As salam,
Buat Sendiri Pau Sambal @ Kuih Burger Malaysia Yang Sedap,Gebus Dan Pasti Menjadi-AlHamdulillah.Tatkala menaip post Pau Sambal ini semua rakyat Malaysia dah maklum akan pengumuman PM bahawa tempoh PKP akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.Bertambah lagi dua minggu menjadikan tempoh PKP menghampiri sebulan lebih.
Buat Sendiri Pau Sambal @ Kuih Burger Malaysia Yang Sedap,Gebus Dan Pasti Menjadi
Ini pula pau sambal yang pernah saya kongsi dalam blog sebelum ini, pau sambal ini saya letak hirisan telur rebus, faveret anak-anak di rumah.Yang ada hirisan timun faveret mak dan bapak anak.heh.
Ini pula pau sambal yang pernah saya kongsi dalam blog sebelum ini, pau sambal ini saya letak hirisan telur rebus, faveret anak-anak di rumah.Yang ada hirisan timun faveret mak dan bapak anak.heh.
Sebenarnya, secara peribadi saya dan Encik Suami dah menjangkakan yang tempoh PKP akan dilanjutkan bukan setakat dua minggu lagi ( malah mungkin sehingga Aidilfitri) jika kadar penurunan kes agak lambat.Apapun, kami ambil yang positif dengan arahan ini.Kami sama-sama Work From Home (WFH) lima hari seminggu, cuma bezanya kami cuba menyesuaikan diri bekerja tanpa stress-stress.
Buat pau sambal @kuih burger Malaysia ni hanya perlukan rajin dan sabar, selebihnya ko ikut je resepi yang saya kongsi kat bawah ni ya. Rajin maksudnya ko kena sediakan sambal tumis bilis dulu, then kena uli bagi doh lembut dan elastik kalau nak pau yang gebus.Tapi kalau kat rumah korang dah ada bread maker atau mixer yang boleh uli tepung tu, takde masalah sebenarnya.hihi.
Kalau rasa nak tido, tido dan berehat.Kalau lapar, masak dan makanlah apa yang ada kat dapur tu.hihi.Saya malas nak ambik port tentang netizen yang bercakap-cakap pasal kerja cikgu ni.Bagi saya, bukan semua benda atau kerja yang cikgu dah buat, kita nak canang satu Malaysia.Biarlah depa terjun dengan labu-labunya.Allah knows well and knows best.KepadaNya kita berserah dan bergantung harap.
Kuih Burger Malaysia ini memang dah sebati dengan kita-kita kann.Sebab time sekolah dulu, sampai saya kat sekolah sekarang pun, kuih ni still ada lagi dijual di kantin sekolah.Legend betul kuih ni kan.
Buat Sendiri Pau Sambal @ Kuih Burger Malaysia Yang Sedap dan Gebus Dan Pasti Menjadi
Eh, lambat pulak nak masuk intro buat pau sambal ni kan.haha.Macam tulah kalau orang pompuan dapat peluang bagi pendapat, dia campur sekali berleter dan bagi tazkirah.Bertabahlah semua readers ya.
Korang memang serius mencari resepi burger Malaysia atau pau sambal ni ke?Kalau betullah, memang korang nak tahu cara buat burger Malaysia yang sedap ( pastilah sebab inti sambalnya yang sedap ), lembut dan gebus, tepat sekali kerana korang memilih blog ini.hiks.Bajet expert nau buat pau sambal ni kan.Padahal ikut resepi orang jugak.
Boleh tengok sini entri terdahulu saya tentang step by step buat Pau Sambal Gebus dan Sedap:
Boleh tengok sini entri terdahulu saya tentang step by step buat Pau Sambal Gebus dan Sedap:
Pau sambal ni kira jatuh rangking top three favourite saya selepas karipap dan popia sayur.Jadi, mahu tak mahu, bila benda yang kita suka makan, kita akan alert dan belajar untuk buat sendiri supaya taste yang kita suka tu kita boleh buat sendiri.Sampai bila nak harap orang buat untuk kita kan.heh.kemain.
Kuih Burger Malaysia ni bertambah sedap jika dimakan dengan hirisan timun dan telur rebus.Sebelum ini saya ada kongsi pau sambal dengan telur rebus sebab anak-anak tak suka timun.
Pau sambal dengan inti sambal bilis dan hirisan telur rebus.
Resepi Pau Sambal Yang Gebu dan Lembut
Resepi Asal :Blog Citarasa Rinduan
Olahan Resepi : Cik Matahariku
Bahan adunan doh Pau Sambal @Kuih Burger Malaysia Yang Lembut, Sedap dan Gebus.
