Showing posts with label Advertorial & Review. Show all posts
Showing posts with label Advertorial & Review. Show all posts

Wednesday, May 24, 2017

Nasi Arab Paling Sedap di Restoran Taj Hadramawt, Taman Melati Utama, Kuala Lumpur.

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Nasi Arab Paling Sedap di Restoran Taj Hadramawt, Taman Melati, Kuala Lumpur.Alhamdulillah. Akak sekeluarga memang peminat Nasi Arab yang pastinya disediakan oleh Pak Arab sendiri. Yelah kan, nak pi negeri Arab tu, belum ada rezeki lagi.Jadi, kita ambik bau Nasi Arab dululah ya.muehhee.

Nasi Arab Chicken Madghout-Whole di Restoran Taj Hadramawt.
Set Nasi Arab ni berharga RM39.00-

Setakat ini kami memang pernah makan Nasi Arab di beberapa tempat di Jalan Duta, di area Selayang, di Batu Pahat dan juga di Ampang. Tapi seriously, kami hanya mengulang makan Nasi Arab ni di Restoran Taj Hadramawt.Memang terbaik dan ikut selera kami.heheh.

Restoran Taj Hadramawt, Taman Melati Utama, Kuala Lumpur.

Akak bukanlah Review Food Blogger, jadi kali ni cuma nak kongsikan kat readers blog, Nasi Arab Restoran ni memang recomended.Kalau rasa nak cuba Nasi Arab yang akak dan family suka ni, bolehlah waze nama restoran ni kat area Taman Melati Utama ya!

Restoran ni memang luas dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai family besar macam akak n Abang haji ni ha.Sekali datang, paling kurang mesti pilih meja dengan 7 seat.Bertabahlah oii.Alhamdulillah, setakat ni, service depa ni memang tak menghampakan.

Ekau tengok buku menu dia pun dah rasa ko kat Arab beb..haha.

Bagi chance kat Abang Haji buat order dulu ya!

order pertama dah sampai..punyalah besor dia punya roti ni sampai terkeluar dari pinggan akak..uishh..

orait, sementara tunggu nasi arab sampai panas-panas nanti, kita belasah roti ni dulu.yeahh.

Sedapnya la hai Fahsa ni..bukan Fasha Sandha okey! fahsa tu nama hidangan ni.Kita orag makan roti sambil cicah Fahsa ni.Hidangan ni sebenarnya daging kambing yang dimasak sampai lembut dengan kuah yang ala-ala kari kot.entahlah.den belasoh je..kihkih.

Yang ni namannya Oqda Lamb-sama rasanya macam hidangan yang kat atas tu, tapi yang ni kering tanpa kuah.Sangatlah mantap rasanya.sodap weii.

Orait, Nasi Arab Madghout kita orang dah sampai. Ehh..ehh..banyaknya nasi dia.Kann.Insha Allah, setakat kita orang tujuh beranak ni boleh setel dlm masa yang ditetapkan okey..haha.

Haih.Nasi Arab Madghout..kenapalah ko sedap sangat? Buat rosak diet akak je tau..muehehhe.

 ni hidangan sampingan untuk kita lawankan makan dengan Nasi Arab ni.Memang complete lah jadinya rasa Nasi Arab tu..pheww

Ni pun sama.Entah apa ke namanya.Kalau ekau order Nasi Arab Madghout, dia dapat sekalilah nanti ni.Kira dalam set Nasi Arab depa nilah.. 

Jemput makan semua :) semoga korang yang geng suka makan Nasi Arab juga akan berpeluang makan kat sini.Mesti cuba beb!

Satu lagi yang akak suka sangat dengan Nasi Arab ni, nasi itu sendiri.Setakat ko makan nasi je pun dah sedap.Tak payah fikir nak lawan makan dengan lauk apa beb.Rasa rempah-rempah dia segala bagai.Ok, lagi satu, jangan risau akan harga makanan kat sini.Kalau setakat ekau order Nasi Arab macam akak ni, dengan air mineral je pun, tambah GST lagi, sekitar RM90-93 sahaja.Bajet tujuh orang makan okey!

