Saturday, February 11, 2017

Blog Cik Matahariku Capai 15 Juta Pageviews

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Blog Cik Matahariku Capai 15 Juta Pageviews -Alamak!mesti readers akhkak yang tengah baca post ni terbeliak biji mata kann.kihkih.Bajet blog ko famous ke kak?Maklumlah, bila dah bukak sekolah ni, cikgu tak boleh menghadap blog setiap hari lagi.Tahu-tahu bila tengok dashboard, ehhh...cepatnya dah sampai 15 pageviews blog akhkak ni..bukan hari tu tengok masih 14 juta pv ke??

Tahun ke-6 berblog dengan pageviews 15 juta.yeahh:)

Alhamdulillah, syukur kerana blog ini masih bernafas hingga tahun 6-

Hari tu akhkak tengok, hari yang bila kak? rasanya dah sebulan kot akak tak update blog tau.opsss.Orait, terimalah hakikat yang memang blog akak dah capai 15 pageviews ko.hahha.

Banyak betul dugaannya bila kita berblog dengan laptop.Laptop akak pulak tengah ada problem.Tak boleh taip laju-laju.Pheww.Bayangkan nak taip post yang tak seberapa ni pon ambik masa dekat satu dua jam.Hilang terus mood dan juga ilham akk nak story pasal apa.

Jadi, permohonan kepada Abang Hajiku, tolonglah cepat baiki laptop mak Haji ni.huhu.Kalau tak mahu baiki, tolonglah carikan laptop baru.hehe.Err..jangan ingat Abang Haji akak tak baca blog akak eh, karang tengah malam, sebelum tido adalah tu dia dok usha blog akak.kihkih.

Alhamdulillah.Sangat bersyukur dan haappy sebab dalam situasi tak berapa nak update blog sangat ni, masih ada peluang akak nak dapat pageviews yang best macam nih.Terima kasih banyak-banyak sebab luangkan masa untuk singgah kat blog yang tak seberapa ini.

Harapnya semoga blog ini dapat beri banyak manfaat kepada sesiapa sahaja yang mengharapkan info atau perkongsian berguna dalam blog kecik ni.aamin.

Thursday, January 26, 2017

Bangkit Cheese Murah dan Pasti Sedap

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Bangkit Cheese Murah, gebus, rasa Cheese yang mantap dan Pasti Sedap-Yup! inilah hakikat yang terpaksa saya anak beranak akui tatkala pertama kali makan #bangkitcheesepremium yang sangat enak ni. Masa tu, saya saja cuba beli sebab tak pernah makan lagi bangkit yang ada cheese bagai nih.

Yelah, dah kita ni penggemar bangkit katakan, tiba-tiba ada pulak member kat sekolah jual bangkit yang ada cheese bagai.Teruslah beli.Itulah kali pertama kami anak beranak makan bangkit cheese.Masa tu tak silap tahun 2014 atau 2013.

Kini, saya dan Encik Suami mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan menjual bangkit cheese yang pastinya membangkit selera anda kepada biskut tradisional.Sebelum ini, kami memilih kuih tradisional kuih kapit dengan inti coklat dan peanut butter sebagai permulaan bisnes kami.

Fanpage Bangkit Cheese Cik Matahariku-Jemput LIKE ya!

Bangkit Cheese homemade ini bukan sebarangan kuih bangkit yang terdapat dalam pasaran.Selain dimantapkan dengan gabungan Cheese yang bukan sedikit, bangkit cheese jualan kami merupakan salah satu produk yang kami berani jamin dengan harga paling murah jika anda bandingkan dengan kuih bangkit cheese lain yang terdapat dalam pasaran.

HARGA PALING MURAH DALAM PASARAN
Anda bayangkan, dengan isi dalam satu balang sebanyak 60 biji, kami berikan kepada anda harga yang paling mantap  iaitu RM 22 sebalang.Menarik bukan? Err..pasti belum cukup menarik jika anda tak dapat tengok lagi rupa paras #bangkitcheese akak kann..kihkih.


 Bangkit cheese terbaik dengan harga RM 22 satu balang


Bangkit cheese kaya dengan rasa cheese dan cair dalam mulut:)

Pheww..sangat meletup rupa paras bangkit cheese akk kann..
Ni belum rasanya lagi beb!

