Tips Mudah Penjagaan Bayam Brazil Yang Perlu Beginner Ketahui

As Salam,
Tips Mudah Penjagaan Bayam Brazil Yang Perlu Beginner Ketahui-Dulunya saya bukanlah seorang yang meminati dunia perkebunan seperti bercucuk tanam sayuran atau menjaga pokok-pokok.Semuanya bermula apabila saya membaca tentang penanaman hidroponik dan kebetulan pada tahun 2017, apabila saya berpindah kerja ke Port Dickson, saya menyewa sementara dengan seorang yang saya panggil nenek yang suka berkebun.

Bayam brazil atau Brazillian Spinach yang saya tanam sejak awal PKP dan kini sudah hampir 3 bulan dan berjaya menjana sehingga dua pasu bayam brazil.

 Pasu pertama hasil dari tanaman keratan batang daripada pokok bayam brazil yang disemai melalui keratan batang dalam botol berisi air.

Pasu kedua yang ditanam juga melalui kaedah keratan batang.

Bila petang-petang tengok nenek menyiram pokok sayurannya, mengembur pasu orkidnya dan juga membungkus buah betik yang sudah tua di pokok, saya melihat keseronokan, kegembiraan dan ketenangan pada wajah nenek.Wahhh, seronok rupanya berkebun!

Boleh lihat perkongsian post ini tentang tips penjagaan bayam brazil untuk beginner di Channel Youtube Cik Matahariku:) Jangan lupa subscribe ya!

Tips penting video penjagaan Bayam Brazil untuk beginner ketahui.

 keratan batang bayam brazil yang saya semai dalam botol berisi air.Saya ambil semua daun yang asal, dan tinggalkan hanya keratan batang.Masa ni daun halus dan akar halus berlumba-lumba keluar.haha.

Hari pertama saya pindahkan bayam brazil ke medium tanah.

Hari ke-10 daun bayam brazil semakin membesar dan memenuhi ruang bekas medium tanah

 Kini sudah hampir 3 bulan, daunnya semakin hijau dan subur dan sudah beberapa kali saya petik pucuknya yang sudah matang untuk disemai di pasu yang baru :) Ini bayam brazil dari bekas/ pot yang pertama.

Ini pula dari pot yang kedua. Kehijauan daun ni meman sangat cantik dan subur.Pada satu keratan batang sahaja, daunnya tumbuh dengan banyak, dari bawah sampai atas.Syaratnya air kena cukup dan banyak.Pokok ini pasti hidup subur.

Banyak juga saya kongsikan pengalaman dan kisah saya mula berkebun.Boleh baca link yang saya kongsikan:
  1. Cara DIY tanam pokok cili di rumah
  2. Tips tanam pokok cili merah yang subur
  3. Cara Mudah pindahkan anak pokok cili ke pasu baru 
  4. Pokok Kari tumbuh Subur dengan siraman air basuhan beras
  5. Tanam Bayam Brazil dalam botol berisi air
  6. Cara pindahkan Bayam Brazil ke medium tanah
  7. Tanaman hiasan snake plant sebagai indoor plant
 Hari pertama saya tanam bayam brazil dengan menggunakan kaedah keratan batang
sedikit demi sedikit, apabila tanah sudah mendapat keseluruhan air, keratan batang ini akan tumbuh segar seperti di bawah.

Hari ketiga bayam brazil yang baru ditanam sudah kembali segar dan kekal hijau daunnya.Caranya saya siram dengan air basuhan beras dan juga air miunuman coway.

Kali ini saya mahu kongsikan tips penjagaan Pokok Bayam Brazil yang perlu diketahui para beginner dalam hal ehwal tanaman pokok.

Saya dapatkan tips ini daripada pengalaman sendiri dan juga perkongsian rakan fb di grup Berkebun di Rumah dan pelbagai sumber seperti youtube dan bacaan saya di laman web berkaitan tanaman sayuran.