Restoran ni buka dari pukul 11 pagi hingga 12 malam.Memang sesuai juga kalau nak buat makan-makan dengan kawan-kawan yang ramai atau family yang besar.Ruang solat juga disediakan.Cuma yang tak bestnya ko kena cari tempat parking keretalah ya! Biasalah area KL ni, kena pulak restoran ni terletak kat pusat perniagaan, memang selalu penuhlah.

Orait, kalau ada readers yang nak cuba Nasi Arab ni, akak kongsikan adress restoran dia ya!

Restoran Nasi Arab Taj Hadramawt
No. 45G, Taman Melati Utama, Setapak, 53100 Kuala Lumpur

Telefon: 03-4106 3323


Ha, nak story apa lagi? Dah cukup.Dah kenyang pun kan tengok gambar ni.haha.Apa lagi ajaklah Abang Haji korang melawat restoran ni.kehkeh.Insha Allah, pasti tidak menghampakan:)


Monday, May 01, 2017

Kuih Kapit Crunchy JDT Produk Laris Musim Raya 2017

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Kuih Kapit Crunchy JDT Produk Laris Musim Raya 2017-Alhamdulillah.Tahun kedua, pada tahun ini, kami melibatkan diri sepenuhnya dalam perniagaan #kuihkapitcrunchyJDT-Sangat bersyukur pada Allah SWT kerana dengan kehendak dan izinNya, produk yang kami pilih untuk memulakan perniagaan buat kali pertama ini sangat laris dan mudah jual.

Kuih Kapit Crunchy JDT-Produk laris, wajib jual pada musim perayaan

Paling mengujakan, bila tiba musim perayaan, kuih kapit ini mendapat sambutan di luar jangkaan.Berdasarkan pengalaman inilah, pada tahun ini, kami terus melangkah ke hadapan dengan positif dan menawarkan peluang yang lebih luas kepada sesiapa sahaja yang mahu buat part time atau memulakan perniagaan sebagai Agen Jualan Kuih Kapit Crunchy JDT.

Pembekal Utama Kuih Kapit Crunchy JDT di Lembah Klang
Kami bukan sahaja menjual runcit kuih kapit crunchy ini, tetapi pada tahun ini kami maju lagi setapak sebagai pembekal kuih kapit crunchy JDT bagi area Lembah Klang. Selain mendapat bekalan mencukupi sepanjang tahun, bekalan kuih kapit kami juga boleh di perolehi di Bukit Gambir, Muar, Johor dan juga di Selayang, Batu Caves, Selangor.

Bekalan kuih kapit crunchy JDT yang mencukupi untuk musim perayaan 

Tawaran harga borong kuih kapit kami antara yang terendah di area Lembah Klang

Ini bagi memberi kemudahan kepada para pelanggan kami yang tinggal di lokasi berhampiran untuk mengambil sendiri bekalan kuih kapit atau kami buat penghantaran dengan caj tambahan mengikut lokasi pelanggan kami.

Kelebihan Produk Kuih Kapit Dengan Jenama Kuih Kapit Crunchy JDT
Kami pernah berkongsi cerita dalam post sebelum ini : Kuih Kapit Crunchy Inti Coklat dan Peanut Butter Yang Sedap- bahawa asalnya dahulu sebelum kami mula menjual kuih kapit berinti atau berperisa ini, kami telah dipelawa untuk merasai kuih kapit ini oleh bapa saudara yang juga pembekal kuih-kuih tradisional.

Rasa inti peanut butter yang pasti tidak dapat dilupakan kepada anda yang sudah mencuba kuih kapit crunchy JDT :) 

 Packaging yang sangat kemas dengan susunan kepingan kuih kapit yang memukau pandangan sesiapa sahaja yang melihatnya

filling atau inti tebal yang sangat digemari oleh ramai pelanggan kami

Jadi, secara peribadi, kami kenal sangat dan tahu produk ini dari segi rasa dan kualiti inti coklat dan peanut yang digunakan.Pendek kata, kami makan dan kami jual produk ini.