 Bangkit cheese homemade dengan bentuk bunga yang lawa.
sayang pulak nak makan kann..

 Bab gebus Bangkit cheese akak ni memang tak boleh lawan kann..muehee.

tak kan sanggup nak tengok je beb!
meh pakat order secara berjemaah dengan akk sekarang juga!

Buat masa ini, bangkit cheese kami boleh didapati dengan hubungi kami seperti berikut : 

ORDER TERUS BANGKIT CHEESE DARI KAMI
WASSAP /CALL/PM  : 012 7878386 ( KAK SYAM)

DELIVERY PERCUMA AREA
SELAYANG, GOMBAK, BATU CAVES
DAN KAWASAN YANG BERHAMPIRAN

CHARGE PENGHANTARAN RM 10 KE LOKASI DI
LUAR KAWASAN.



Alhamdulillah, semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan dan bantu anda untuk mendapatkan bangkit cheese paling enak dengan rasa cheese yang tak kedekut..haha.Orait, terima kasih dan jangan lupa wassap akak sekarang!

Bangkit Cheese Murah dan sedap!
Hanya RM 22 Sebalang ( 60 biji )

ORDER TERUS BANGKIT CHEESE DARI KAMI
WASSAP /CALL/PM  : 012 7878386 ( KAK SYAM)

DELIVERY PERCUMA AREA
SELAYANG, GOMBAK, BATU CAVES
DAN KAWASAN YANG BERHAMPIRAN

CHARGE PENGHANTARAN RM 10 KE LOKASI DI
LUAR KAWASAN.

Sunday, January 15, 2017

SMA Bestari, Subang Jaya ( SAMBEST) Pilihan Kami

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Kak Iman Dapat Tawaran Tingkatan 1 Ke SMA Bestari, Subang Jaya-Alhamdulillah.Hampir dua minggu sudah Puteri sulung saya, yang senang kami paanggil sebagai Kak Iman mendaftar di SMA Bestari Subang Jaya, Selangor.Kalau anda sudah baca post saya tentang Selamat Tahun Baru 2017, maka suka saya kongsikan di sini, mendapat tawaran dari sekolah ini juga antara senarai doa yang saya pernah tuliskan dalam buku Doa saya:)

Pada Allah jualah sebaik-baik kesyukuran saya panjatkan kerana kurniaanNYA yang tidak terhingga untuk saya hitung.Semoga Allah berikan saya kesempatan yang luas dan banyak untuk saya sentiasa bersyukur.aamin.

Owh ya,Selain dari tawaran di SAMBEST ( shortname untuk sek tersebut), Kak Iman juga dapat tawaran dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor ( MITS) di Sabak Bernam.Kami mempunyai tempoh seminggu sebelum tarikh tutup terima tawaran di beri oleh MITS.Pada masa yang sama, Kak Iman beritahu saya dia sebenarnya mahu ke SAMBEST.

Pada waktu ini, saya hanya dapat nasihatkan kakak supaya buat solat hajat dan banyakkan berdoa.Tak payah fikir bagaimana Allah akan kabulkan doa kita, doalah sahaja banyak-banyak dan penuh harap.Insha Allah.

Walaupun ustazah di sekolahnya ada beritahu, jika sudah terima tawaran MITS, tak akan dapat SAMBEST, tapi naluri seorang ibu saya merasakan, Kak Iman masih ada peluang tersebut.wallahualam.

Akhirnya, syukur kerana Kak Iman direzekikan untuk menyambung pembelajaran sekolah menengahnya di sekolah itu.Saya dan ayahnya pasti yang paling gembira dengan tawaran, ini dan tambah melegakan kami, Kak Iman juga suka akan sekolah tersebut.

Orait, saya pernah beritahu kat Encik Suami, jika berkesempatan, saya ingin kongsi tentang sekolah ini dalam blog saya. Kalau ikutkan saya tahu tentang kewujudan sekolah SAMBEST ini pun dari ustaz dan ustazah di Seri Al Huda, Gombak.

