Blog Cik Matahariku : Road To 50 Million Views :)

As Salam,
Blog Cik Matahariku : Road To 50 Million Views-Post ini sepatutnya saya share tentang pageviews blog yang dah masuk ke 49 juta views sejak awal Mac lagi, kalau tak silap saya.Tapi masa tu, tak sempat nak share.Tahu-tahu hari ni dah 49 juta lebih views, jadi saya buat cabaran atau count down untuk kejar views blog yang ke-50 juta views.Road to 50 Million views gitu.hehe.

Pageviews masa saya print screen saat pertama kali nampak views blog capai 49 juta views.
Ini pula print screen views blog tatkala saya sedang menaip entri ini.
Terima kasih kepada anda yang sudi menjadi Followers Blog Cik Matahariku

Alhamdulillah.
Bukan mudah untuk capai views sehingga capai angka ini.Yang saya tahu, memang ada"effort" saya sebagai penulis di blog sendiri, dan yang lebih penting ada readers yang sudi singgah dan baca blog ni.Kalau depa ni takdak, tak kemana juga dan tak bermakna juga apa yang kita tulis dalam blog kan.

Blog Cik Matahariku : Road To 50 Million Views
Tahun ini masuk tahun ke-10 saya menulis di Blog. Sebenarnya kalau korang nak tahu, jumlah post yang saya dah publish dalam tempoh hampir 10 tahun ini tak sampai pun lagi 1000 entri.Kesian kan.Entri dalam draft memang banyak dan panjang berbaris.haha.

Ada sebab tersendiri kenapa saya sangat mengawal dan berhati-hati dalam menerbitkan apa yang saya kongsi dalam blog.Ada yang saya dah taip complete post, tapi saya hold dan tak publish.Mungkin saya agak cerewet dalam content yang saya mahu kongsi dengan readers.

Menulis di blog ini untuk tahun yang ke-10-antara pencapaian saya dalam berblog-
dengan pageviews terkini lebih dari 49 juta views-Alhamdulillah.

Tapi tulah kan.Dah kita yang menulis, kita yang edit, mahu tak kita feel secure.Memikirkan kalau sampai apa yang kita taip tu jadi perkongsian yang sia-sia atau menyusahkan orang lain.Pun satu hal kan.Inilah yang saya cuba jaga.

Sebagai penulis, walaupun hanya sebagai Blogger bukan instafamous atau Youtuber, kita still kena berhati-hati dengan penulisan kita.Menulis juga ibarat berkata benda yang baik atau tidak.Bezanya, bila kita taip dalam blog, orang baca.Kalau kita cakap, orang dengar.Tapi, end of it, risikonya ialah kita kena hadap persepsi orang lain terhadap fikiran kita tu.

Entri pertama kali tatkala blog saya capai 1 juta views:) boleh klik pic untuk baca.

Ibaratnya, saya kini bukan lagi nak kejar views yang banyak, tapi saya juga mahu jaga content blog.Walaupun kadang kala, saya bergurau dalam blog, blog kita, suka hati kita nak tulis apa kan.kiki.But truely, saya tak meant it.

Target dan Impian Dalam Berblog
Kalau orang tanya, apa saya nak buat dengan blog selepas ini? Saya mungkin taklah hebat mana dalam menulis atau menarik hati pembaca di blog saya dengan content yang bagus atau terbaik, tapi sedaya upaya, kalau boleh saya mahu setiap kali saya tekan butang publish, hati saya akan berkata: Semoga inilah amal jariah dan bekalan saya bila masa bertemu Allah SWT dan menjawab pertanyaan ini : Ilmu dan harta yang engkau ada, engkau gunakan untuk apa wahai hambaku?


Saya tahu, saya bukanlah seorang hartawan, apatah lagi seorang dermawan.Kemampuan saya setakat ini, dengan kesihatan yang Allah bagi, dengan masa yang lapang, waktu yang senang, inilah yang saya boleh buat.Moga-moga Allah berkati usaha kecil ini, yang tidak seberapa dan kurniakan saya kemudahan dan ilham yang banyak untuk terus menulis:).aamin.


Jadi, bagi anda yang memang banyak idea untuk menulis, saya ucapkan tahniah dan teruslah menulis sehingga ke nafas yang terakhir. Pastikan, kita menulis benda yang baik, dan penghujung dari kesan readers membaca tulisan kita atau sharing kita, akan mendekatkan mereka ( pembaca kita) kepada Allah.Itulah matlamat hakiki kita yang sebenarnya.

Yup! walaupun kita hanya kongsi resepi misalnya atau kita kongsi cara tanam pokok atau cara berbelanja, asbabnya, readers dapat buat sesuatu dengan lebih baik, dengan betul, tidak membazir, mengembirakan orang lain dan banyak lagi.

Semua itu kan benda yang Allah suka?
Bila buat perkara yang Allah suka, akan datang redhoNya kepada kita.
Bila Allah redho, semua urusan kita mendapat berkat dan rahmat.
Semuanya akan dipermudahkan!
Semuanya akan berhasil dan mencapai kejayaan.
aamin.

Thanks read this! Follow me now:) -Road to 50 million views.yay!!


Post a Comment

4 Comments

  1. Wah...5 juta bukan sedikit. Tahniah Cik M. Semoga dapat menyampaikan benda2 baik melalui blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih doanya, yang baik-baik juga untuk sis ya!

      Delete
  2. Alhamdulillah tahniah CM.. moga terus istiqamah menulis di blog ye.. doakan untuk sis juga

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!