10 Kebaikan & Keistimewaan Kuih Kapit Crunchy JDT Yang Anda WAJIB TAHU
  1. Menggunakan inti coklat dan peanut butter dari gred yang berkualiti
  2. Disediakan dengan cara dibakar supaya tidak berbau tengik dan berminyak
  3. Kepingan kuih kapit yang rangup tetapi tidak mudah hancur
  4. Harga yang lebih rendah daripada harga pasaran dengan kandungan antara 36-38 kepingan kuih kapit bagi satu balang
  5. Packaging yang menarik, smart dan bergaya yang membuat pelanggan tertawan pada saat kali pertama melihatnya:)
  6. Produk dikeluarkan oleh usahawan bumiputera Muslim dari Johor.
  7. Satu-satunya produk kuih kapit yang menjadi perintis kepada filling coklat dan peanut yang tebal dan melimpah dari luar.
  8. Menawarkan 3 jenis harga borong yang kompetetif kepada sesiapa yang mahu menjadi Agen Jualan kuih kapit Crunchy JDT.
  9. Merupakan produk yang sangat mudah jual dan untung yang lumayan
  10. Antara kerja part time yang paling diminati kerana sangat laris, mudah jual, modal fleksibel dan pakej produk yang premium.
Gambaran sebenar kuih kapit crunchy JDT dengan inti coklat yang hebat

kuih kapit crunchy JDT dengan inti peanut butter yang memikat

Cabaran dan Persaingan Perniagaan Kuih Kapit Berperisa
Kami pernah ditanya oleh seorang Agen Jualan kami yang baru sahaja mahu memulakan bisnes part time dengan menjual kuih kapit.Katanya begini :
Pada akak dan Abanglah kan, ok ke jual kuih kapit ni.? Pasaran kuih kapit ni macam mana? Saya pun baru jugak kenal produk ni.Tapi saya tengok, sambutannya macam ok je..
Terus terang kami beritahu, sebenarnya kalau Adik Google kat internet, ramai peniaga yang menjual kuih kapit ni.Macam-macam nama kuih kapit ada.Kat area Lembah Klang saja, banyak tempat juga yang membekalkan atau mengeluarkan kuih kapit ni.Tapi masa kami  mula buat online marketing, kebanyakan kuih kapit berinti yang dijual ialah kuih kapit yang bentuknya nipis dan intinya juga sedikit.
Tapi selepas kami kenal dengan kuih kapit yang inti tebal ni, dan kami sendiri dah cuba sendiri rasanya, kami terus yakin yang produk ini, yang dikeluarkan di Muar Johor ini memang boleh pergi jauh.
Bayangkan, harga runcit kami jual hanya RM22 sebalang, tetapi pada tahun ini, harga kuih kapit jenis berinti tebal, dengan balang saiz medium yang boleh memuatkan antara 36-38 pcs ini sudah mula dijual dengan harga dari RM28- RM35 sebalang! 
Saya pun tengok jugak, kuih kapit yang akak dan abang punya ni, packaging dia memang smart, dengan inti tebalnya, rasa coklat dan peanutnya pun memang kita tahu dari gred yang bagus.Alhamdulillah.Rezeki saya dapat jumpa Akak dan Abang..Dapat pulak harga borong yang ok sangat ni..hehheeh.. 
Akhirnya Rasa dan Kualiti Produk Juga Yang Menjadi Pilihan Pelanggan 
Kami sangat positif bahawa apabila kami menceburi perniagaan jualan berasaskan makanan, maka yang menjadi keutamaan pelanggan kami ialah rasa dan kualiti produk itu sendiri.Memang kami akur bahawa taste atau citarasa setiap orang berbeza, cuma yang dapat kami katakan, mana-mana pelanggan yang sudah membeli dari kami, mereka tahu produk kuih kapit kami nyata lebih enak, dari segi rasa intinya, tidak berminyak dan kerangupan yang tersendiri iaitu rangup tetapi tidak terlalu rapuh.

Jadi, sebagai pembekal kuih kapit crunchy JDT, kami ingin anda tahu bahawa kami menjual produk premium yang boleh dianggap sebagai TRUSTED BRAND, dari segi rasa, kualiti dan juga HARGA!

