Dengan Bismillah 
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Kek Coklat Kukus merupakan antara kek coklat yang paling digemari ramai. Mungkin kerana rasa"moist" nya kesan dikukus, rasa coklat cair yang bertamu dimulut atau memang sebab namanya yang sudah pasti menjadi kegemaran ramai.Coklat itu sendiri sebabnya!


resepi kek coklat kukus yang paling sedap
Kek Coklat Kukus Moist Sukatan Cawan

Bagi saya pula, kenangan kali pertama membuat kek coklat kukus memang menakjubkan.hehe.Saya bukanlah pakar "membaking" kek segala bagai ni.Paling teruk, saya mula memberanikan diri belajar membuat kek coklat ni kerana permintaan dan desakan anak-anak.Maknanya, hanya setelah berumahtangga dan mempunyai anak-anak yang sudah pandai "demand".huh.teruk sangat ni.

Boleh klik video di bawah untuk menonton post ini di youtube Channel Cik Matahariku :Jangan lupa subscribe ya:)
Resepi dan Cara Mudah buat kek coklat kukus yang moist

Mengenangkan permintaan si anak, saya mulai mencari resepi-resepi berkaitan kek coklat kukus di internet. Mak ai, begitu banyak saya temui cadangan resepi untuk kek coklat kukus.Saya akur akan kelemahan sendiri. Jadi, saya gagahkan diri untuk mencari resepi kek coklat kukus yang menggunakan sukatan cawan.Agak-agak jumpa ke? heheh.Hendak seribu daya kan? Akhirnya, saya temui resepi kek coklat kukus yang disediakan dengan menggunakan sukatan cawan.

Saya catat resepi tersebut dalam buku resepi khas yang saya sudah uji masakannya.Selepas itu, saya pun mula menguji kemampuan saya menyediakan kek coklat kukus yang moist dengan berdasarkan resepi sukatan cawan itu.


Inilah rupa cawan dan bahan-bahan yang saya gunakan untuk buat kek coklat kukus sukatan cawan


resepi kek coklat moist sukatan cawan
kek coklat kukus moist yang sedap dan sedang elok rasanya

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus (Menggunakan sukatan cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
  1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
  2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
  4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  5. Masukkan esen vanilla ke dalam adunan.
  6. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  7. Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  8. Kukus kek selama 1 jam.
1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega

Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.
Anda boleh lihat perkongsian saya di sini : Cara Buat Topping yang betul dan Sedap- Saya ada kongsikan beberapa cara dan teknik untuk buat topping yang betul dan mengikut pilihan kita sendiri.

Sangat benar apabila ada pepatah menyebut, kejayaan itu harus dimulai dengan langkah yang pertama. Siapa sangka, daripada niat asal belajar membuat kek coklat kerana ingin penuhi permintaan anak-anak, kini saya sudah mulai yakin membuat kek coklat sendiri sehingga dapat menjamu tetamu yang bertandang dengan kek coklat air tangan sendiri.

Sangat berbaloi rasanya apabila melihat anak-anak menjilat jari dan mengulang makan kek coklat kukus buatan saya.Anda bagaimana? Penggemar kek coklat kukus tapi tidak tahu membuatnya? Cubalah resepi yang saya kongsikan ini..:)


gambar kek coklat dengan ganache dan topping
budak-budak memang suka kek coklat dengan topping yang simple macam ni

Maaf. saya tak ingat asal usul dari mana saya dapat resepi ini.Sebab masa tu saya salin ke dalam buku masakan saya. Jadi, saya minta halal kepada tuan punya resepi dan terima kasih kerana resepinya saya berjaya membuat kek coklat kukus sendiri..:)-

Bagusnya Kalau Boleh Buat Part Time Dengan Menjual kek Coklat Hanya Dari Rumah
Saya ada kenal ramai rakan, sama ada rakan di sekolah atau rakan sama-sama belajar semasa di sekolah menengah dan semasa zaman kampus, mereka ini memang diberi kelebihan dan kepakaran membuat pelbagai jenis kek.Apa yang menariknya, hanya dengan menjual kek, mereka mampu menjana pendapatan sampingan yang sangat lumayan sehinga empat angka.