Bila saya cuba Google imej dan news, tak banyak yang kongsikan pengalaman ibu bapa yang hantar anak ke sekolah ini.Jadi, saya ambil kesempatan sebab punya blog sendiri untuk kongsi pengalaman saya yang tak seberapa ini.huhu.

Pertama kali sampai ke sekolah ini, saya berdua dengan Encik Suami terpukau dengan Panorama hijau yang terdapat di sekolah ini.Ah, nyaman sekali dan sangat sesuai dan selesa sebagai salah satu tempat menimba ilmu.

Sekolah ini terletak di USJ 5, Subang Jaya, berhampiran dengan kawasan perumahan elit, yang saya anggap rumah orang "ada-ada"kerana hampir semua rumah-rumah di situ adalah rumah banglo yang kita tahu saiz keluasannya besar mana kann.

Panorama SAMBEST

Pintu gerbang SAMBEST menyambut kedatangan kami

kawasan parkir kereta yang sangat luas.Pejabat sekolah berada
di banguanan utama ini. 

Ini ialah ruang hadapan pejabat sekolah yang terdapat 
taman-taman yang cantik dengan pokok-pokok yang menghijau.

wakaf sekolah yang cantik dan selesa

Dewan utama sekolah

Bangunan asrama puteri

surau sekolah

pondok-pondok wakaf di sekitar hadapan bangunan asrama puteri

ruang kantin sekolah yang kemas dan selesa

susun atur ruang kantin yang sedap mata memandang:)

sudut sisi dari kawasan parkir ke kantin sekolah

Antara bangunan kelas dan deretan papan info berkaitan result peperiksaan
sekolah, PT3, dan SPM.Sempat juga saya dan Encik Suami tengok result murid di situ dan
result yang dipamerkan memang hebat, Masya Allah..boleh capai GPS sehingga 1.2 untuk beberapa subjek teras.

kawasan padang sekolah

 Ini pula senarai anugerah yang pernah diterima oleh sekolah ini.Ketika ambil gambar ini
saya ingatkan hanya satu papan mercu tanda kecemerlangan yang ada, tapi kemudiannya Encik Suami beritahu ada dua lagi papan mercu tanda yang sama.Oh Tuhan..

 Nah, kalau rajin bacalah satu-satu.hehe.

Anugerah paling terbaharu ialah pada tahun 2015 iaitu 
Anugerah Sekolah Cemerlang Negeri Selangor-

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa saya gigih tangkap pic sekolah segala bagai ni kan, haha..sebenarnya ketika kami datang ke sekolah ini untuk menghantar borang maklum balas terima tawaran, Kak Iman tak dapat ikut sekali dan saya janji akan kongsikan gambar sekolah kepadanya.

Saya pernah berazam suatu ketika dahulu, jika anak-anak saya akan ke sekolah perin
gkat menengah, saya mahu pastikan sekolah itu nanti adalah sekolah terbaik yang dapat menyambung kesinambungan apa yang telah mereka perolehi semasa di Seri Al Huda, Gombak.

Alhamdulillah, apabila berpeluang melihat sendiri sekolah ini, saya terus panjatkan doa kepada Ilahi semoga suatu hari nanti, kelima-lima anak saya dikurniakan rezeki dapat menimba ilmu di sini.aamin.

Latar Belakang dan Sejarah SAMBEST
Penubuhan Sekolah Agama Menengah Bestari yang dirancang oleh Bahagian Pendidikan Dan Pembelajaran, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bertujuan memantapkan sistem pendidikan yang menawarkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima dalam jurusan Sains dan Teknik sebagai kurikulumnya. Kewujudan sekolah ini diharapkan dapat memenuhi Falsafah dan Matlamat Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sekolah ini mula beroperasi mulai 29 eMei 1998 di kawasan seluas 37 hektar. Bermula dengan dua kelas pelajar Tingkatan Lima yang dipindahkan daripada Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah (SAMTAJ), Shah Alam, dan sepuluh kelas pelajar Tingkatan Empat yang dipilih daripada seluruh sekolah agama menengah (SAM) negeri Selangor. Jumlah guru dan kakitangan sokongan ketika itu adalah 38 orang. Pengetua yang pertama ialah Ustaz Sholehuddin Bin Kayat. Pada tahun 2000, sekolah ini mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan Satu sebanyak dua kelas atas permintaan masyarakat setempat.