Penghantaran stock ke lokasi pelanggan

Penghantaran sehingga ke pintu rumah dengan caj penghantaran yang berpatutan:)

Trusted Brand-Kuih kapit crunchy JDT

Produk mudah jual dan untung lumayan

CARA HUBUNGI KAMI
Segala informasi berkaitan produk hot kami ini boleh di dapati di fanpage kami di sini : 

Boleh juga terus hubungi kami di sini :


Terima Kasih baca artikel dan review kami tentang produk hot dan paling laris #kuihkapitcrunchyJDT.Boleh kongsikan artikel ini bagi membantu rakan-arakan atau saudara mara anda yang sedang mencari-cari produk untuk buat part time dan jualan pada musim perayaan.

Jika anda sedang mencari maklumat dan mahu dapatkan info tepat tentang #kuihkapitcrunchyJDT kami, kami sarankan anda baca review-review di bawah ini :
Semoga Allah SWT memudahkan semua urusan kita, semoga apa sahaja yang sedang kita usahakan, marilah kita laksanakan dengan penuh tanggungjawab, ikhlas dan amanah, Insha Allah limpahan rezeki dariNya tidak akan pernah berhenti untuk KITA semua:)aamiin.

PENGUMUMAN :
Mulai Mei 2017, kami telah menaikkan harga retail bagi kuih kapit crunchy JDT kami memandangkan kenaikan kos harga borong yang telah ditetapkan oleh pengilang. Harga baru kami ialah RM23 sebalang dengan kuantiti 36-38 pcs.Boleh rujuk Page #kuihkapitcrunchyJDT untuk info lanjut. 

SILA KLIK PAGE KUIH KAPIT CRUNCHY JDT UNTUK MENDAPATKAN INFO TERKINI TENTANG HARGA BARU KAMI-


Tuesday, April 04, 2017

Beli Borong Dan Murah Kuih Kapit Crunchy JDT Untuk Musim Raya

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Beli Borong Dan Murah Kuih Kapit Crunchy JDT- Alhamdulillah.Syukur akak dapat peluang kali ini post tentang bisnes kuih kapit crunchy akak. Beberapa kali akak tangguh nak post tentang belian borong kuih kapit crunchy JDT akak ni sebab kesempatan yang terhad.Kali ini, akak buat jugak sebab ramai sangat yang wassap akak dan tanya macam mana nak jadi agen jualan kuih kapit crunchyJDT?


Kuih Kapit Crunchy JDT

Terus terang akak bagitahu kat sini, harga agen atau borong yang akak bagi kat semua agen jualan akak memang terbaik dan berbaloi dengan kualiti premium kuih kapit itu sendiri.Mana nak dapat dik kuih kapit dengan inti overload, packaging menarik, inti coklat dan peanut yang digunakan pula dari jenis yang premium ( bila anda sudah rasa, anda sendiri dapat tahu kualiti coklat dan peanut yang digunakan).

Tips Jadi Agen Kuih Kapit Crunchy JDT Yang Berjaya
  • Berani mulakan perniagaan dengan modal sendiri
  • Aktif dan bersemangat tinggi dalam membuat jualan dan pemasaran produk
  • Mempunyai networking yang bagus dengan ramai kenalan
  • Berdisiplin dalam membuat rolling modal dan tidak menggunakan duit untung sewenang-wenangnya.
  • Menjaga hubungan baik dengan pelanggan
  • Bertindak segera dan pantas jika ada pelanggan yang berpotensi bertanya atau menghubungi anda
  • Yakin dengan izi Allah, produk yang anda jual adalah produk yang bagus dan baik kepada pelanggan anda
  • Selalu bersyukur dan banyakkan bersedekah.
  • Jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa dan keluarga.
  • Belajar dan terus belajar mengenai ilmu perniagaan 
  • DREAM BIG!
Apa-apa hal, kita layan gambar dulu.Pasal gambar kuih kapit akak ni sebenarnya ramai jugak agen palsu yang "copy paste". Akak pasrah jelah dik.Kalau ekau memang jual kuih kapit yang sama macam akak jual, akak tak kisah. Sekurang-kurangnya kalau ekau mintak izin, sejuk sikit mata hati akak menengoknya dik.Yang akak bengang ni dik, ekau jual kuih kapit versi lain, ekau tempek gambar kuih kapit meletup akak kat wall facebook korang.Sakan ko niaga ya dik.hoho.