Tips Mudah Penjagaan Bayam Brazil Yang Perlu Beginner Ketahui
  1. Bayam Brazil ialah sejenis tanaman yang berasal dari Brazil dan Amerika selatan.Tanaman ini jenis pokok yang suka akan air dan mudah tumbuh bila dapat air yang mencukupi.
  2. Jika kita mahu tanam terus daripada keratan batang, kita boleh ambil batang yang agak besar dan potong sekitar 10 cm dan potong serong.Buang daun-daun dibahagian bawah batang supaya mudah kita cucuk keratan batang tu ke atas tanah.
  3. Jika mahu semai dahulu dalam botol berisi air, saya cadangkan ambil semua daun, dan biarkan keratan batang tanpa daun.Biarkan ia tumbuh daun yang baru.Daun yang kita ambil tu boleh buat ulam atau masakan lain.Biarkan keratan batang sehingga mengeluarkan akar-akar halus dan daun-daun halus, barulah pindahkan ke medium tanah.
  4. Tiada halangan jika kita mahu tanam keratan batang bayam brazil ini dalam pelbagai pasu atau bekas.Tiada had juga untuk tanam berapa banyak keratan batang dalam satu pasu.Pokok ini tetap boleh hidup subur.
  5. Jika mahu daun bayam brazil yang hijau, lebar dan cantik, letakkan tanaman ini di kawasan redup tetapi tetap mendapat cahaya matahari sebelah pagi ( sekurang-kurangnya).
  6. Siram pokok ini dua kali sehari pagi dan petang.
  7. Seminggu sekali boleh siram dengan air basuhan beras ( yang disimpan) atau siram dengan air minuman bertapis ( saya siram dengan air masak coway).
  8. Perlu rajin petik pucuk daun bayam brazil supaya ia akan tumbuh pucuk baru yang lebih banyak dan rimbun.
  9. Sesekali bercakaplah dengan tanaman yang kita tanam supaya dia tahu kita sayangkan dia.heh.
  10. Jika mahu berikan baja, maka berilah baja sekitar dua minggu sekali atau sebulan sekali.Hakikatnya pokok ini memang mudah tumbuh dan subur walau hanya dengar air dan cahaya matahari :)
Orait, selamat mencuba tips yang saya kongsikan:)




Post a Comment

9 Comments

  1. Replies
    1. alhamdulillah WP, pokok ini seperti memuji saya dan meyakinkan saya bahawa saya juga boleh menanam pokok dan menjaga sehingga tumbuh subur, sebab sebelum ini saya sangka saya ni "tangan paans".huhu.Tanam pokok asyik mati saja.

      Delete
  2. Saya baru jugak cuba menanam bayam Brazil ni.... Adalah rasanya seminggu tp nampaknya masih kecik lagi...salah penjagaan ke entah....

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas tipsnya. nak cuba tanam rendam dulu batangnya nanti. biasa cucuk dalam tanah je

    ReplyDelete
  4. bekas tu, kena ada lubang ke tidak ya?
    daun bayam saya berlubang2 kena serang serangga, ada tips tak?
    sembuk air cengkih pun, tak berkesan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bekas tu saya buat lubang kecil, kalau daun bayam berlubang biasanya ada ulat atau siput daun, siput ni kecik je dan warnanya ada hijau sikit, kalau tak perasan macam daun juga, biasanya ada kat tanah yang dah lama tak gembur.. cuba gembur atau tukar tanah.Boleh cuba juga siram dengan air basuhan beras.Daun akan lebih hijau dan pokok jadi subur.Lagi satu tips, kalau ada daun pokok lain atau daun bayam yang rosak, saya petik dan biar dalam pasu, nanti siput ni akan makan daun yg rosak tu.Selamatlah daun2 yng lain..cubalah:)

      Delete
  5. Pokok bayam brazil ni perlu air yang banyak tak? Lepastu kena direct matahari atau letak di tempat redup?😅 hehe.. sayanya pokok layu pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah tujuan saya baca artikel ini, tapi masalahnya semua info tu tidak ada, pada saya saudari, berkemungkinan bayam kategori hanya perlu sidikit cahaya matahari sahaja.

      Delete
  6. Ini lah tujuan saya baca artikel ni, tapi semua tu xda, saya rasa saudari, bayam hanya perlu sedikit cahaya matahari sahaja

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!