400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
1/2 peket Yis mauripan ( dikembangkan dengan air suam, gula pasir dan susu pekat)
2 sudu gula pasir
1 sudu majerin
2 sudu susu tepung ( saya ganti 2 sudu susu pekat )
Sedikit garam
Sedikit air untuk mencanai doh
Timun atau telur rebus sebagai hiasan
Resepi Asal :Blog Citarasa Rinduan
Olahan Resepi : Cik Matahariku
Bahan adunan doh Pau Sambal @Kuih Burger Malaysia Yang Lembut, Sedap dan Gebus.
400 g Tepung gandum ( 4 cawan tepung)
1/2 peket Yis mauripan ( dikembangkan dengan air suam, gula pasir dan susu pekat)
2 sudu gula pasir
1 sudu majerin
2 sudu susu tepung ( saya ganti 2 sudu susu pekat )
Sedikit garam
Sedikit air untuk mencanai doh
Timun atau telur rebus sebagai hiasan
Masa kita bentukkan pau ni, kalau korang suka pau yang comel-comel, kena buat size kecik sikit dari yang saya buat ni ya.Lepas depa mengembang, tengoklah pic kat bawah, tak cukup dulang dibuatnya.haha.
Den pasrah jelah.Benda memang hukumnya pasti mengembang, tak kan kita nak control bagi jangan kembang kan.hihi.Kalau dah macam ni, terus goreng ya.Jangan tunggu lagi, nanti dia jadi mengecut, tak lawa pulak pau sambal ko nanti.
yeahh.Inilah rahsia pau sambal den kembang, lembut dan gebus semacam.Biasanya kalau buat doh karipap, donut atau pau sambal saya tak pernah guna Mr.Philips ni.Lengan den kan sado.Den gigih uli sendiri.Rupanya Mr.Philips den boleh uli segala mak nenek doh bukan setakat nak baking kek mekek je.Kesian kan.Inipun anak-anak yang suruh buat dengan mixer ni.Nampak nau kejakunan dan "sengalnya" mama depa sorang ni kann.hoho.
Goreng dengan api perlahan ya.Kalau minyak panas sangat nanti dia cepat bertukar warna sebab masa kita uli tadi kan kita ada letak gula dan susu pekat.Tu yang buat warna pau sambal ni cepat kuning keemasan kalau kita tak jaga api elok.
Cara dan Petua Mudah Menyediakan Pau Yang Lembut dan Gebu
- Sediakan setengah paket yis mauripan dengan air suam dan dua sudu kecil gula pasir dan juga dua sudu susu pekat.Kacau hingga larut dan biarkan hingga berbuih.
- Masukkan tepung ke dalam mangkuk,buat lubang,masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
- Biarkan doh dalam 30 minit.Bila doh mengembang, tumbuk doh perlahan untuk buang angin.Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri.
- Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.
- Goreng pau dengan minyak penuh supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
- Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
- Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
- Siap untuk dihidang.
Bahan-Bahan untuk buat Inti Pau Sambal:
100gram cili kering ***
3 ulas bawang merah.***
2 ulas bawang putih
1 sudu garam
5 sudu gula pasir
1 sudu asam jawa adabi
1 sudu udang kering*** / ikan bilis
minyak masak untuk menumis
1 ulas bawang besar potong dadu.
Cara memasak sambal Untuk Buat inti Pau
Blender bahan bertanda ***
Panaskan kuali, masukkan bahan kisar dan biarkan sampai naik minyak.
Masukkan gula,garam,asam jawa.
Masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
Biarkan sehingga terbit minyak dan tutup api.
Hiris nipis timun dan telur rebus sebagai hiasan.
Kuih burger Malaysia ni boleh dihidangkan untuk minum petang atau breakfast sebelah pagi.Nak buat supper sebelah malam pon boleh.kita buat dia.muehehe.
Orait, selamat mencuba ya.Jangan lupa share kat komen kalau korang dah berjaya buat pau sambal @kuih burger Malaysia dengan resepi ni.
Sampai jumpa lagi.InshaAllah.
Sampai jumpa lagi.InshaAllah.
4 Comments
buat sendiri puas hati banyak boleh makan hehe..
ReplyDeleteoohoo yang da hirisan telur tu festime saya tengok..
yup, betul tu, buat sendiri mmg lebih puas hati sbb boleh ikut taste kita sendiri..
Deletesedap dibuat minum ptg dgn teh O ni..
ReplyDeletetepat sekali tu cikgu..
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!