Resepi Mudah Asam Pedas Ikan Patin Versi Orang Johor.

As Salam,
Resepi Mudah Asam Pedas Ikan Patin Versi Orang Johor.-Orait.Resepi ini disediakan dan dimasak oleh seorang Johorean, maka haruslah title dia macam tu kan.heheh.Mungkin Johorean lain, cara masak asam pedas dia dan bahan yang digunakan tak sama dengan apa yang saya masak, yang penting kan sodap kat tekak masing-masing.iyolahhh.

Tak tahulah, asam pedas kegemaran saya dan Encik Suami ni tidak menjadi kegemaran anak-anak pula.Mungkin jenis ikan yang kerap saya masak asam pedas di rumah bukanlah ikan kegemaran anak-anak.Kadang-kadang saya masak asam pedas ikan talang, kepala ikan mayong, ikan kembung dan yang terkini ikan patin.

cara masak asam pedas ikan patin yang mudah dan sedap
 Asam Pedas Ikan Patin Versi Orang Johor-Beriya masak asam pedas versi orang Johor kononnya kann.Of Course.Dah tukang masaknya orang Johor jati, nak jugak asam pedas brand Johor.hehhe.

Resepi Mudah Asam Pedas Ikan Patin Versi Orang Johor.
Sumber resepi : Mak Muo
Disediakan oleh : Blogger Cik Matahariku

Bahan-Bahan
6 ketul ikan patin saiz sederhana 
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai dititik sahaja
satu gengam daun kesum
dua batang ( saiz kecil ) bunga kantan
10 biji bendi muda buang tangkai saiz kecil
satu sudu teh serbuk lada hitam
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 biji tomato
1/2 cawan cili kering blend ( kalau nak kuah pekat, kalau nak kuah cair, kurangkan cili bend)
minyak masak untuk menumis
2 sudu makan pes asam jawa Abadi / 3 keping asam keping
Garam dan Gula sebagai perasa
3 @4 cawan air

Cara Menyediakan Asam Pedas Ikan Patin Yang Sedap
  1. Cuci ikan sehingga bersih
  2. Blend atau tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, halia, kunyit. Titik serai.
  3. Hiriskan satu biji bawang merah saiz sederhana.
  4. Masukkan minyak dan tumis hirisan bawang sehingga naik bau.Kemudian,masukkan bahan yang ditumbuk dan serai dalam kuali atau periuk. Masukkan juga serbuk lada hitam.
  5. Masukkan pula cili kering blend dan kacau perlahan.Biarkan sehingga mendidih dan sehingga terbit minyak.Pastikan api perlahan sahaja. Masa ni dah boleh juga masukkan garam atau gula.
  6. Bila dah terbit minyak, masukkan ikan.Biarkan sebentar supaya bahan yang diblend tadi sebati dengan ikan dulu.
  7. Masukkan 3 cawan air.Kalau nak kuah lebih, boleh tambah.
  8. Kalau kuah dah mendidih, boleh masukkan bendi, bunga kantan, tomato dan daun kesom.
  9. Biarkan sehingga bendi lembut, kemudian sedia untuk dihidang

 Cara saya masak asam pedas, mesti masak sambal asam pedas tu sampai terbit minyak atau pecah minyak, baru saya masukkan ikan dan masukkan air. Biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan daun kesom, bunga kantan.

 Sebelum masukkan ikan, saya akan terlebih dahulu masukkan garam dan sedikit gula serta paste Asam Jawa Adabi.Masa ni jugak dah boleh tahu rasa kuah asam pedas kita macam mana.Kalau ada yang kurang, kita boleh tambah masa ni.


Pic asam pedas ikan patin  selepas saya dah masukkan daun kesum, tomato, dan ikan patin serta air yang secukupnya.Macam saya pula, saya suka kuah asam pedas yang pekat, jadi saya hanya masukkan air yang secukupnya sahaja.

Boleh klik link kat sini, kalau nak tengok cara saya masak asam pedas dengan versi ikan yang berbeza:)
Alhamdulillah, syukur sebab akhirnya lulus jugak saya masak asam pedas ikan patin.Sebenarnya, cara masak asam pedas ni mudah sahaja, cuma ikut korang nak masak jenis ikan apa.Orait, selamat mencuba dan jangan lupa kongsi kat ruangan komen kalau korang dah cuba resepi ni ya!


Post a Comment

2 Comments

  1. uuish nampak pun tahu sedap..!! CT paling suka kalo ikan pari. suka dok makan saja..

    ReplyDelete
  2. Macam senang..nak Cuba la hari ni..harap-harap memenuhi selera keluarga

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!