As Salam,
Resepi Buat Donut Gebu Tanpa Uli-Wahh, seronok korang ya. Orang buat donut sekarang semakin hebat. Teringat zaman saya kemaruk belajar buat donut, dahlah takde bread maker, gigih ko uli tepung nak bagi donut gebus gebas, nak bagi lembut sampai 48 jam dan macam-macam lagilah.Kalau boleh donut ko je yang paling menjadi.kihkih.
Ini rupa paras donut yang saya dah cuba dengan resepi yang saya kongsikan dalam blog:)
Tak boleh nak salahkan sesiapa pun, ilmu ni kalau kita kongsi dengan orang lain, akan buat kita bukan lagi tak pandai, malah ko akan jadi lebih fokus dan teliti untuk hasilkan sesuatu yang lebih baik dengan ilmu yang ada.Mungkin sebab itulah, depa yang kongsi resepi buat donut tanpa uli, entah-entah sekarang dah jadi jutawan donut kann.muehhehe.suka ko eh.
Memang puas hati bab lembut buat donut dengan resepi ni sebab saya dah buat dan donut masih tetap lembut walau selepas 24 jam:)
Sumber Resepi : Dari Dapur Aida
Dicuba oleh : Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan A
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
- campurkan semua bahan ni dan biarkan kembang ( berbuih )
Bahan-Bahan B
4 cawan tepung gandum ( 1/2 kg tepung )
2 sudu makan marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Cara Menyediakan Donut Gebu Tanpa Uli
- Ramaskan bahan-bahan B hingga jadi macam serbuk roti.
- Kemudian campurkan Bahan A tadi dan gaul rata.
- Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup.
- Adunan memang lembik tapi jangan risau dan jangan memandai tambah tepung tau.
- Lepas satu jam tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terapMasa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
- Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng
rupa donut yang sudah dibentuk dan sudah sedia untuk digoreng
kalau anda memang buat jualan donut setiap hari, bolehlah cuba resepi ini untuk jualan.Customer pun happy kalau dapat donut yang lembut sampai ke dalam, bukannya dapat donut yang bila kita gigit macam kapas je isinya.kihkih.
Kalau anda rajin singgah blog ini, dah banyak kali jugak saya kongsi resepi buat donut.Antaranya :
- Donut Kentang Gebus ( klik untuk lihat resepi dan langkah bergambar membuat donut )
- Donut Bebola Kentang ( klik untuk lihat resepi dan langkah bergambar membuat donut )
- Donut Pintal ( klik untuk lihat resepi dan langkah bergambar membuat donut )
Memang nampak macam pelik kan, boleh pulak ko buat donut tanpa uli bagai, tapi kalau kita tak cuba, mana nak tahu kan.hehe.Kalau ko rasa curious, tak salah pon kalau ko nak uli.Donut ko tetap menjadi dan gebus juga.Janganlah takut sangat.
selamat mencuba resepi donut gebus tanpa uli:)
Orait, selamat mencuba buat donut gebus tanpa uli ya kawan-kawan:) Jangan lupa hantar sikit kat jiran sebelah rumah kalau donut ko jadi gebus gebas nanti.hihi.
45 Comments
wowwww - donut kesukaaan - boleh cuba
ReplyDeletekannn...siapa pun suka donut yang lembut dan gebus macam ni...:)
Deletesya shre ye...tq
ReplyDeletebaik, thanks:)
DeleteCik matahari..klu majerin gnti buttercup boleh x.
ReplyDeleteboleh, kadang-kadang saya guna buttercup juga..:)
Deleteada 2 resepi ke... 1 xpakai susu tpung.. kan
ReplyDeletebanyak resepi saya cuba buat donut ni sis, ada yang guna susu pekat, susu tepung, ada yang uli dan juga tak payah uli..kita boleh cuba mana yang kita minat..:)
Deletesy share ye
ReplyDeleteTekap bulat tengah tu cik matahari buat cmne??
ReplyDeletesaya cucuk guna jari je.. hihi.. ada dua cara nak buat bulat tengah donut ni, satu cara kita bentuk saiz bulat dulu, dah kembang baru kita tekap bulat tengah tu, satu lagi sambil kita bentuk saiz bulat tu, kita cucuk je dengan jari kat bahagian tengah donut tu.. mana2 boleh..