Bandingkan Harga Borong Kami
Sebagai pembekal #kuihkapitcrunchyJDTdi area Lembah Klang khasnya, harga borong kami memang tidak dapat ditandingi buat masa ini.Anda sendiri boleh bayangkan, jika kami boleh jual kuih kapit dengan harga runcit RM22 sebalang, agak-agak berapa harga borong kuih kapit yang kami boleh tawarkan kepada anda? Sila bandingkan harga kami dan harga pesaing kami:)

HakCipta Gambar Terpelihara


Kuih kapit crunchy JDT- Ini memang brand kuih kapit yang akak jual dan bekalkan
kepada semua agen kuih kapit crunchy akak.

Kuih Kapit Crunchy dengan inti coklat premium
Harga sebalang hanya RM22 ( 36-38 Pcs )

Kuih Kapit Crunchy dengan inti peanut butter premium
Harga sebalang hanya RM22 ( 36-38 Pcs )

akak bagi close up kepingan kuih kapit crunchy akak dik oii.Ekau akan dapat sebiji sejebon macam dalam pic ni.muehee.Siapa yang sanggup tengok je inti peanut dan coklat ni dik? 

Penghantaran ke lokasi pelanggan dengan caj penghantaran yang berpatutan

Kalau anda mahu beli borong, kami jual dalam bundle seperti ini.Dalam satu bundle ada 15 balang kuih kapit mengikut perisa peanut atau coklat.

sebahagian ready stock kuih kapit yang boleh kami kongsikan

Kepingan kuih kapit dengan inti peanut butter yang melimpah
Inti peanut butter ini juga daripada jenis premium

Kepingan kuih kapit dengan inti coklat yang pastinya akan mengingatkan anda akan rasa coklat yang cair dalam mulut tatkala anda sedang mengunyahnya

Beli Borong Dan Murah Kuih Kapit Crunchy JDT
Kami tidak nafikan, terdapat pelbagai versi kuih kapit dalam pasaran.Jika anda sudah biasa menjual kuih raya pada musim perayaan, anda sendiri sudah biasa melihat pelbagai jenis kuih kapit dengan perisa atau inti yang berbeza mengikut pilihan citarasa pembeli.

Kehadiran kami dalam perniagaan kuih kapit ini sebagai salah satu alternatif  kepada para peminat kuih kapit yang menginginkan kuih kapit yang rangup, inti yang tebal dengan rasa coklat dan peanut butter yang premium tetapi pada masa yang sama masih dapat mengekalkan harga mampu beli kepada semua golongan.Inilah tekad dan hasrat kami dalam perniagaan ini.Insha Allah.

Jika anda berminat untuk menjadi agen jualan kuih kapit crunchy JDT, kami mahu anda segera hubungi kami dengan kemudahan  berikut :
  • whatapps /pm/call : 012 7878386 ( Kak Syam )
  • whatapps/pm /call : 012 2765595 ( Abg Hadi )
semoga perniagaan kuih kapit crunchy ini menjadi asbab Allah redha kepada kami.aamin. 

Inilah fokus kami buat masa ini iaitu hanya dua perisa popular dan paling laris jualan kami
iaitu kuih kapit coklat dan peanut butter

Semoga dipermudahkan urusan kami dalam mengusahakan perniagaan
kuih kapit crunchy JDT.aamiin.

PENGUMUMAN :
Mulai Mei 2017, kami telah menaikkan harga retail bagi kuih kapit crunchy JDT kami memandangkan kenaikan kos harga borong yang telah ditetapkan oleh pengilang. Harga baru kami ialah RM23 sebalang dengan kuantiti 36-38 pcs.Boleh rujuk Page #kuihkapitcrunchyJDT untuk info lanjut. 

