Assalamualaikum,
Cara Mudah Buat Sambal Hijo Dengan Lobak Asin Yang Sedap dan Jimat Kos- Wah. Lama jugak saya tak share resepi masak-masak saya kat rumah kan. Saya masak je setiap hari.Tapi tulah.Kadang mood tak berapa rajin nak upload gambar dalam phone.Tahu-tahu menu yang kita masak dah selamat dalam perut anak beranak.
Sambal Hijo dengan Lobak Asin yang menguris perasaan.haha.Dapat makan dengan nasi panas dan telor mata dua ketoi memang puas hati kan.
Resepi Sambal Hijo Dengan Lobak Asin
Bahan-bahan Sambal Hijo
Cili hijau dua cawan ( dah buang tangkai )
Satu labu bawang Holland ( dihiris )
satu labu bawang besar ( dihiris )
5 ulas bawang merah dikisar
4 ulas bawang putih dikisar
satu gengam ikan bilis dikisar
satu cawan lobak asin ( dihiris )
Minyak masak 1 cawan
1 sudu makan paste asam jawa Abadi
Garam, gula dan serbuk perasa yang secukupnya
Cara Menyediakan Sambal Hijo Dengan Lobak Asin
Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar.Ini adalah tips yang menjadikan rasa sambal kita lebih sedap sebab kita goreng dahulu bawang besar ni.Cubalah buat, mesti korang akan dapati perbezaannya.Buat sambal nasi lemak pun saya buat camni.
langkah kedua, masukkan pula cili hijau dan bahan kisar yang lain.Masa ni saya biarkan je api sederhana sampai terbit minyak.Bagi cili masak dan air blend tadi kering.
Ini pula lobak asin dan bawang holland yang akan saya masukkan bila cili dah betul-betul masak sehingga terbit minyak. Lobak asin ni boleh juga kita gantikan dengan belimbing buluh, petai, dan terung pipit.
Air yang kita guna semasa kisar cili dan bahan lain tadi dah semakin berkurang.Minyak pula dah semakin terbit dari sambal hijo kita. Masa ni saya dah perasakan siap-siap dengan garam gula dan serbuk perasa serta paste asam jawa.
Warna sambal Hijo kita dah semakin gelap dan mendidih menunjukkan cili hampir masak.Masa ni dah boleh masukkan lobak asin dan bawang holland.
Alhamdulillah. Dah siap Sambal Hijo kita. Tengok pun kita tahu sambal ni akan tahan lama.Sambal hijo ni juga boleh dijadikan sebagai Ibu sambal.Nak buat masak nasi goreng, cicah lempeng atau roti jala, roti puri, jemput-jemput bilis dan banyak lagi.
Sambal Hijo Boleh Buat Jadi Ibu Sambal kesukaan ramai
Saya juga biasa buat sambal hijo tanpa lobak asin kalau nak buat masak dengan lauk lain seperti udang sambal hijo atau ganti dengan sotong, ayam, paru atau sambal hijao telur pecah.Ahh..pendek kata banyak kegunaan Sambal hijo ni kan.kalau sesiapa yang ada plan nak buat berniaga pun boleh.Boleh ikut panduan di link ini :Panduan Cara berniaga dengan menjual Ibu Sambal. Ramai peniaga yang berniaga dari rumah buat ribuan ringgit sebulan dengan hanya menjual Ibu Sambal seperti ini.Manalah tahu ada rezeki korang pulak kann.
Suka Masakan Pedass, Kalau tak pedas belum cukup jawanese.haha.
Cik Matahariku
8 Comments
Kena try buat ni. Selalu goreng je dengan ikan bilis bawang cili lobak masin tu. Next time boleh buat sambal ijo pulak. Lobak masin memang sentiasa ada je dalam fridge tu.
ReplyDeleteya, kena cuba sis.Saya kahwin dengan suami baru kenal sambal ni.haha. kadang anak-anak panggil ni sambal ayah.untunglah ayah depa kann walaupun omak eii yang tukang masak..sebab dulu ayah yg rajin buat sambal ni..
DeleteSedap ni. Makin pedas makin sedap. Makan dengan nasi putih boleh menambah-nambah. 😄
ReplyDeletebetull sangat kann. Menu yang simple tapi bahaya..haha..
Deleteini kalau makan dengan lempeng ni sedap ni....
ReplyDeleteyup, setuju.kena pulak lempeng lembut bila makan, lajuu je nambah..
DeleteWahhh menariknyaaa resepii nii, boleh cuba nanti. Makanan favourite sayaa nii. Dulu arwah ayah selalu masak jugakkk. Haii sis. Salam kenal. Selamat harii rayaaa. Saya singgah dan follow sini ya, Jemput singgah blog saya juga. Hehehe
ReplyDeletesalam perkenalan:) terima kasih singgah sini.Nanti ai dtg blog u ya..
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!