Menu Raya Haji Yang Simple Tapi Sedap Family Cik Matahariku

 Assalamualaikum,

Salam Aidil Adha semua readersku :)

Cikgu-cikgu dan budak sekolah dapat cuti extra sehari lepas raya haji.Wow.seronok extra walaupun si bapak dah mula bekerja.Jadi saya ambik mood cuti dengan buat blog walaupun ada selambak kertas peksa yang den kena tando.Bagi den mood cuti dulu yo.haha.

Post kali ini just nak share menu apa yang saya masak time raya haji semalam. Saya sekeluarga hanya beraya di rumah sebab adik beradik datang ke rumah dan berkumpul raya di rumah saya.Memasing pun tak dapat balik kampung sebab cuti singkat.

Nasi himpit segera Nona.Memang tak pernah tukar jenama lain kalau bab nasi himpit ni.Suka dengan style nasi himpit mini ni sebab senang nak makan.Sesuai dengan geng yang bajet nak diet makan dua tiga ketoi, konon nampak sikit kann.haha.

Rendang Ayam setahun sekali.haha.Saya jarang sangat masak rendang kat rumah ni.Lebih suka ayam ungkep berbanding rendang.Tapi ini anak-anak request, kita masaklah untuk depa.Still campak cili padi hijau sebab nak feel pedas2 walaupun hakikatnya tak pedas.

Sambal Goreng Jawa ni feveret saya sekeluarga.Wajibul ghunnah kalau time raya jumpa menu ni. Saya suka ratah atau makan dengan nasi himpit, kuah kacang dan ayam kicap sambal goreng ni.Tapi tulah kecewa sedikit.Tak buat menu Ayam kicap pulak raya kali ini.Macam tak lengkap jawanya.haha.

Kuah Lodeh.Ini versi saya. Kuah lodeh saya pun ada bahan rahsia tau.Bukan macam kuah lemak kuning biasa.Kita masak kuah lodeh versi jawa ni. Omak den yang ajar.Kuah lodeh ni tahan lama, sampai raya kedua saya boleh hangatkan lagi, makan dengan nasi himpit.Macam kita makan lontong. Lain kali saya kongsi kat sini ya resepinya :)

Yang ini Sambal kacang.Buat makan dengan nasi himpit boleh, buat makan macam lontong pon boleh.Resepi Sambal kacang ni saya ada share dalam blog.Boleh search dan taip sambal kacang sedap Cik Matahariku.ceh gituu.

Selain menu yang kat atas, kakak Ateh saya datang Ziarah dengan Munjong bawak satay ayam, rendang ayam kampung, dan jugak lemang.yeahh.Jumpa jugak lemang raya-raya ni.Tapi tak sempat tangkap gambao sebab memasing dah melantak dengan jayanya. Lepas tu, anak pompuan nombor 3 si Mia namanya, buat air cocktail.Sampai dua round dia kena buat.Sedap sangatlah tu.

Saya jugak ada sediakan karipap kentang dan popia carbonara yang digoreng panas-panas untuk tetamu.Lajuu jugak habisnya sampai tak sempat juga ambik gambo.Den pasrah je.Semuanya homemade je sebab anak-anak den semua pakat rajin menolong:) Ditambah dengan adik yang datang awai sebelum raya.Kami merewang buat karipap dan popia together-gather.

Alhamdulillah,

Syukur sangat ALLAH bagi ada family dan adik beradik dapat beraya bersama. Bak kata bijak pandai, syukuri dahulu apa yang kita ada, barulah ALLAH akan bagi yang lebih banyak lagi.Belajar bersyukur dan hargai apa yang kita ada, jika tak dapat buat begitu, macam mana ALLAH nak bagi yang kita takde kan.

Sampai jumpa lagi.

Salam Aidil Adha, Maaf lahir batin
Cik Matahariku

Post a Comment

1 Comments

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!