Sekolah ini telah mencatat kecemerlangan dalam Peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2001, 2002 dan 2003, dan menjadi salah sebuah sekolah yang cemerlang di Malaysia. Demikian juga dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2002 dan 2003 di mana sekolah menduduki tempat ke 13 di seluruh Malaysia. Pada tahun 2005 dan 2006 seorang pelajar Tingkatan Tiga mencipta nama menduduki tempat kedua keseluruhan PMR seluruh Malaysia.


99 % pelajar lepasan sekolah ini berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti di dalam dan luar negara dalam pelbagai jurusan terutama kedoktoran dan kejuruteraan.( Sumber Wikipedia).

Sekolah Yang Didoakan
Tatkala Kak Iman selesai mendapat result UPSR dan PSRAnya, saya mula berfikir dan mencari-cari maklumat yang berkaitan dengan sekolah-sekolah terbaik yang menawarkan pendidikan aliran agama di sekolah menengah.Tambahan lagi, Kak Iman berkeinginan untuk tinggal di asrama.

Walaupun result UPSR Kak Iman melayakkan dia ke mana sahaja sekolah terbaik, saya harus akur dengan latarbelakang pendidikan sekolah rendahnya yang bersekolah di sekolah swasta, maka Kak Iman hanya boleh pergi ke sekolah tertentu.Alhamdulillah, dengan laatar belakang dan pencapaian yang ditunjukkan sekolah ini, saya berdoa semoga Kak Iman dapat menjadi salah seorang pelajar yang akan mencipta kecemerlangan untuk sekolahnya.

Secara peribadi kami mentingkan persekitaran dan budaya sekolah dalam memastikan, walau di mana putera puteri kami berada, biarlah sekolah itu mementingkan tarbiyyah Islam sebagai asas pendidikannya.aamin.Insha Allah.

Semoga SAMBEST menjadi medan terbaik buat putera puteri saya mendewasakan diri dengan bekalan ilmu duniawi dan ukhrawi.aamin

semoga Allah permudahkan semuanya..aamin:)

Sampai jumpa lagi, thanks for reading this entry!

Saturday, January 07, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Terlambat 7 hari untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2017-huhu.Nak buat macam mana.Kalau boleh tu nak jugak macam orang lain, wish tahun baru time 12 tengah malam 1 Januari 2017 tu.Tapi tu lah, bila umur pun dah semakin berkurang ni, dah tak excited sangat nak beriya menyambut tahun baru.kihkih.

Bab yang saya suka bila datang tahun baru ni, sebab dia boleh bagi kita semangat dan inspirasi baru.Masa nilah rasanya waktu paling mustajab untuk mulakan benda baik dalam hidup kita.Ada rasa macam tu tak?

Image result for azam tahun baru 2017

Tahun 2016 Yang Menginspirasikan
Ohh..sebelum terlupa, terima kasih 2016 yang sangat menginspirasikan hidup saya sekeluarga.Alhamdulillah, syukur padaMU ya Allah.Tuhanku yang Maha Pemurah, Maha Hebat dan Maha Bijaksana dalam mengatur hidup hamba-hambaNYA-secara peribadi, banyak kejayaan yang kami capai dan semua perancangan kami terlaksana dengan jayanya.

Saya pernah kongsi dalam entri tahun baru saya sebelum ini, cubalah catat atau tulis apa sahaja hajat atau impian anda dalam hidup ini.Ada banyak keistimewaan yang benar-benar berlaku dalam hidup saya apabila saya mula mencatat impian dan hajat hidup saya sejak 20 tahun lalu.Subhanallah.Maha suci Allah yang mengurniakan saya kemudahan dalam mencapai impian-impian saya suatu masa dahulu hinggalah sekarang.

Image result for azam tahun baru 2017

Bagaimana saya melakukannya?
Ah, tidaklah sesukar mana.Percaya cakap saya.Cara saya, saya suka sediakan sebuah buku nota kecil, yang boleh saya bawak ke hulu hilir.haha.Sebabnya, saya akan catat apa sahaja keinginan saya atau apa yang ingin saya capai dalam tempoh tertentu pada bila-bila masa.Biasanya waktu saya sedang sendiri atau menunggu waktu ( tunggu Encik Suami ambil balik dari sekolah, tunggu nak mula mesyuarat, dan lain-lain).

