As salam dan Salam Sejahtera,
Agar-agar milo yang sedap, lembut dan sejuk di tekak. hehe. Suka tak kalau dapat makan agar-agar yang macam tu? Bukan apa, saya teringat time nk buat pot luck di rumah Kak Ateh saya di Sepang, agar-agar milo ni antara hidangan ringkas yang kami sediakan selain mi kari dan lauk asam pedas ikan mayong.

Agar-agar milo yang lembut dan sedap by Blogger Cik Matahariku

Basic buat agar-agar milo yang sedap ni ialah sukatan air yang betul dan tepat. Saya  tak suka agar-agar yang keras, sebab pada imagine saya, agar-agar yang sedap mestilah lembut di tekak.Okey, kali ini, saya akan kongsikan resepi yang saya guna untuk sediakan agar-agar yang lembut, sedap dan pastinya sejuk bila lalu di tekak kita. Ceh gitu sekali ko!

AGAR-AGAR MILO SUSU PEKAT MELIKAT
Resepi Mudah Agar-Agar milo
  1. satu paket agar-agar tali
  2. 1.5 litre air masak
  3. 7 sudu besar milo
  4. 1/2 tin susu pekat 
  5. 3 sudu besar gula pasir
  6. 1 cawan air panas
kalau simpan dalam fridge, lagilah sedap agar-agar ni sebab rasanya yang sejuk bila lalu kat tekak

Cara Menyediakan Agar-Agar milo yang lembut dan sedap
1. Masak agar-agar dalam periuk dengan 1.5 liter air.
2. Masukkan sekali 3 sudu gula pasir. Biarkan agar-agar dan gula sampai larut.
3. Sediakan 7 sudu besar milo, satu cawan air panas dan setengah tin susu pekat, kacau supaya larut.
4. Bila agar-agar dah larut, masukkan air milo yang sudah siap dikacau ke dlm periuk tadi. Kacau       
    sehingga larutan tadi semakin pekat @ mendidih.
5. Tuang agar-agar milo ke dlm acuan atau bekas dengan menggunakan tapis.
6. Sejukkan dlm peti ais dlm tempoh 2-3 jam sebelum dihidangkan.

kita juga boleh guna pelbagai jenis acuan untuk sediakan agar-agar milo ni.Kalau dah takde acuan yang menarik nak guna, ko tuang je dalam loyang, lepas tu potong kecik-kecik.senang boleh terus ngap kannn.hehhe.

Ini pula, agar-agar lapis milo dan susu.Kalau korang nak cuba buat yang ini, boleh tengok resepi kat link yang saya kongsikan ini ya : Resepi Agar-agar milo lapis susu yang lembut dan sedap

Agar-agar ini bagi saya lebih sedap dari agar-agar milo biasa sebab resepi ini ada tambah serbuk koko, jadi rasa agar-agar ini lebih kepada agar-agar coklat, memang sedap dan marvelous.heheh.

Saya juga ada membuat sedikit olahan resepi untuk agar-agar milo ini.Kali ini saya buat agar-agar Coklat iaitu campuran Milo dan serbuk koko.Korang boleh klik sini untuk tengok resepi sukatan cawan yang saya kongsikan :

 Dengan olahan resepi milo dan serbuk koko, warna agar-agar lebih cantik, lebih sedap dan manis:) Selamat mencuba ya!

Alhamdulillah, jemput makan semua agar-agar Milo Coklat:) tapi korang kenalah cuba buat sendiri.
Sangat mudah dan cepat untuk disediakan.


Orait, kalau anda ingin mencuba resepi agar-agar milo yang lembut dan sedap ini, jangan lupa share di ruangan komen dan juga share dengan rakan-rakan yang lain.Selamat mencuba:)