Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan-Mesti ramai yang mencari-cari resepi istimewa kek Marble dengan sukatan cawan sampai jumpa blog ni kan.haha.Saya pun lama mencari resepi kek marble yang senang kita nak buat dan sukat.Tambah-tambah lagi saya ni beginner dalam bab buat kek mekek bagai ni.

Kek Marble susu Moist Sukatan Cawan

Teringat zaman kecik saya dulu, mak saya suka beli kek marble yang dijual kat kedai.Bukan sahaja musim raya, kalau tak raya pun mak saya tetap beli kek marble dengan colour coklat dan kuning dia tu.

Asalnya saya masa tu kan bebudak lagi, manalah minat dengan kek "orang tua" macam tu, tapi entah kenapa satu hari tu, saya teringin nak cuba rasa kek marble tu, lepas rasa baru dapat jawapan kenapa mak saya suka bebenor dengan kek marble ni.Sedap gila ko! Kek ni lembap dan sedikit padat.Tapi bila masuk mulut, moistnya sampai ke tekak..pheww!!

Boleh  tonton cara mudah saya sediakan kek marble minyak oren di Channel Youtube Cik Matahariku : Jangan Lupa Subscribe ya:)


Orait, bab buat kek dengan sukatan cawan memang hobi saya.Kalau readers baca mana-mana kek yang saya buat dan kongsi dalam ni, sure saya guna sukatan cawan.

Kek Marble Daripada Grup Masakan di Facebook : Masak Apa Hari Ni (Mahn)

Kali ni saya dapat resepi kek marble dari Grup Masakan di Facebook : Masak Apa Hari Ni (Mahn) yang juga sudah berjaya dicuba dengan jayanya oleh orang yang kongsi resepi ni.Sebab tu saya berani share resepi ni.Teringin juga nak cuba sendiri, tapi buat masa ini, saya dok di luar kawasan kat Negeri Pasir Berdengung, jadi susah sikit den nak membuatnya..mueheheh.

Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan
Sumber :Grup Masakan di Facebook : Masak Apa Hari Ni (Mahn)
Sumber gambar : Jom Belajar Buat Kek
1 cawan butter 
3/4 cawan gula castor 
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1 sdt baking powder (ayak)
1 sdt esen vanilla
3 sdb susu pekat manis
2 sdb serbuk koko.
(guna loyang saiz 6@7)

Nampak moist tekstur kek marble ni kann..

Cara Menyediakan Kek Marble Moist Sukatan Cawan
  1. Pukul butter dan gula selama 10-12 minit.Masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan. 
  2. Kemudian, masukkan esen vanilla, tepung gandum, baking powder.Guna kaedah kaup balik sahaja dan masukkan susu pekat manis.Gaul hingga sebati semua bahan.
  3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama warna asal/plain.Warna kedua pula letakkan dua sudu besar serbuk koko.
  4. Jangan lupa sapu marjerin pada loyang saiz 6inci atau 7inci dan lapik dengan kertas minyak.
  5. Ambil satu senduk adunan dan letak ditengah-tengah loyang.Jangan ratakan.Kemudian ambil satu senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi, jangan ratakan juga.
  6. Ulang hingga habis adunan tersebut.
  7. Kalau dah siap, boleh buat corak dengan lidi atau boleh tengok contoh cara nak buat corak kat bawah.
  8. Panaskan oven suhu 170 darjah dan bakar selama 45 minit atau hingga masak.Gunakan api atas dan bawah.(Sebaiknya juga ikut kepanasan oven masing-masing ya).
Step by Step buat Kek Marble Moist Sukatan Cawan
Sumber gambar : Jom Belajar Buat Kek

Bahagikan adunan kepada dua bahagian dengan satu adunan yang asal, adunan kedua pula yang sudah dicampur dengan serbuk koko. 

Masukkan satu senduk/sudu besar adunan asal kemudian diikuti satu senduk adunan yang mengandungi serbuk koko tadi.Tak payah gaul atau ratakan, biarkan je.Buat step ni sehingga selesai. 

Ini hasilnya bila kita dah masukkan semua adunan tadi 

 Baki adunan dengan serbuk koko tadi letakkan sedikit di atas permukaan adunan

kemudian, lorekkan dengan lidi mengikut corak yang disukai.

Ini hasilnya selepas di bakar:)

Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan
Resepi dari Rozmaliza Omar
Sumber: Azlina Ina
Bahan-bahan:-
1 1/2 ketul butter (SCS)
3/4 cawan gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu (kecil) esen vanila
1/2 cawan susu pekat
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu (kecil) baking powder
3 sudu (besar) serbuk koko

Cara Menyediakan Kek Marble Moist Sukatan Cawan
  1. Masukkan Gula,butter,esen vanila ke dalam mixer atau bekas adunan dan putar dengan kelajuan tinggi selama 15-20 minit sampai gebu. 
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, akhir sekali putar 15 minit. 
  3. Kemudian masukkan susu dan putar sebati.
  4. Masukkan pula tepung sedikit-sedikit  sambil perlahankan mixer dan masukkan semua. Speedkan balik dan putar selama 3-4 minit.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian masukkan 3 sudu (besar) serbuk koko. 
  6. Masukkan dalam loyang berselang seli sampai habis. 
  7. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 C selama 15 minit pertama. 
  8. Turunkan suhu pada 150 C selama 45 minit. Bila masak terbalikkan atas redai kek dan buang baking paper, kemudian terbalikkan semula serta merta pada kedudukan asal.
Kek marble hasil resepi Azlina Ina yang dicuba Blogger Cik Matahariku

Harapnya kepada readers yang berminat untuk mencuba resepi ini bolehlah cuba buat sendiri kat rumah ya.Kalau ikutkan, banyak versi resepi kek marble yang kita boleh jumpa khasnya kalau kita google dalam internet, pilihan di tangan anda.

