5 Sebab Kenapa Kita Guna Telur Dalam Baking Kek Atau Buat Pastry Dan Cookies

Assalamualaikum,
5 Sebab Kenapa Kita Guna Telur Dalam Baking Kek Atau Buat Pastry Dan Cookies-Haih.Agak lama saya tak share resepi masakan atau kuih muih dalam blog ni. Nampak sangat dah semakin malas dan mood ke laut nak buat entri masak-masak.adehh.

Telur juga biasa digunakan dalam pembuatan kek coklat moist

Antara resepi yang saya gunakan telur iaitu dalam menghasilkan donut
yang gebus gebas.

Donut yang biasa saya buat ni sejenis donut yang gebus tetapi padat, 
tidak lembik atau berasa seperti kapas.

Sejak beberapa bulan lalu hingga masuk tahun baru, kisah telur memang tak habis-habis kan.Encik Suami pun dah berubah corak perbelanjaan dia.Kalau zaman kegemilangan telur murah dan mudah didapati, rajin dia membeli telur sampai dua tiga papan.Sekarang ni, bila nak buat telur dadar pun berkira.cukup 5 biji je katanya.Dahlah telur gred C, kena catu pulak.ciss.

Orait, post kali ni just perkongsian yang saya dapat dari FB berkaitan kegunaan telur dalam baking kek atau pastry dan cookies.

Kegunaan Telur dalam Baking Kek atau Pastry mempunyai fungsi yang tersendiri.

Telur Sebagai Penguat struktur dan pengikat
Apabila kita menghasilkan satu-satu adunan, gabungan elemen yang akan terlibat adalah element cair seperti butter dan gula, dan juga element gam seperti tepung memerlukan satu element pengikat antara kedua-dua element ini iaitu telur. Seperti yang kita tahu, telur cenderung untuk mengeras jika terdapat haba disekitarnya. Jadi inilah yang akan berlaku kepada adunan yang diletakkan telur. Disebabkan itulah ianya digelar sebagai bahan pengikat.

Tanpa telur, adunan cookies anda akan menjadi sangat rapuh dan tidak lembab. Malah ianya akan menghasilkan tekstur yang keras. Dengan kehadiran telur, tekstur cookies lebih lembab dan lembut sekali gus menaikkan selera keluarga anda.

Sama juga seperti adunan kek, yang mana ianya lebih cair berbanding cookies,telur akan digunakan untuk menguatkan struktur adunan ketika dimasak sekaligus wujudkan tekstur yg basah dan lembut.

Telur Berfungsi Sebagai Pengikat Rasa dan warna
Dalam kebanyakan orang, telur kuning merupakan satu makanan yang digilai ramai oleh kerana rasa dan teksturnya yang sangat unik. Apabila telur kuning dicampurkan kedalam adunan anda, ianya akan memberi rasa yang lebih menyengat sekaligus memberikan warna yang menarik kepada adunan. Siapa tidak suka kepada warna diraja.Betu ke tak betul?

Telur Sebagai ejen penaik
Dalam fikiran kita selalu teringatkan baking pawder dan soda bicarbonate kalau bab-bab ejen penaik ni. Sebenarnya, putih telur juga berfungsi menaikkan adunan pastry, cookies atau kek anda. Telur akan memerangkap udara yang dan menyebabkan adunan cantik dengan gebunya.

Telur Sebagai Ejen kekayaan dan kemewahan
Rasa yang diberikan oleh telur kuning sememangnya tiada tandingan. Rasa yang penuh kemewahan membuatkan kita nak lagi dan lagi. Malah rupanya dan warnanya juga penuh dengan ciri-ciri yang elegen.

Telur Sebagai Kemasan kecantikan
Selalu tak anda Nampak chef-chef akan menyapukan telur ke atas pastry yang mereka hasilkan? Okey kenapa perlunya telur dilapisan atas pastry anda? Ianya bertujuan untuk mencantikkan dan mengilatkan permukaan pastry anda selepas dibakar. Rupa yang cantic pada pastry akan menaikkan selera pembeli atau si pemakan.

Okey cukuplah perkongsian ringkas pada hari ini mengenai fungsi-fungsi telur di dalam baking ini. Sampai ketemu lagi ya.Bai.

Suka telur dadar, nasi putih dan kuah tomyam:)
Cik Matahariku

Post a Comment

2 Comments

  1. syukurlah telur dah turun 3 sen.. dpt la buat telur dadar lebih sikit. hehehehe...

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!