Rezeki Masak Sendiri Di Rumah Untuk Suami dan Anak-Anak

 Assalamualaikum..

Selepas dua bulan menghilang dari radar, Oktober kembali menyapa saya supaya "jenguk-jenguklah blog awak tuuu.."kihkih.Alhamdulillah.Semoga Allah bagi pinjam masa yang sangat berharga ni kat saya supaya lebih rajin dan istiqamah dalam berblog.aamin.Saya akui, tempoh bekerja dari rumah sejak PKP ini sedikit sebanyak telah menurunkan motivasi saya dalam bekerja dan membuatkan saya lebih bersemangat untuk memilih bersara awal.

Apapun, saya tetap mohon semoga Allah lorongkan saya memilih jalan hidup yang lebih baik.Bekerja atau bersara awal, saya sendiri pun tidak tahu manakah yang lebih baik.Tapi saya cemburukan Encik Suami yang sudah "bersara awal" sejak bulan Februari lalu.haha.Sebelum ini kami ada together-gether konon nak bersara pada usia yang sama.Alih-alih dia dah resign dulu.Ai is jealousss.U know!

Orait, update kali ini sebenarnya nak kongsi apa yang saya masak kat rumah time WFH.Yelah.Dua ploh empat jam kek ghumah, haruslah masak dengan meriah dan beriya kan.Tambah pulak askar ramai.Walaupun bekerja, bila dok kat rumah, kita boleh adjust masa, nak masak bila dan bagaimana kann.eh.apa tu.

Menu Kari antara yang paling popular kat rumah saya. Antara sebab utama ialah sebab peminat kari nombor satu ialah pak depa.Maka haruslah menu kari berulang dua kali seminggu.heh.Orait, yang ini den masak Kari Ikan Merah. Saya belum pernah share Kari Ikan Merah ni kat Blog, tapi caranya sama jugak macam saya masak Kari Ikan Senangin kat link ini : Sedapnya Kari Ikan Senangin-

Ini pula Roti Puri cicah Kari Daging Kambing.Haa.Nampak tak tu, lepas kari, kari lagi.Kari kambing ini balance saya masak Nasi Arab, jadi esoknya saya buat lempeng sekali dengan roti puri.Rajin kan saya buat breakfast lempeng dan roti puri? Ini penangan WFH la.gihih memuri.

Sejak Encik Suami dah jadi Stokist #NasiArabArabest, maka jika teringin nasi Arab, kami sekeluarga akan nikmati nasi Arab jenama Arabest ini.Memang sangat ngam dengan tekak arab kami ni. Saya masak ni pula ikut mana bahan yang ada ada kat dapo saya, asalkan menu yg saya sediakan tu masyuk dengan nasi arab yang saya masak.Kari Daging Kambing pekat likat yang sedap ini ada saya kongsikan di link ini : Tips Masak Kari Daging Kambing yang Pekat Likat dan Sedap Memikat-Ceh, kemain terukss bagi tajuk.InshaAllah, resepi yang saya kongsi memang akan menambah selera makan korang.Cubalah buat ya:)

Menu seperti ini biasanya request anak-anak.heh. Masakan kicap memang feveret budak-budak kan.Menu ini sebenarnya saya masak Ikan kicap-tak ingat ikan apa tu, kemudian sotong goreng tepung dan sayur lemak labu-Macam ni pun dah dapat mengembirakan suami dan anak-anak di rumah:)Untuk resepi masakan kicap, saya ada share resepi masakan Ayam Kicap Pedas Original DISINI ya.

Nasi Arab lagi gais.Kali ini kita lawan makan dengan Kari Sotong pulak.Macam saya bagitahu awal tadi.Menu kari ni macam wajibulghunnah kat rumah kita orang.Bertabahlah!-Alhamdulillah.Nasib baik anak-anak dan cik Isteri layan jugak.

Masya ALLAH.Nampaknya juara menu kita untuk kali ini ialah Kari ya tuan puan semua.Okies.Menu dalam gambar ialah kari ayam, sambal totok jawa, ikan pekasam dan juga petai muda sebagai ulam.dah macam Family  Allagappas aku rasa.kihkih.Boleh tengok Kari Ayam Sedap di sini ya.

Yay!! sambal sotong akhirnya.Nasib baik sempat capture pic sambal sotong time masak.Kalau idak puaslah hampa dok tengok menu segala kari.hihi.Saya belum pernah share lagi tips masak sambal sotong supaya pekat dan sedap.InshaAllah, nanti saya usahakan.Biasa kita yang beginner ni, kalau masak sambal sotong, nanti kuah sambal sotong tu jadi cair dan berair kan.Tak syoklah cam tu kann.heh.


Ini pula faveret saya.Daging masak blackpepper berempah yang memang heaven rasanya.heh.Alamak.Terpaksa masuk bakul angkat sendiri nih.Jangan risau, den ada kongsi resepi daging kicap berempah ni dalam blog hokey.Boleh klik SINI-Daging Blackpepper berempah-

Syukur.
Tatkala saya terfikir untuk kongsi update menu masakan saya time WFH, saya sebenarnya ingin muhasabah diri sendiri betapa dulunya saya kerap ponteng masak untuk anak-anak dan suami sebab kekangan masa dan penat bekerja.

Rupanya hikmah PKP ini memberi peluang kepada saya untuk mendapat nikmat berkhidmat kepada anak-anak dan suami dengan memasak sendiri di rumah makanan kesukaan keluarga.Hasilnya anak beranak mengembang dengan jayanya.haha.ciss alasan semua ni.

Semoga kita tidak menjadi kalangan hambaNya yang kufur nikmat.Yelah, dulu masa bekerja sepenuh masa dan sibuk, kita bagi alasan tak sempat masak untuk suami dan anak-anak.Bila Allah dah bagi masa yang banyak bersama keluarga, kita bagi alasan lain pula.

Namun, akhirnya terserah pada diri kita sendiri dalam menentukan bahagia kita. kann.
Bahagia saya bila dapat happykan suami dan anak-anak dengan makanan kesukaan mereka.Mungkin bahagia anda bila dapat makan bersama walaupun diluar.Jadi, jangan pernah nak ikut cara orang lain.
Dan jangan mudah juga menilai dan memberi tanggapan negatif tentang cara hidup orang lain dengan sebab cara mereka tak sama dengan kita.

Pemikiran, tindakan dan respon kita berbeza terhadap sesuatu mungkin kerana cara kita dibesarkan, tahap pendidikan dan juga pengalaman yang pernah kita lalui.Raikan perbezaan dan hormati "cara hidup" orang lain selagi ia tidak bertentangan dengan syarak dan aturan agama.Jika hal itu berlaku (bertentangan agama) cegahlah dengan daya dan kekuatan yang kita ada sama ada kuasa, tangan, lidah dan yang terakhir tidak menyukai dengan hati.wallahualam.

Orait, semoga sedikit sebanyak perkongsian kali ini memberi manfaat kepada semua.Minta maaf deh kalau ada tulisan yang menguris perasaan.Doakan saya sekeluarga tenang, bahagia dan dalam lindungan dan rahmat Allah senantiasa. Doa saya juga semoga semua pembaca blog ini sentiasa mendapat yang terbaik dalam impian hidup kalian.aamin:)

Sampai jumpa lagi :)




Post a Comment

2 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!