Kalau pertama kali kita mencuba sesuatu resepi, kita kena rajin dapatkan banyak tips dan info berkaitan pembuatan kek marble supaya kita dapat menyediakan kek yang betul dan sedap, yang penting tidak membazir:)Boleh tengok kat sini, saya dah berjaya cuba kek marble susu sukatan cawan Azlina Ina- Kek Marble susu yang sedap dan moist oleh Blogger Cik Matahariku-

Kek Marble susu yang saya dah berjaya cuba, kek ni memang moist dan sedap, tambah-tambah kalau kita biar semalaman, esoknya lagi mantap rasanya.heheh.

Alhamdulillah, ada rupa dah kek marble susu saya kann..muehehhe..

Boleh tengok post saya buat kek marble versi kukus di sini dengan menggunakan resepi yang sama yang saya kongsikan di atas :
  1. Eksperimen buat kek marble kukus berjaya!
  2. Resepi kek Marble Yogurt yang sangat sedap dengan sukatan Cawan

Sekiranya anda mempunyai kemahiran yang sangat bagus dalam menyediakan pelbagai jenis kek seperti kek marble, kek kukus, kek minyak atau kek lapis dan mungkin banyak lagi, saya cadangkan anda cuba untuk menjadikan kepakaran anda itu sebagai aktiviti yang dapat menjana pendapatan sampingan.

Bagaimana nak mulakan hobi memasak kita kepada aktiviti yang dapat hasilkan pendapatan yang lumayan? Mari saya kongsikan panduan dan tips yang boleh anda perolehi dari sini :


Saya juga berkesempatan buat kek marble minyak oren yang sangat sedap dan gebus dengan resepi sukatan cawan.Kek ni ibarat gabungan tiga jenis kek iaitu kek minyak, kek marble dan juga kek oren.Boleh tengok resepi dan cara saya buat di sini ya : Kek Marble Minyak Oren Gebus Sukatan Cawan Resepi Azlina Ina-

 untuk lapisan selang seli ini kita boleh je pilih warna kesukaan-

 untuk hasil akhir, buat corak marble atas permukaan kek

 rupa kek selepas dibakar-sangat gebus dan moist walaupun dibakar :)

 Rasanya juga berlemak, manisnya sedang elok dan lembut moist sudah pasti.

Boleh cuba buat kek marble minyak oren jika anda penggemar kek marble :)

Klik link dibawah untuk mendapatkan resepi dan step by step cara membuat kek marble minyak oren yang sangat sedap dan gebus:)

Thanks for reading this entry, semoga perkongsian resepi Kek Marble Moist dapat beri manfaat kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, semoga dipermudahkan semuanya:)




Post a Comment

39 Comments

  1. I used to be able to find good advice from your content.

    ReplyDelete
  2. woww resepi yang mudah, boleh la cuba buat lepas ni hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! memang sangat mudah sis, boleh cuba buat sendiri kat rumah kann..

      Delete
  3. trima ksh dgn resepinya..mmg kek org tua btl ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, kek orang tua yang org muda kena tahu juga sedapnya macam mana kann..hihi..

      Delete
  4. 11/2 ketul butter bersamaan berapa gram ?

    ReplyDelete
  5. Puan.guna majerin untuk gantikkan butter boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh juga sis, cuma rasanya sedikit berbeza nanti..apapun, tetap sedap!

      Delete
  6. nak kurang kan manis macam mana

    ReplyDelete
  7. boleh kurangkan sukatan gula kastor atau susu pekat sis..

    ReplyDelete
  8. Baking powder Tu satu sudu besar yer sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudu kecil sis, tengok kat resepi..:)

      Delete
    2. Puan resepi kt atas tu tulis baking powder 1sdb betul ke

      Delete
    3. maaf, typing error, sy sudah baiki.terima kasih beritahu ya.

      Delete
  9. Replies
    1. maksudnya 1 cawan dan tambah setengah cawan lagi, tq sis bertanya:)

      Delete
  10. Butter tu ganti dgn minyak boleh ke... Xde plak butter musim2 pkp ni... Tp tu gin nk wat kek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sis, cuma tekstur dan rasanya akan sedikit berbeza..:)

      Delete
  11. Wooww... dh test buat kek marble... sgt2 moist... ank2 berebut... ptg buat lg.. tq cik matahariku....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, happy for you sis, silalah cuba resepi lain dalam blog ini, InshaAllah menjadi:)

      Delete
  12. Saya share resipi sis ye.. tq..InsyaAllah..nak try buat..

    ReplyDelete
  13. Cawan apa2 jenis pon blh kn?. asalkan semua bahan sukat dgn cawan yg sama

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah sedap.dah cuba..banyak resepi dah cuba cuba tak jadi.kali nk jadi.happy..tenkiu dgn perkongsian resepi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah! terima kasih cuba resepi di blog ini.boleh cuba resepi lain dalam blog ini jika berminat:)

      Delete
  15. Tepung gandum boleh ganti dgn self raising flour Tak cik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sis, kalau guna tepung self rising, tak payah letak baking piwder ya.

      Delete
  16. Nk tanuya...kalau guna unsalted butter boleh ke?

    ReplyDelete
  17. Sy dh try resepi ni.. sgt menjadi ������
    Thank u cik matahari

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah sedap dan jadi... first time buat kek 😅

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!