Jadi, saya mula berfikir bahawa, meskipun rakan saya ini mungkin hanya berkelulusan SPM atau sudah mempunyai kerjaya yang stabil, minat mereka tidak menghalang untuk mereka buat part time dengan menjual kek hanya dari rumah.

Jika ada kalangan pembaca blog ini yang berminat dan ingin tahu tentang cara buat kek atau bisnes bakeri dari rumah, saya boleh kongsikan sebuah website yang memang terkenal dengan perkongsian dan tips untuk buat bisnes bakeri dari rumah. Boleh klik banner di bawah:


Panduan lengkap cara memulakan bisnes bakeri dari rumah

Langkah Demi Langkah Buat Kek Coklat Moist Sukatan Cawan
Selepas beberapa lama, akhirnya saya berkelapangan juga untuk berkongsi step by step cara buat kek coklat kukus moist ini dengan resepi sukatan cawan.Saya dedikasikan entri masak-masak ini kepada rakan atau readers saya yang seperti saya dulunya, memang langsung tidak tahu membuat kek, tapi semangat untuk belajar dan mencuba, nyata tidak akan menghampakan sesiapa:)

Boleh klik pautan ini, untuk lihat sendiri bagaimana saya menyediakan kek coklat kukus moist dengan sukatan cawan.Sangat mudah dan sempoi beb!
boleh ikuti step by step cara saya buat kek coklat kukus dengan klik pada gambar

Yang ini pula, cup cake coklat moist yang saya buat sendiri di rumah.Maklumlah, cuti hujung minggu dan kami tidak kemana, anak-anak pula inginkan saya buat cup cake.Saya pun tengah dalam mood rajin membaking, so inilah hasilnya:)

rasa kek ini memang moist dan sedap.Anak-anak saya pula happy sebab dapat ulang makan banyak kali dalam bekas cup comel tu..
Harap perkongsian ini membantu anda yang memiliki keinginan dan masa untuk mencuba perniagaan cup cake dari rumah.Boleh tengok pautan ini jika anda ingin lihat cara buat cup cake coklat moist yang sangat mudah dengan panduan gambar menyediakannya.

p/s: Memandangkan ada yang bertanya dalam ruangan komen akan masalah dalam mengukus atau membakar kek, maka saya usahakan untuk mendapatkan jawapan apakah punca-punca kek coklat kukus anda tidak menjadi seperti yang diharapkan.


Boleh klik pautan ini untuk mengetahui sebab kek anda tidak menjadi :Punca-Punca Kek Coklat Kukus Tidak Menjadi-


Boleh juga dapatkan resepi terbaru kek coklat moist Azlina Ina yang saya kongsikan di sini :Resepi Terbaru Kek coklat Kukus moist Azlina Ina-

kek coklat kukus moist Azlina Ina yang viral dan mendapat jualan tertinggi di Bakery beliau.

Resepi Kek Coklat Milo Kukus Kesukaan budak-budak Resepi sukatan cawan
Kalau korang suka kek coklat dengan versi lain, saya juga ada kongsikan kek coklat milo kukus resepi Azlina Ina-Boleh klik link ini untuk dapatkan resepinya:)

kek coklat milo moist resepi Azlina Ina
 kek coklat milo moist kukus kesukaan budak-budak sebab ada taste milo pada kek ni:)

resepi kek milo coklat kukus moist sukatan cawan
saya lebih suka makan kek coklat milo ini dengan topping, kalau tanpa topping atau ganache, saya akan sangka ia kek milo semata-mata.


Thanks reading this entry, semoga bermanfaat kepada semua yang baru belajar membuat kek coklat:)