Tips Mudah Supaya Tanaman Bayam Brazil Lebih Subur Dan Cepat Dituai Hasilnya

As Salam,
Bayam Brazil Jenis Sayuran Yang Mudah Hidup Dan Cepat Tuai Hasilnya Seawal 3 Minggu-Saya mempunyai kisah tersendiri bagaimana Bayam Brazil atau Spinich Brazilian ini menjadi dorongan kuat bagi saya untuk meminati dunia perkebunan.Korang boleh tengok entri saya sebelum ini tentang gigihnya saya mendapatkan anak benih bayam brazil yang sangat viral dalam kalangan pekebun tanaman sayuran di Malaysia.

Bayam Brazil yang sedang saya usaha menanam dan mengusahakannya supaya dapat hidup subur dan menghijau.

Mengapa saya katakan sayuran Bayam Brazil ini mudah hidup ?
Saya nyatakan ini bersandarkan kepada pengalaman sendiri yang mulai menanam bayam brazil ini daripada keratan batangnya dengan ditanam sementara dalam botol berisi air. Mengikut pemerhatian dan pengamatan saya, Bayam Brazil ini akan cepat tumbuh dan mengeluarkan daun apabila mendapat air yang mencukupi atau ditanam dalam medium yang sentiasa lembap.

Keratan batang Bayam brazil ketika saya menanamnya dalam botol berisi air.Ketika ini usianya dalam 3 hari selepas saya mendapat keratan batang di sebuah Homestay di Sungai Besar

Bayam Brazil pada hari pertama saya pindahkan dari botol berisi air kepada medium tanah dengan keluasan tanah yang lebih besar.

Bayam brazil selepas dua minggu dipindahkan atas tanah.Kita boleh lihat pertumbuhan daun yang lebih besar, lebih banyak dan hijau.Saya harap daun bayam brazil saya akan dapat dituai pada minggu ketiga pertumbuhannya.aamin.

Walaupun pada anggapan saya tanaman ini sudah viral seantaero Malaya, saya dapati masih ada yang tidak mengenali jenis sayuran berdaun ini dan bertanya bagaimana untuk menanamnya atau mendapatkan benihnya.

 Sayuran Bayam Brazil yang subur dan daunnya menghijau kerana mendapat air dan cahaya matahari yang mencukupi.Cara membajanya juga sangat mudah sama ada dengan baja AB atau baja organik menggunakan siraman air beras dan lain-lain.

Tanaman ini juga mudah membiak jika kerap dipetik pucuk atau daunnya yang muda.

Untuk makluman anda yang mungkin belum tahu, bayam brazil ini boleh ditanam hanya dengan mencucuk batangnya di atas tanah, dan mendapat air mencukupi serta cahaya matahari yang tidak terlalu direct. Saya pula memilih menanam dengan kaedah menumbuhkan akar dalam air terlebih dahulu, kemudian barulah ditanam atas tanah.

Kita digalakkan memetik daunnya dengan mengunting terus dahannya supaya tumbuh tunas baru yang lebih banyak dan subur.

Selain itu, jika mahu pokoknya rimbun dan bertunas dengan lebih banyak,kita hendaklah rajin memetik pucuk atau daunnya yang muda untuk dibuat ulam, sayuran lemak atau goreng belacan atau digoreng dengan tepung.

Saya kongsikan dalam entri terdahulu bagaimana saya menanam Bayam Brazil di sini :
  1. Cara Mudah Tanam Bayam Brazil dalam bekas berisi air.
  2. Cara Tanam Bayam Brazil ke Medium Tanah Supaya Lebih Subur 

Selamat menanam Bayam Brazil, semoga berjaya dengan apa jua tanaman sayuran pilihan anda:)




Post a Comment

10 Comments

  1. Assalamuyalaikum Cik Matahariku,
    sana-sini tengok orang ada bayam brazil hasil tanaman sendiri, saya juga yang belum tanam...heheheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun baru mula nak menanam sejak cuti PKP ni kak Amie:)

      Delete
  2. Tanam mudah dan cepat
    Rasa pun sedap
    Khasiat pun banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu WP, saya suka akan warna daun bayam ni yang sangat hijau..khasiatnya memang banyak.

      Delete
  3. Saya pon peminat home gardening.. and ada tanam bayam brazil ni. Memang mudah hidup bila cucuk atas tanah... mula2 tanam dulu, selalu jugak petik buat goreng salut tepung... tapi bila dah banyak sekarang ni, jadi malas...sebab renyah nak cerai daun dr batang utk goreng... or kita boleh goreng dengan batang2 dia sekali... apa kaedah masak Cik puan utk bayam brazil ni? ke buat ulam jer? do let me know...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat yang saya pernah cuba bayam brazil ni buat ulam sahaja, sy dok kt kawasan taman, susah juga nak dapat ulam-ulaman, tambah lagi musim pkp ni, kami hanya keluar dua minggu sekali, tanam daun bayam ni sangat sesuai untuk buat ulaman time mkn di rumah..:)

      Delete
    2. Ooo.. tapi satu saya perasan pokok bayam brazil ni, kalau dia merimbun lebat... nampak macam tanaman hiasan. So, dia dua dalam satu fungsi... cantik jugak buat macam flower bed...

      Delete
  4. geram betul tengok bayam brazil lebat macam ni. sedap buat ulam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, akk pun suka buat ulam makan bayam brazil ni:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!