As Salam,
Syukur.Hari ketiga ber PKPB dan bekerja dari rumah.Saya mendoakan kepada kalangan readers blog ini yang mungkin hilang pekerjaan atau dihimpit pelbagai masalah akibat pandemik Virus Corona ini, semoga terus tabah, sabar dan sentiasa positif dengan apa yang sedang dilalui.
Kita tidak tahu manakah yang baik untuk hidup kita sekarang ini.Apakah dengan ada pekerjaan itu baik untuk kita atau hilang pekerjaan itu lebih baik.Allah sebaik-baik pengatur.Sabar kita bukan bermakna berserah segalanya kepada ketentuan takdir tetapi sabar dengan berusaha mengubah nasib.
InshaAllah.Allah sedang menyediakan yang terbaik untuk hidup kita selepas ini.Banyakkan doa dan istighfar.Allah sentiasa dekat dan Allah itu ada untuk kita luahkan segalanya.
Ada Apa di Dapur Cik Matahariku ?
Yup! kali ini saya nak kongsi hal yang belum pernah saya kongsi dengan readers blog ini.Sebenarnya saya sedang cari mood berblog yang sudah ke laut dalam.Macam berhantu jugak blog ni.Kalau kita dah tinggalkan lama, nak mula balik memang ambik masa.Wei, korang rindu tak nak tahu perkembangan tauke blog ni.huhu.Makin kembang setaman tu sudah pasti.Tak tahu nak salahkan siapa atau apa dengan perkembangan pesat ini.haha.Nampak nau tak mengaku salah sendiri.isk.
Orait, walaupun saya orang rumah kepada Encik Suami, sejak awal perkahwinan lagi Encik Suamilah yang banyak uruskan barang-barang dapur termasuk pi pasar dan beli lauk bagai.Saya tukang masak dan kadang-kadang pembantu tukang masak.kiki.
Cuma sejak 5-6 tahun latelay, saya mula ikut suami pi pasar.Sama-sama pilih bawang, ikan, sayur di pasar bersama Encik Suami.Yup, mungkin bila anak semakin besar, dah boleh tinggal di rumah, maka saya fikir apa salahnya saya ikut suami pergi pasar sekali- sambil tu boleh ajak dia breakfast dulu sebelum pi pasar kan.muehehhe.Nampak tak "permainan" saya kat situ.
Saya sebenarnya tukang masak yang sangat simple.Saya banyak belajar memasak dari Encik Suami.Jadi kebanyakan masakan saya di rumah, asalnya adalah kegemaran suami, yang akhirnya menjadi kegemaran saya dan anak-anak.
Jadi, bahan masakan saya di rumah tidaklah terlalu banyak dan pelbagai seperti korang.Sungguh ni.Kat dapur saya takde daun parsli, minyak zaitun, ikan salamon atau kicap cair dan kicap pekat.Saya belasah semua pakai kicap cap Jalen je.kiki.
Orait, macam saya bagitahu awal tadi.Jangan harap saya akan kongsi bahan masakan di dapur saya yang pelbagai atau aneh-aneh.Ada lagi juga yang saya tak snap pic .Antaranya bahan-bahan kering yang biasa guna tapi tidak kerap.Contohnya macam ketumbar, asam keping, kayu manis n the gang, daun pandan, daun sup, soohoon, kentang, santan kotak, asam jawa.Eh, banyak lagi rupanya.Okey, yang itu edisi bahan dapur kering pulak ya.
Baik.Nampaknya diam tak diam saya dah berjaya buat satu post baru kat blog ni.Syukur.Korang mesti excited kan.Maklumlah cikgu sorang ni jarang sikit nak share benda-benda ekslusif camni.Ekslusif sangat kan.Macamlah dia tu Erra Fazira atau Neelofa.Yang orang sibuk nak ambik tau sangat kan.hehe.baik.Bagi chance plss.
Dah.Lain kali doakan saya betul-betul rajin update blog.Bukan apa.Tak update pun, income masyuk tiap bulan.hiks.Yelah.Kalau rajin update, entah entah income masyuk tiap minggu kan.Doakan beb.Semoga saya murah rezeki dan barokah rezekinya.aamin.
Sampai jumpa lagi.aamin.
2 Comments
sama la bawang merah tak suka yg besar sgt.. suka bawang merah rose. blend siap dengan bawang putih then simpan. cili blend tu wajib ada
ReplyDeleteBaru tahu stail simpan serai macam tu. Thanks share. Nanti nak bagitau Mak. Yelah sebab duduk rumah dia, dapur tu dia la bos. Haha. Kalau rumah saya ada barang pelik macam sos atau rempah, itu saya or adik saya. Mak saya stail klasik macam akak. Ada yang basic je cukup
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!