SILA KLIK PAGE KUIH KAPIT CRUNCHY JDT UNTUK MENDAPATKAN INFO TERKINI TENTANG HARGA BARU KAMI-

Saturday, March 18, 2017

Beli Online Baju Fesyen Muslimah Moden di Lanafira.com

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Beli Online Baju Fesyen Muslimah Moden di Lanafira.com-semakin hampir kita dengan musim perayaan, maka semakin banyaklah tawaran-tawaran dan promosi baju raya yang kadang-kadang akan buat kita rambang mata menengoknya kann? hehhe.Jangan risau. Ini bukan benda baru bagi kita-kita yang suka shopping online kekdahnya.


Kenapa shopping baju kena online? mestilah sebab best, jimat dan sah-sah ko boleh pilih baju kesukaan tanpa sesiapa kacau kann.kihkih.Nampak sangat ko ni memang hantu shopping!

Sebenarnya, akak nak story mory pasal sebuah online shop yang tengah popular sekarang sebab menawarkan pelbagai jenis baju muslimah moden.First time akak klik online shop ni, mak aih.Hebat betul orang melayu kita niaga sekarang ya!memang suspek dan respek ko!

Tapi, sebelum akak bawa pi shopping online kat Lanafira.com, online shop yang jual macam-macam baju muslimah moden yang cantik, angun dan bergaya, akak nak kongsi sikit tips kalau nak beli baju secara online.Yelah, kalau boleh, barang yang kita dapat tu biarlah sesuai dengan duit yang kita dah keluarkan kan.Opss..cakap pasal duit, kalau beli baju muslimah kat Lanafira.com ni, kita memang boleh jimat banyak sebab harganya memang sangat mampu milik dan sesuai dengan kualiti yang ditawarkan.yeahh.


Berikut ini adalah tips berbelanja baju secara online, yang boleh kita gunakan sebagai panduan agar tak kecewa saat berbelanja online.Sumber ambil dari SINI.

Tips Beli Baju Fesyen Muslimah Moden Secara Online

1. Bahan baju 
Teliti dan perhatikan dengan detail dari bahan apakah baju yang hendak anda beli. Pada umumnya, bahan-bahan seperti spandex atau rajutan, warnanya akan lebih kusam atau gelap jika dibandingkan warna yang ada di dalam foto. Sedangkan warna yang cenderung tidak berbeda jauh adalah yang berbahan katun, lemon squash dan twistcone.

2. Ukuran baju 
Untuk bahan lokal, umumnya ukuran baju paling besar adalah fit to L. Namun jangan bayangkan bahawa ukuran ini diciptakan untuk tubuh plus size, karena ukuran fit to L juga sebenarnya ukuran tubuh normal. 

Sedangkan Anda yang memiliki tubuh plus size, pastikan berbelanja online khusus di online shop yang menyediakan ukuran plus size. 

Untuk bahan import, atau baju premium, biasanya selalu dicantumkan ukuran detail, berapa lingkar dada panjang baju, serta panjang lengan. Ini akan mempermudah Anda mengukur baju yang pas dengan tubuh Anda. 

3. Tebal atau tipisnya bahan 
Memang tidak mudah untuk mengukur tebal atau tipisnya bahan saat berbelanja online. Namun, menurut Elfrida, seorang owner butik online, "harga juga menentukan kualiti bahan. Bahan import dan premium, biasanya memang harganya mahal. Tetapi ada harga ada rupa kan."

Anda juga harus sedar, bahawa barang yang ditawarkan dengan harga murah, terkadang memiliki kualiti yang kurang baik. Anda tidak boleh menyatakan penjual telah membohongi Anda, karena Anda juga setuju membeli barang dengan harga murah. 

4. Harga 
Tentunya semakin baik kualiti barang, semakin mahal harganya. Kebanyakan barang import jauh lebih mahal. Selain kualiti, kos penghantaran juga perlu dipertimbangkan.

Modern Peplum Yang Menawan Hati
Orait, ini antara baju kesukaan yang popular pada setiap hari raya atau pilihan untuk pi kenduri kendara.Sekali tengok, pasti tertawan sebab modern peplum ni masih mengekalkan ciri tradisionalnya yang tersendiri.Paling best, kalau kita shopping di Online Shop Lanafira, setiap baju yang dijual disertakan 'features' khas untuk koleksi baju tersebut.

Jadi, ia sangat membantu kita untuk membuat pilihan. Harga dan saiz juga dipamerkan bagi memudahkan kita membuat perbandingan atau menentukan saiz dan juga ukuran badan.