Satu lagi, saya akan tulis detail apa yang saya mahukan itu.Macam kita berdoa, tapi bezanya kali ini kita tulis doa kita.Mudah bukan? Dua puluh tahun lalu, saya pernah tulis begini dalam jadual periksa STPM saya.

-Bulan Mei, 1997-saya dapat tawaran memasuki UKM.

Begitulah, pada bulan dan tahun yang saya nyatakan itu, saya mendaftar di universiti yang saya inginkan.Pun, saya pasti itu semua berlaku dengan izinNya juga.Selepas itu lebih banyak saya menulis impian saya, semakin banyak pula impian-impian saya dikabulkan.

Paling terbaharu, apabila result UPSR puteri sulung saya diumumkan pada pertengahan November tahun 2016.Saya sendiri, tidak ingat yang saya ada menulis doa seperti itu.

Kisahnya begini, pada hari result UPSR diumumkan, saya ke sekolah seperti biasa.Encik Suami juga bekerja.Kami sekadar rancang untuk ambil result anak kami pada sebelah petang. Kemudian, pada sebelah petang, kami berdua ke sekolah anak kami.Di sana, rupanya Guru Besar sekolah Kakak sedang buat pengumuman keputusan UPSR.Alhamdulillah, kami diberi kesempatan mendengar sendiri result UPSR kakak.

Kami pada Majlis Graduasi Kak Iman

Kami perlu ke pejabat sekolah di bangunan sekolah lama untuk mengambil slip peperiksaan UPSR.Selepas mengucapkan terima kasih kepada ustaz dan ustazah yang begitu banyak berkorban dan berdedikasi dalam mengajar anak kami, saya, Encik Suami dan kakak beredar ke pejabat sekolah lama sekitar 300 meter dari sekolah baru.

Ketika menatap slip peperiksaan kakaklah, rupanya saya ada menulis doa saya begini :

Saya dan Suami serta Kak Iman dapat sama-sama mengambil keputusan peperiksaan UPSR di sekolah.Dalam slip peperiksaan kak Iman tercatat begini.
Bahasa Malaysia Pemahaman-A
Bahasa Malaysia Penulisan - A
Bahasa Inggeris Pemahaman-A
Bahasa Inggeris Penulisan -A
Matematik-A
Sains- A

Result UPSR Kak Iman

Allahu Akhbar! Maha besar Allah yang menjadikan impian saya bukan impian semata.Tatkala inilah, saya selalu ingat pertanyaan Allah SWT kepada kita dalam Surah Ar Rahman yang berbunyi begini : Nikmat Tuhan yang manakah yang Mahu Engkau Dustakan?.Memang terasa sangat kerdil dan rasa banyaknya nikmat yang Allah bagi, tapi saya masih macam tu juga.Allah...

Keyakinan saya bahawa Allah akan kabulkan impian-impian saya, bukanlah kerana saya rajin menulis doa-doa itu, tetapi lebih kuat kepada janji DIA kepada kita semua hambaNya bahawa DIA akan kabulkan apa sahaja permintaan kita, asalkan sahaja kita minta kepadaNya.

Pernah saya baca satu artikel, katanya tak payah fikir bagaimana Allah akan kabulkan doa kita, tugas kita ialah berusaha dan mintalah apa sahaja kepadaNya.

Semoga sedikit perkongsian tahun baru ini dapat beri banyak kebaikan kepada anda- readers blog yang saya hormati-Terima kasih baca post tahun baru saya ini:)

Monday, December 19, 2016

Cara Masak Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Cara Masak Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor-Kalau tanya mana-mana orang Jawa pun, confirm depa pakat bagitahu tak kisahlah ko masak ayam ungkep tu macam mana, gerenti sedap punya!haha.Dah sah-sah ayam masak ungkep ni ibarat signature dish kebanyakan geng-geng jawa seantero Malaya.

