Friday, August 02, 2019

Resepi Kek Batik Indulgence Cheese Bake Viral Azlina Ina

As Salam,
Resepi Kek Batik Indulgence Cheese Viral Azlina Ina-Wahh.Mesti korang tengah mencari-cari Resepi Kek Batik Indulgence Cheese Viral Azlina Ina kann. Saya baru sahaja nampak kek ni kat instagram Azlina Ina, dan kebetulan pagi tadi sorang kakak bakers kat sekolah pelawa saya makan kek sama yang baru sahaja dicubanya.

 Kek Batik Indulgence Cheese Bake Viral Azlina Ina-saya ambil pic ni dari instagram beliau. Geram betul nengok batik cheese ni kan.

 Ko tengok coklat dia, kemain kann.

Makan seketoi macam ni memang taklah kann.Barang siapa yang sedang berdiet, korang dinasihatkan tak payah nak jeling-jeling kek viral ni.Karang menyesal.haha.

Rezeki jangan ditolak! orang pelawa rasa, saya belasah makan dua tiga ketul sebab sedap ya amat.kihkih.Korang bayangkan kalau makan kek batik gitu-gitu pon dah sodap, apatah lagi kalau dapat makan dengan add on cheese dan coklat yang mables.Pheww.Memang recomended kalau korang nak try sendiri atau buat sendiri Kek Batik Indulgence Cheese ni.

Ini pula kek batik indulgence Cheese akak bakers sekolah saya yang saya dah cuba rasanya kat sekolah pagi tadi-memang best rasanya!

kek batik kak Haizah-akak bakers sekolah saya.Pic ni saya ambil dari Fb beliau.sesiapa readers blog ni yang dok area Port Dickson, boleh follow fb akak ni-banyak kek sedap-sedap oii-

Orait, nah saya kongsikan resepi kak Azlina Ina.Harap dapat bantu korang yang suka buat kek dan pandai buat kek:) Dapatkan cara dan langkah demi langkah bergambar buat kek  Batik Indulgence Cheese ni dalam entri ini - Mudahnya Buat Kek Batik Indulgence Chees Bake-


Resepi Kek Batik Indulgence Cheese Bake Viral Azlina Ina
Sumber resepi : Instagram Azlina Ina
Dikongsi oleh : Cik Matahariku
Bahan-Bahan ( Kek Batik )
2 packet biskut merry ( patah-patahkan )
250 gram butter
1 cawan milo
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 cawan susu pekat ( 1 tin susu )
1/2 tin susu cair atau boleh ganti 3/4 fresh milk
Cara-cara menyediakan kek batik
  1. Masukkan butter dalam kuali atau periuk dan cairkan dengan api perlahan/kecil
  2. Bila butter dah cair,masukkan serbuk milo dan serbuk koko ( boleh tutup api sekejap masa ni)
  3. Masukkan pula susu pekat dan susu cair kacau perlahan sampai pekat ( api slow je masa ni)
  4. Masukkan biskut merry yang dah dipatah-patahkan tadi.
  5. Masukkan dalam loyang 9x9 dan padat-padatkan.
  6. Biarkan sekejap.
Pic Kek batik yang ini saya ambil di facebook : Myrassa Cooking Class

melting ko tengok cheese dia.dugaan betul ni..-Myrassa Cooking Class-

Bahan-bahan dan cara menyediakan Cheese Bake
500 gram cream cheese
150 gram gula halus ( 2/3 cawan gula halus )
4 biji telur
*Boleh blender atau guna mixer untuk satukan bahan-bahan diatas.
  1. Tuang adunan cheese atas kek batik dan ratakan.
  2. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil
  3. Panaskan oven dulu kemudian masukkan kek batik cheese dengan menggunakan api atas sahaja dengan suhu 170 darjah dalam masa 20 minit ( ikut oven masing-masing).Nak tahu dah masak ke belum, boleh sentuh dengan jari, kalau dah tak melekat, tu kira dah masaklah tu.
  4. Bila dah masak, sejukkan sekejap dan simpan dalam chiller dalam satu jam.
Bahan-Bahan Lapisan Choclate Ganache dan Cara menyediakan
300 gram Beryls dark compound  (kalau korang suka manis buat lah milk compound)
200 ml whipping dairy
2 sb butter
*Boleh masak cara double boil, masuk oven atau guna pengukus.Bila dah cair, kacau guna whisk je.
2 sb gelatin halal
1/4 cawan air panas
  1. Kacau sampai larut dan tuang dalam ganace.Kacau lagi sehingga larut.
  2. Apabila kek batik dah keras, cheese dia pun dah cantik, baru tuang ganache atas loyang kek batik tadi.
  3. Sejukkan semula semalaman.Esoknya korang boleh sisip bahagian tepi dengan pisau yang dah dicelup dengan air panas dan lap, kemudian potong ikut kaedah yang sama.
  4. Dah boleh dihidangkan atau sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba ya!



RANDOM POST :

3 comments:

  1. Biasanya hrga seloyang 9x9 tu rm brp ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam puan, saya belum lagi pernah beli kek batik cheese yang saiz satu loyang, tapi yang saya beli dari seorang kawan di sekolah, dia jual mini pack dengan 9 slices harganya rm15.Harap membantu ya.

      Delete

Sila kongsi Komen anda disini dan terima kasih atas kesudian singgah membaca post dalam blog ini- Semoga ada manfaatnya kepada anda semua:)

Loading...