Resepi Buat Donut Gebu Tanpa Uli

As Salam,
Resepi Buat Donut Gebu Tanpa Uli-Wahh, seronok korang ya. Orang buat donut sekarang semakin hebat. Teringat zaman saya kemaruk belajar buat donut, dahlah takde bread maker, gigih ko uli tepung nak bagi donut gebus gebas, nak bagi lembut sampai 48 jam dan macam-macam lagilah.Kalau boleh donut ko je yang paling menjadi.kihkih.

Ini rupa paras donut yang saya dah cuba dengan resepi yang saya kongsikan dalam blog:)

Tak boleh nak salahkan sesiapa pun, ilmu ni kalau kita kongsi dengan orang lain, akan buat kita bukan lagi tak pandai, malah ko akan jadi lebih fokus dan teliti untuk hasilkan sesuatu yang lebih baik dengan ilmu yang ada.Mungkin sebab itulah, depa yang kongsi resepi buat donut tanpa uli, entah-entah sekarang dah jadi jutawan donut kann.muehhehe.suka ko eh.

Memang puas hati bab lembut buat donut dengan resepi ni sebab saya dah buat dan donut masih tetap lembut walau selepas 24 jam:)

RESEPI DONUT GEBU TANPA ULI
Sumber Resepi : Dari Dapur Aida
Dicuba oleh : Blogger Cik Matahariku
Bahan-Bahan  A
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
- campurkan semua bahan ni dan biarkan kembang ( berbuih )

Bahan-Bahan B
4 cawan tepung gandum ( 1/2 kg tepung )
2 sudu makan marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Cara Menyediakan Donut Gebu Tanpa Uli
  1. Ramaskan bahan-bahan B hingga jadi macam serbuk roti.
  2. Kemudian campurkan Bahan A tadi dan gaul rata.
  3. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup.
  4. Adunan memang lembik tapi jangan risau  dan jangan memandai tambah tepung tau.
  5. Lepas satu jam tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terapMasa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
  6. Biarkan selama 30 minit.. Lepas tu boleh goreng
rupa donut yang sudah dibentuk dan sudah sedia untuk digoreng

kalau anda memang buat jualan donut setiap hari, bolehlah cuba resepi ini untuk jualan.Customer pun happy kalau dapat donut yang lembut sampai ke dalam, bukannya dapat donut yang bila kita gigit macam kapas je isinya.kihkih.

Kalau anda rajin singgah blog ini, dah banyak kali jugak saya kongsi resepi buat donut.Antaranya :
Memang nampak macam pelik kan, boleh pulak ko buat donut tanpa uli bagai, tapi kalau kita tak cuba, mana nak tahu kan.hehe.Kalau ko rasa curious, tak salah pon kalau ko nak uli.Donut ko tetap menjadi dan gebus juga.Janganlah takut sangat.

selamat mencuba resepi donut gebus tanpa uli:)

Orait, selamat mencuba buat donut gebus tanpa uli ya kawan-kawan:) Jangan lupa hantar sikit kat jiran sebelah rumah kalau donut ko jadi gebus gebas nanti.hihi.


Post a Comment

45 Comments

  1. wowwww - donut kesukaaan - boleh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...siapa pun suka donut yang lembut dan gebus macam ni...:)

      Delete
  2. Cik matahari..klu majerin gnti buttercup boleh x.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, kadang-kadang saya guna buttercup juga..:)

      Delete
  3. ada 2 resepi ke... 1 xpakai susu tpung.. kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak resepi saya cuba buat donut ni sis, ada yang guna susu pekat, susu tepung, ada yang uli dan juga tak payah uli..kita boleh cuba mana yang kita minat..:)

      Delete
  4. Tekap bulat tengah tu cik matahari buat cmne??

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cucuk guna jari je.. hihi.. ada dua cara nak buat bulat tengah donut ni, satu cara kita bentuk saiz bulat dulu, dah kembang baru kita tekap bulat tengah tu, satu lagi sambil kita bentuk saiz bulat tu, kita cucuk je dengan jari kat bahagian tengah donut tu.. mana2 boleh..