Orait, resepi ayam ungkep yang saya nak kongsikan hari ini bukanlah saya mahu menafikan resepi ayam ungkep korang yang pastinya the best, cuma kali ini akhkak nak kongsi cara masak ayam ungkep style akhkak gitu.

cara masak ayam ungkep jawa johor.
Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor- resepi Cik Matahariku-

Manalah tahu ada anak-anak dara kat luar sana, yang bakal jadi menantu wong jowo, nak tak nak korang kena belajar dan hadap segala mak nenek lauk-pauk berasaskan ungkep ni okey!kihkih. Nasiblah..

Sebelum tu, Cikgu nak kongsikan dulu, kenapa kita panggil masakan ini style ungkep, sebab cara masak hidangan tersebut yang perlukan kita supaya ungkep ( istilah jawa yang membawa maksud direnih atau direbus dengan bahan perapan tertentu sehingga ayam menjadi empuk dan lembut). Kejap lagi akhkak tunjuk macam mana akak ungkep ayam tu ya..:)

Resepi Ayam Ungkep Style Jawa Johor.
Bahan-bahan :
1. Ayam sederhana besar satu ekor ( ikut suka nak potong berapa)
2. Serai 3 batang
3. Bawang merah 5 ulas
4. Bawang putih  3 ulas 
5.Halia dalam 1 inci dan kunyit hidup 1 inci /serbuk kunyit satu sudu makan
6.Cili kering blend 3 sudu makan ( kalau tak suka pedas, kurangkan)
7.Ketumbar tumbuk kasar @ Blend 3 sudu
8.Serbuk kari 3 sudu makan
9.Minyak masak untuk menumis bahan.
10.garam dan gula secukupnya.
11.Air dalam dua cawan penuh

Cara Masak Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor

Antara bahan yang akak gunakan untuk masak ayam ungkep.
Dalam pic ni tertinggal kunyit hidup atau boleh guna serbuk kunyit.

 
setakat akak masak ayam ungkep ni, memang tumbuk je segala bawang tu.
Tak pernah blend segala bagai.ni juga petua mak mertua I ajar kalau u nak ayam ungkep yang sodap..kalau taknak, tak lulus lagilah jadi menantu wong Jowo..kihkih.Tang serai tu, tak payahlah ko tumbuk sampai lumat, ko titikkan je, nak bagi bau ayam ungkep tu lagi ummphh.Ceh gitu..

 kalau minyak dah panas, ko masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi, sekali dengan Cik Serai yang ko dah titik tadi.Bagi sampai naik baunya.Kalau boleh sampai Tuan Suami pi jengah ke dapur tengok ko masak apa gamaknya..muehee..

 masukkan pulak cili kering blend dan kacau bagi rata

 Masukkan serbuk kari sekali.Time masak ni kunyit hidup takde, akak guna serbuk kunyit je,tapi serius, kalau ko masak dengan kunyit hidup mesti lagi sodap dan mak m
ertua dengan anaknya sekali lebih sayang kat ko.hoho.jangan lupa masukkan dalam satu cawan air, nak bagi sebati semua bahan tu.

 pastikan bahan dan rempah ni sampai naik minyak dulu, lepas tu barulah masukkan ayam
kalau akak terus letak garam dan gula masa ni.letak gula sekadarnya je nak bagi balance rasa ayam ungkep kita tu sebab kita dah masukkan macam-macam jenis herba kan.

 sekarang masukkan pula ayam yang kita dah cuci bersih dalam kuali tu.

 tambah satu cawan air nak bagi ayam mudah empuk.Tak payah banyak sangat air nanti ayam tu sendiri akan keluarkan air.Insha Allah.Lagi satu ciri ayam masak ungkep ni ia bukan hidangan berkuah ya adik-adik.Biar dia masak sampai kuah pekat dan kering.

bab ni yang ko kena faham.bab kita tutup ayam yang kita masak tu sampai jadi empuk, ha tu lah sebab utamanya kita panggil hidangan ni masak ungkep, sebab kita ungkep dia sampai lembut. Biarkan sampai kuahnya pekat dan gunakan api yang sederhana je.

 sambil tu, ko boleh kacau-kacau ayam ungkep tu nak bagi sebati lagi dengan bahan-bahan
yang ada.ni time ayam ungkep akak tengah mendidih.

 nampak tak, kuahnya dah mula memekat.baunya masa ni satu rumah pun dah naik lapar.
ko pun yang tukang masak, sabo kan je dulu.kihkih.

 orait, siap sudah ayam masak ungkep kita.Alhamdulillah, Allah beri akak peluang kongsi cara masak ayam ungkep ni kepada readers blog akak semua..:)

style akak masak ayam ungkep ni memang kuahnya tak sampai kering.Anak-anak akak suka makan dengan gaul kuahnya kat nasi, jadi akak masaklah macam yang ahli syurga dalam rumah ni mintak kann.ko masaklah ikut selera ahli syurga korang.hehe.