Special Features:

Short peplum modern
Two piece set
Round neckline
Long Sleeves with zip fastening (ablution friendly)
Back zip fastening
Left and right pleated peplum
Unlined
Opaque
Mermaid cutting skirt with extra volume at the back
Material : Japanese High Quality Cotton
Model is wearing M size
Model is 165 cm tall
Available in sizes from S to XL (please refer to size chart)

Alana Kebaya Lanafira
Alana kebaya pula merupakan kebaya potongan pendek yang sangat cantik dan selesa.Ditambah lagi dengan buatan daripada kain Japanese High Quality Cotton, ia pasti membuatkan kegembiraan anda berganda bila mengenakan Alana Kebaya.Masa nilah nak jadi gadis ayu, kot boleh bagi cair hati bakal mak mertuo ekau.hoho.

Potongan kain adalah dari style mermaid cutting, pastinya membuat anda terpegun dengan kemodenan kebaya ini.Gabungan dua warna yang unik pada setiap Alana Kebaya menambahkan lagi seri kepada pemakainya.Pendek kata, kalau balik rumah mertua tu, ko lah menantu yang paling gorgeous masa tu.Hebak bukan?pheww.

Kebaya potongan pendek yang elegan dan menarik

Melissa Long Dress Yang Sangat Selesa
Bagi anda pula yang sukakan pakaian longgar, tidak terlalu menonjol, maka saya sarankan anda memilih Melissa Long Dress yang cute, ringkas tetapi masih dapat menyerlahkan kejelitaan anda.Ha, gitu sekali ko.Akak pun suka dengan Melissa Dress ni.

Pelbagai pilihan warna longdress yang flowy

Nampak tak potongan bahagian bawah longdress ni yang flowy, kalau ada feeling nak jadi Cinderella tu, bolehlah ambik satu Melissa Long Dress ni.hehe.Diperbuat daripada jenis kain Italy Heavy Moss Crepe, akak pasti adik-adik tak akan berfikir dua kali untuk dapatkan longdress ni kann.

Sebenarnya ada juga design longdress yang tak flowy.Yelah, orang pompuan ni taste dia macam-macam.Takpe.Jangan risau.Kat Lanafira.com, cakap je, nak design longdress yang macam mana, sume depa ada.yolah tu!

Akak belanja pic longdress yang lain pulak ya!Ikutlah ekau nak pilih yang mana.Harganya pun bukan sampai ko kena ikat perut sebulan, kalau dah suka tu, pejamkan mata.Lepas tu baru fikir nak makan macam mana.Ekau ikutlah nasihat akak ko yang tak berapo nak berkenan ni.kihkih.


Nampak tak zip tersembunyi tu, longdress ni memang mudahkan kita nak ambik wudhu.
Memang best dan terbaik.
Terdapat juga zip pada bahagian dada, sangat sesuai kepada kalangan ibu yang masih menyusukan baby.Leher bulat pada design longdress ini juga membuatkan kita 
yang bertudung juga rasa lebih selesa.

Bagi anda yang mengutamakan keselesaan pakaian dari segi saiz, jenis kain dan juga ukuran yang lebih terperinci, Lanafira.com juga menyediakan chart ukuran baju yang lengkap untuk anda.Jadi tak payah risau kalau beli baju tu.Insha Allah, kita akan lebih puas hati dengan adanya kemudahan ini.

Bagi memudahkan anda bershopping di Lanafira.com, saya kongsikan pautan mudah untuk ke website tersebut seperti di bawah :

KLIK PIC DI BAWAH UNTUK KE ONLINE SHOP LANAFIRA

 Website Lanafira-Jualan baju muslimah moden secara online

KLIK PIC DI BAWAH UNTUK KE FANPAGE LANAFIRA DI FACEBOOK


Alhamdulillah, thanks reading this review for Lanafira.com.Semoga anda mendapat kepuasan dengan membuat belian baju fesyen muslimah di Lanafira.com-Kongsikan dengan rakan-rakan anda, online shop baju fesyen muslimah yang terunggul dalam pasaran sekarang!