Pokok Daun Ketumbar Jawa Sudah Tumbuh Daun Baru Dan Semakin Subur

As Salam,
Pokok Daun Ketumbar Jawa Sudah Tumbuh Daun Baru Dan Semakin Subur-Hari tu saya ada kongsi dalam post bayam brazil tentang bagaimana saya mendapat keratan batang brazil.Sebenarnya cerita bayam brazil tu ada kaitan dengan pokok Daun Ketumbar Jawa yang saya nak kongsi hari ni.

Kalau nak tahu story mory saya tentang asal usul macam mana saya dapatkan keratan bayam brazil ni boleh tengok entri kat sini.
  1. Story mory tanam bayam brazil dalam bekas berisi air
  2. Perkembangan bayam brazil bila ditanam dengan medium tanah.- semakin subur dan hijau!
Pokok Daun Ketumbar Jawa  Sudah Tumbuh Daun Baru Dan Semakin Subur-Daun pokok ni mempunyai seakan duri batang bunga ros, cuma yang ini lebih halus dan lembut.Excited saya tengok daun-daun baru tumbuh selepas 10 hari saya menanamnya.Alhamdulillah.

Mesti korang ada yang tak tahu atau tak pernah dengar pasal wujudnya Pokok Daun Ketumbar Jawa  ni kan.Sebenarnya bila saya tanya nama pokok ni Bibik saya pun saya tak tahu, tapi Bibik sebelah pak mertua saya beritahu katanya orang panggil Daun Tomyam. Rupanya inilah daun ketumbar jawa.

Selepas selesai majlis hantar rombongan pengantin anak buah ke Sungai Besar minggu lepas, kami rancang untuk ke Bagan Serai, rumah adik suami yang belum pernah lagi kami ziarah sejak dia berpindah rumah.Jadi, sempena awal cuti sekolah hari tu, kami plan ke sana.Sebelum ke Bagan Serai, kami singgah bermalam di rumah Bibik sebelah pak Mertua saya. di Tanjung Malim.

Ini Pokok Daun Ketumbar Jawa saya yang kedua.Asalnya pokok ini dipenuhi daun-daunnya yang panjang dan berduri halus.Masa Bibik saya bagi tu, saya rendam dalam air dengan daun-daun yang lain.Walaupun daun pokok tu kering, baunya masih kuat dan sedap.

Kat situlah saya dapat pokok Pokok Daun Ketumbar Jawa  ni.Korang nak tahu, bau harum daun ketumbar jawa ni punyalah kuat, sampai tangan kita masih lagi berbau walaupun kita dah tak pegang daun tu.Ah, baunya memang sedap.kalau korang hirup tomyam thai tu, atau korang makan siakap stim kat restoran ala thai ni, korang akan tahu bau daun ni.Familiar sangat tau.

Ini Pokok Daun Ketumbar Jawa   bila dewasa.Saya dapat gambar ni di Google image. Terima kasih kat pemilik gambar ini.

Khasiat ketumbar jawa (Sumber Dari Grup Tips Tanam Pokok di FB )

1. Daun
Air rebusan daun ketumbar jawa ini diminum untuk merawat demam, diabetes,demam panas,perut kembung, radang paru-paru, selsema dan boleh melawaskan pembuangan air besar.

Selain itu,air rebusan ini juga boleh dijadikan air mandian untuk merawat demam panas, selsema,serta radang paru-paru.

Cecair daun diperah dan sisa daun ditelan untuk dijadikan pembuka selera.
Daun ketumbar jawa yang segar ini juga boleh dibuat ubat pupuk untuk merawat bisul, kudis dan luka.

Daun ketumbar jawa yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan perubatan

2.  Akar
Dapat merawat batuk,demam,demam malaria,demam panas,radang paru-paru, selsema, sembelit, melawaskan pembuangan air kecil, meragsang peluh dan menghentikan pendarahan rahim dengan cara meminum air rebusan daripada akar tersebut.

3. Daun dan Akar

Air rebusan diminum untuk merawat demam kuning, demam panas, penyakit seriawan usus, sakit ular-ularan,tekanan darah tinggi,merangsang haid,merangsang peluh, penawar racun, terlampau banyak jus hempedu dan sebagai afrodisiak.

4. Khasiat pemakanan
Daun ketumbar jawa ini boleh dijadikan perisa dalam makanan, sup, sayur atau ulam. Daunnya yang muda turut boleh dimakan mentah-mentah sebagai salad atau ulam dan dimasak seperti sayur yang lain.

Daun ketumbar jawa yang mudah ditanam dan mudah membiak

Daun muda mempunyai rasa dan bau yang kurang kuat berbanding dengan daun tua. Baunya seperti daun ketumbar tetapi daun yang tua itu berbau lebih kuat seakan pepijat.Ramai diantara kita yang tidak tahu bahawa daun ketumbar jawa ini boleh dibuat perisa atau sayur.Ramai yang memberi cadangan bahawa daun ketumbar ini boleh dimasukkan dalam hidangan sup daging, bubur nasi, sup ayam, cucur sayur dan macam-macam lagi.Korang bolehlah cuba ya!

Sebelum ni bila kita hirup kuah siakap stim time makan kat restoran ala Thai ni, suami kata tu bau bawang putih yang dijerukkan.Tapi bila saya cium bau Daun Ketumbar Jawa  ni, baunya seakan sama.Saya rasa inilah bau daun yang saya cuba teka kalau makan siakap stim.

Alhamdulillah.Jauh juga perjalanan  Pokok Daun Ketumbar Jawa ni, dari Tanjung Malim ke Port Dickson.heh.Syukur, hayatnya masih panjang dan saya berpeluang menjaga pokok ini semula.Semoga pokok ni akan terus subur dan tumbuh daun-daun baru yang lebih banyak.aamin:)

Tempohari, Bik Lati tu bagi saya dua pokok sekali dengan akar-akar.Saya bawa balik rumah, rendam dalam bekas berisi air dengan daun-daunnya sekali.Sempat lagi saya bubuh dalam tomyam yang saya masak.Huii, memang berganda sedap tomyam kita beb!Tak letak daun limau purut pun dah okey ganti dengan daun ni.

Orait, semoga korang yang belum kenal pokok ni bolehlah cari di nursery dan cuba tanam sendiri di rumah.Memang tak rugi kot kalau tanam pokok Tomyam Siam ni di rumah.Senang ko nak masak tomyam atau siakap stim.pheww.

Nantikan perkembangan seterusnya  Pokok Daun Ketumbar Jawa saya ni ya:) InshaAllah.

Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!