Rahsia Masak Ayam Ungkep Yang Sedap Style Jawa Johor
Lain orang jawea, lain cara masaknya.Kalau ikut resepi mak saya sendiri masak, ayam ungkep ni memang tak letak serbuk kari dan cili kering.Mak saya hanya gunakan ketumbar dan mungkin jintan dan juga bahan lain yang saya guna kat atas tadi.saya tak ingat pulak.

Ayam ungkep yang saya masak ni, saya ikut style mak mertua saya.Asalnya Encik Suami yang ajar masak ungkep ni, bila dah pandai sikit-sikit, saya kongsilah kat sini.hehe.Rasanya, insha Allah memang sedap dan menjilat jari.kihkih.

Kalau korang tak pernah cuba lagi masak ayam ungkep dengan style yang akak ajar, cubalah.Manalah tahu yang ini lagi sedap dari yang korang pernah makan..ya tak?Sebenarnya, selain ayam, kita juga boleh masak daging ungkep, kerang ungkep dan lain-lain yang sesuai.

Selain makan dengan nasi, ayam ungkep ni juga sedap dimakan dengan nasi himpit, lemang, ketupat palas dan pulut.Ikut koranglah nak makan macam mana.Satu lagi istimewanya ayam ungkep akak ni tak letak santan, jadi memang tahan lama sikitlah kan.

Orait, thanks baca entry ni.Semoga dapat beri manfaat kepada geng-geng mak dara dan anak dara yang suka belajar masak-masak.yeahh.

Sampai jumpa lagi!Doakan saya pandai masak yang sedap-sedap untuk family saya ya!


Resepi dan Tips Masak Butter Chicken Yang Mudah dan Sedap

Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semasa Aidil Adha yang lalu, saya berkesempatan menziarah ibu saya di rumah Abang Long di Batu Pahat.Dalam pada sembang dengan kakak dan anak buah, keluarlah cerita tentang mudahnya buat Butter Chicken ni.Saya ni memang pantang jumpa resepi yang mudah dan senang.Kalau boleh, sebut je nama resepi tu, makanan terus siap atas meja makan.hahah.melampau betul statement nih.muehee.

Nak puaskan hati saya pi Google resepi buat Butter Chhicken yang katanya mudahlah sangat tu kan.Jadi, cuti sekolah sempena jerebu ni, marilah kita cuba buat pertama kalinya Butter Chicken ala-ala western konon.Padahal boleh je kalau nak cakap melayunya : Ayam Butter.Boleh pulak kann.huh!

Buat Butter Chicken ni sekali dengan si Kakak.Dia tolong part gaul isi ayam yang dah potong kecik tu dengan tepung gandum.Sambil nak bagi dia release sebab dalam bulan ni je kena ambik dua exam agak besar di sekolahnya iaitu UPKK yang tertangguh tu dan jugak SPRA ABIM yang baru selesai.Kesian pulak dok hadap buku je.

Cuti kali ni, meh tolong mama masak Butter Chicken ya!heheh. 

Antara bahan masak Butter Chicken yang sempat saya kumpul bagi tujuan paparan umum.hhehe.Yang tak masuk dalam tu serbuk lada hitam, bahan perap ayam, daun kari dan cheese.

ayam masak butter blog cik matahariku
Pic yang sama.Dalam cup comel tu susu cair.Time saya masak, saya campur juga sikit susu pekat satu sudu sebab nak bagi rasa manis sikit.Susu cair kurang rasa manis tu.

