begitu sebab suami dan anak-anak memberi pujian sebegitu, malah katanya lebih sedap dari yang mereka pernah makan kat restoran.Ceh gitu.

    Yeayy.Air tangan ibu memang selalu win.haha.bajet bagus.sabo jelah ya.Selamat mencuba semua:)
    #homemademenuiftarday2

    Post a Comment

    2 Comments

    Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!