DeleteCik matahari.. Dua kali buat percubaan gagal.. Xmengembang ngn jaya tapi kecut dengan berjaya.. Xthu mane silapnyer..😭😭
ReplyDeletemasya Allah..sorry utk sis ya.Saya agak donut sis mengecut sebab terlalu lama biarkan dia mengembang kot.Bila doh donut terlalu lama dibiarkan mengembang, ia boleh jadi donut mengecut dan sukar untuk dibentuk.Maaf kalau saya tersalah.
DeleteSis..mmg menjadi...tq sis...semoga murah rezeki sis...
ReplyDeleteAlhamdulillah, aamin, terima kasih doanya ya!
DeleteAs salam.Ada letak air tak?
ReplyDeleteguna air suam untuk kembangkan yis, boleh rujuk resepi.
DeleteThank you ....resepi menjadi 🍩
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih sudi cuba resepi di sini..
DeleteAlhamdulillah menjadi kak
ReplyDeletealhamdulillah, tahniah:)
DeleteSalam cik matahari... Kalau tak berbuih macam mna ek
ReplyDeletesepatutnya campuran yis akan berbuih, kalau tak berbuih mungkin yis tu dah expired..
DeleteSalam cik matahari kalau tak berbuih mcm mna
ReplyDeleteSalam cik matahari...sy buat doh dia agak lmbik..knpe yer? Perlu ke ltak tepung lg?
ReplyDeletedohnya memang lembik sikit, tak payah tambah tepung ya.
DeleteSaya baru mencuba resepi donat ni mudah²an menjadi la. Terima kasih kongsi resepi donat.
ReplyDeleteselamat mencuba tuan, semoga berjaya ya!
Deletemacam mana nak buat dia frozen. bleh ke pas bentukkan tu kita simpan kat freeze atau kena goreng dulu
ReplyDeletekena goreng sekejap supaya yis mati, lepas tu boleh angkat dan simpan dlm bekas kedap, di bahagian chiller, tq
DeleteTerima kasih kongsi resepi. Saya nak Cuba. Harap2 menjadi hehe
ReplyDeleteselamat mencuba, semoga dipermudahkan😚
DeleteBetul2 lembut.. Sudah 3x saya buat..anak2 suka mkn..tq kongsi resepi..
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih😚
DeleteAkak donat ni boleh bt frozen tak hehhehe
ReplyDeleteboleh sis, kalau nk frozenkn donut, goreng sekejap lpas tu boleh simpan dlm chiller
DeleteSaya dah cuba dan menjadi. Terima kasih
ReplyDeleteTahniah sis, seronoknya cubaan buat donut menjadi :)
DeleteSis, nape doh saya keras ye? Maksudnye tak lembik.. Lps mix bhn basah n kering dia mcm kering, x lembik..
ReplyDeletebanyak faktor yang menjadi sebab doh donut puan tak menjadi, sama ada air yang digunakan terlebih panas,sepatutnya suam sahaja.Lagi satu mungkin yis yang tidak elok.Cuba ingat balik, ada tak mana-mana part yang puan terlepas pandang ya.
DeleteYis tu mmg kembang lps sy mix dgn air suam.. Sukatan mmg 4 cawan tepung dgn 1 cawan air suam je ye sis? Sbb adunan sy nmpk mcm kering n kurang air.. Sis sukat tepung tu mcm mn? Cedok terus dr bekas tepung atau sendukkan sikit2 ke dalam cawan sukatan? Ade beza ke dua cara ni?
Delete4 cawan tepung dengan 1 cawan air suam tu memang ngam dah..sebaiknya cawan sukatan air dan tepung tu sama, lain kali kalau puan buat, misal kata nampak doh macam masih kering, boleh je tambah air sikit2 sambil uli doh sampai nampak dia dah sebati dan elok untuk dibentuk..InshaAllah, menjadi..maaf kalau ada kekurangan dalam resepi ni..
DeleteASLMKM. ALHAMDULILLAH, DAH TRY SEMALAM DOUBLE 2X BAHAN, MENJADI🥰. ANAK² BANTAI HABIS DONAT TAK SAMPAI MALAM😁
ReplyDeleteMmg sedap dah kali ke 3 saya buat guna resepi ni tq semoga sis sekeluarga dimurahkan rezeki selalu amin
ReplyDeletealhamdulillah, tahniah sis.aamin terima kasih atas doanya, semoga yang terbaik juga sis sekeluarga.
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!