      Delete
  5. Cik matahari.. Dua kali buat percubaan gagal.. Xmengembang ngn jaya tapi kecut dengan berjaya.. Xthu mane silapnyer..😭😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. masya Allah..sorry utk sis ya.Saya agak donut sis mengecut sebab terlalu lama biarkan dia mengembang kot.Bila doh donut terlalu lama dibiarkan mengembang, ia boleh jadi donut mengecut dan sukar untuk dibentuk.Maaf kalau saya tersalah.

      Delete
  6. Sis..mmg menjadi...tq sis...semoga murah rezeki sis...

    ReplyDelete
  7. As salam.Ada letak air tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna air suam untuk kembangkan yis, boleh rujuk resepi.

      Delete
  8. Thank you ....resepi menjadi 🍩

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih sudi cuba resepi di sini..

      Delete
  9. Salam cik matahari... Kalau tak berbuih macam mna ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya campuran yis akan berbuih, kalau tak berbuih mungkin yis tu dah expired..

      Delete
  10. Salam cik matahari kalau tak berbuih mcm mna

    ReplyDelete
  11. Salam cik matahari...sy buat doh dia agak lmbik..knpe yer? Perlu ke ltak tepung lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dohnya memang lembik sikit, tak payah tambah tepung ya.

      Delete
  12. Saya baru mencuba resepi donat ni mudah²an menjadi la. Terima kasih kongsi resepi donat.

    ReplyDelete
  13. macam mana nak buat dia frozen. bleh ke pas bentukkan tu kita simpan kat freeze atau kena goreng dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena goreng sekejap supaya yis mati, lepas tu boleh angkat dan simpan dlm bekas kedap, di bahagian chiller, tq

      Delete
  14. Terima kasih kongsi resepi. Saya nak Cuba. Harap2 menjadi hehe

    ReplyDelete
  15. Betul2 lembut.. Sudah 3x saya buat..anak2 suka mkn..tq kongsi resepi..

    ReplyDelete
  16. Akak donat ni boleh bt frozen tak hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sis, kalau nk frozenkn donut, goreng sekejap lpas tu boleh simpan dlm chiller

      Delete
  17. Saya dah cuba dan menjadi. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah sis, seronoknya cubaan buat donut menjadi :)

      Delete
  18. Sis, nape doh saya keras ye? Maksudnye tak lembik.. Lps mix bhn basah n kering dia mcm kering, x lembik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak faktor yang menjadi sebab doh donut puan tak menjadi, sama ada air yang digunakan terlebih panas,sepatutnya suam sahaja.Lagi satu mungkin yis yang tidak elok.Cuba ingat balik, ada tak mana-mana part yang puan terlepas pandang ya.

      Delete
    2. Yis tu mmg kembang lps sy mix dgn air suam.. Sukatan mmg 4 cawan tepung dgn 1 cawan air suam je ye sis? Sbb adunan sy nmpk mcm kering n kurang air.. Sis sukat tepung tu mcm mn? Cedok terus dr bekas tepung atau sendukkan sikit2 ke dalam cawan sukatan? Ade beza ke dua cara ni?

      Delete
    3. 4 cawan tepung dengan 1 cawan air suam tu memang ngam dah..sebaiknya cawan sukatan air dan tepung tu sama, lain kali kalau puan buat, misal kata nampak doh macam masih kering, boleh je tambah air sikit2 sambil uli doh sampai nampak dia dah sebati dan elok untuk dibentuk..InshaAllah, menjadi..maaf kalau ada kekurangan dalam resepi ni..

      Delete
  19. ASLMKM. ALHAMDULILLAH, DAH TRY SEMALAM DOUBLE 2X BAHAN, MENJADI🥰. ANAK² BANTAI HABIS DONAT TAK SAMPAI MALAM😁

    ReplyDelete
  20. Mmg sedap dah kali ke 3 saya buat guna resepi ni tq semoga sis sekeluarga dimurahkan rezeki selalu amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, tahniah sis.aamin terima kasih atas doanya, semoga yang terbaik juga sis sekeluarga.

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!