Isi ayam yang sudah diperap dengan serbuk kari, garam dan gula sikit.Celup dalam telur dulu baru gaul dengan tepung gandum.Macam kita buat ayam goreng KFC tu.Bawang putih dan cili saya cincang halus.Cili kena letak lebih sikit sebab itu kesukaan Encik Suamiku:)

cara buat butter chicken

gambar butter chicken sedap
Yeahh..isi ayam yang dah siap goreng.Sedia untuk kita siapkan kuah dia pulak..


kalau ikutkan, macam ni pon dah kira sedap kann..

resepi mudah buat butter chicken
AlHamdulillah, siap jugak Butter Chicken yang memang sangatlah senang membuatnya.Lagi senang sebab ada anak dara tolong sekali kan..mueheee.Jemput makan semua:)

Resepi Bahan Butter Chicken
Kalau ikutkan Butter Chicken yang saya buat ni sebenarnya gabungan dua resepi dari Blog KathyJem dan Blog Azie Kitchen.


Saya kongsikan dua-dua resepi ikut mana yang korang suka.Saya banyak ikut resepi Blog Azie Kitchen dari segi bahan perapan ayam dan letak cili padi juga serbuk lada hitam.Cuma saya tak letak kepingan cheese, sebab takde pulak benda tu kat kitchen I..hehe.

Gambar Butter Chicken dari Blog Kathyjem

Resepi Butter Chicken dari Blog Kathyjem
1. Bawang putih (dicincang halus)
2. Tepung Gandum
3. Susu Pekat (Susu cair pon boleh)
4. Daun Kari
5. Ayam (dipotong kecil-kecil)
6. Butter
7. Telur
Butter Chicken dari Blog Azie Kitchen

Resepi Butter Chicken dari Blog Azie Kitchen
  • 2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
  • 2 sb butter
  • 1 sb cili merah - cincang
  • 2 chili padi - cincang
  • 1 pelepah daun kari
  • Beberapa keping cheese ( tak letak)
  • 230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
  • Secubit serbuk perasa ayam Knorr - opsyenal ( saya tak letak)
  • Garam
  • Serbuk lada hitam
Bahan perap isi ayam :
Sebenarnya bagi saya, lebih sedap isi ayam tu diperap supaya ada "rasa" time kita kunyah isi ayam tu.Kalau tak kuranglah sikit kelazatannya.hhehe.
  • 1 sk garam
  • 1/2 sb sugar
  • 2 sk serbuk kari
  • 1 sb tepung gandum ( saya letak satu mangkuk )
  • 1 telur ( saya letak dua biji sebab masak banyak)
Cara Masak Butter Chicken
Oleh : Cik Matahariku
  • potong isi ayam saiz kecil dan perapkan dengan serbuk kari, garam dan gula.
  • Masukkan dalam telur yang sudah dipukul perlahan.
  • Kemudian celup dalam tepung gandum yang juga saya letakkan serbuk kari, dan garam sedikit sahaja.
  • Goreng sehingga kekuningan.
  • Sediakan kuah dengan masukkan butter dalam kuali.Biar butter mencair dan masukkan bawang putih dan cili cincang juga daun kari.
  • Selepas naik bau, masukkan susu pekat atau susu cair dan juga cheese.Perasakan dengan garam sedikit sebab butter biasanya masin.
  • Kacau perlahan sehingga mendidih dan masukkan isi ayam yang sudah digoreng tadi.
  • Gaul perlahan sehingga kuah memekat dan bolehlah diangkat.
Tips Sediakan Butter Chicken
Memandangkan ini first time saya buat Butter Chicken, dan tak pernah rasa pun sebelum ni, maka ada sedikit penambahbaikan yang saya perlu buat kalau next time nak ulang resepi niAntaranya, sukatan susu cair saya perlu ditambah lagi ikut banyak mana kita masak ayam tu.

Lagi satu, saya tambah air sikit dalam kuah ni.Jadi kuah tu tak memekat cantik dekat ayam.Tak payah tambah air pun ok.Next time kalau korang cuba buat sendiri, mak sure susu cair letak banyak ikut ayam yang kita masak, tambahan lagi ayam tu kita dah goreng dengan tepung, jadi ia banyak bantu pekatkan kuah.Senang cakap biar seimbang kuah dengan kuantiti ayam yang nak kita buat tu,

Selamat mencubalah ya!