Rahsia Kuah Sambal Kacang Lebih Sedap, Warna Kemerahan dan Tahan lama Dengan Resepi Terbaik Ini.

Assalamualaikum,

Hi.Bestnya Raya Haji Tahun ni. Syukur dapat beraya bersama ahli keluarga walaupun tidaklah lengkap semua dapat berkumpul bersama. Korang buat apa je cuti raya haji baru-baru ni? Yelah, cuti pendek kan.Saya pula hanya  di rumah kerana menerima tetamu iaitu adik beradik yang datang berkumpul untuk beraya bersama.

Raya Haji kali ini saya sempat bertanyakan anak-anak akan menu raya yang depa inginkan.Alhamdulillah, sesungguhnya anak-anakku adalah anak-anak soleh solehah.Depa mintak yang mudah-mudah je.kihkih.Bapak budak-budak ni lagi soleh sebab dia ikut je kita nak masak apa.Bagi je list barang, dia pi belanja.Tapi instinct Ai dapat merasakan yang si bapak pon sebenarnya sama citarasa dengan anok-anok.haha. Cuma dia bajet tak kisah.hmmm.

Kali ini, saya pilih Menu Kuah Sambal Kacang untuk saya kongsikan resepinya memandangkan seingat saya, belum pernah lagi saya kongsi resepi sambal kacang yang sedap dalam blog.Banyak je saya baca komen-komen netizen yang tertanya-tanya camna nak buat kuah kacang yang sedap, warnanya merah cantik dan tahan lama. Meh saya kongsikan caranya :)

Gambar sambal kacang cantik dan sedap
Kuah Sambal Kacang Resepi Cik Matahariku, sedap dan secukup rasa lemak manis, masam.
Eh..ko lebih-lebih pulak ya.kihkih.

Kuah Sambal Kacang Lebih Sedap dan Tahan lama Dengan Gula Melaka Nise

Resepi Sambal Kacang Cik Matahariku
Bahan-bahan
Kacang tanah 300 gram lebih kurang / 2 cawan
serai 1 batang di kisar
bawang merah 4 ulas dikisar
bawang putih 4 dikisar
udang kering/ bilis dua sudu makan dikisar
halia 1/2 inci
lengkuas 1/2 inci
Cili kering blend 3 sudu makan
Bawang besar sebiji-dihiris/racik
Gula melaka nise 1 keping
Paste Asam Jawa Adabi 1 sudu makan
Garam, Gula dan serbuk perasa secukupnya.
Minyak untuk memasak Sambal kacang

sambal kacang warna merah dan sedap
Sambal kuah kacang yang cantik warnanya kemerahan sebab kita guna cili kering blend semasa menghasilkannya.Ada juga yang tak suka letak cili mungkin tak suka pedas.Tu yang warna kuah kacang dia jadi coklat biasa je.Family saya suka pedas, jadi haruslah letak cili kering blend.Tapi yang ini saya guna jenis cili kering tak pedas sebab nak raikan tetamu yang pelbagai citarasa:)

Cara Menyediakan Sambal Kacang Resepi Cik Matahariku
1. Goreng kacang tanah dengan minyak masak.
2. Blend kacang tanah bila sudah sejuk.Buat dua versi.Satu cawan blend halus, satu cawan lagi blend kasar. Kalau suka kuah kacang yang halus, blend halus semua ya.
3. Gunakan lebihan minyak kacang tanah tadi, panaskan.Pastikan letak minyak lebih sedikit bagi memastikan sambal kacang dapat tahan lebih lama.
4. Bila minyak dah panas, masukkan bawang besar yang dihiris terlebih dahulu.Goreng hingga naik bau, barulah masukkan bahan yang dikisar tadi.
5. Kacau semua bahan dengan hati yang riang ria sebab kita on the right track nak hasilkan sambal kacang yang paling sedap kat donia.kih.
6.Masukkan pula cili kering blend.Kacau hingga sebati.Time masak ni api sederhana sahaja ya ibuk-ibuk.
7.Masukkan dalam 1 cawan air masak.Kacau hingga sebati lagi.Masukkan pula kacang tanah blend tadi.Masukkan je semua yg halus dan yang kasar.
8.Masa ni kuah kacang akan memekat ya.Kadang kita nampak dia macam bergentel sebab kacang yang kita blend tadi.Boleh tambah lagi satu cawan air.Jangan takut kuah kacang korang jadi cair ya,Nanti by time dia akan memekat cantik sehingga terbit minyak. Kalau kita kacau masih rasa kacang yang berketul, boleh je tambah air lagi sampai kita rasa dia jadi ringan. kena rajin kacau ya sebab kacang tu akan cepat mudah berketul-ketul.
9.Masukkan pula paste asam jawa, kepingan gula nise, garam dan gula secukup rasa.
10.Biarkan sambal kacang kita mendidih, memekat dan terbit minyak dan warna kemerahan yang cantik, barulah tutup api.
11. Dah siap sambal kacang yang kita idam-idamkan selama ini.wuuhuu.

Kenapa Gula Melaka Nise Buat Sambal Kacang Lebih sedap?

Pada hemat saya, apa-apa pun sambal yang kita buat, mesti sekurang-kurangnya ada rasa lemak manis masin dan masam.Barulah ia dianggap sambal yang sedap dan secukup rasa.Kehadiran gula melaka nise sama ada dalam sambal kacang, rendang dan lain-lain masakan yang sesuai dapat menjadikan sambal kita lebih lemak. Macam sambal kacang ni, walaupun kita dah bubuh udang kering atau bilis dalam masakan, manis dari gula melaka nise lebih power rasanya.Insha ALLAH, Allah bagi sedap :)

gambar gula melaka nise ori kelate
Inilah rupa paras gula melaka nise bagi yang belum kenal. Ni saya beli original dari kelate tau. Memang ore sana buat.Kitonyo support barang local.haa gitu.

Orait, terima kasih korang baca sampai habis, Susah-susah je.hihi.Jangan lupa tinggalkan komen kalau dah cuba resepi ini ya.Harap dapat bagi sinar kegembiraan buat pencinta kuah kacang dan nasi himpit, peminat satay, peminat lontong johor atau peminat cucuq. Korang makan sambal kacang dengan apa lagi ? Cuba bagitahu kat komen :)

Peminat Lontong Johor dengan Kuah Sambal Kacang :)
Cik Matahariku


Post a Comment

4 Comments

  1. Cie masak kuah kacang juga tadi tapi yang instant je. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh..tak tahu pulak ada kuah kacang instant..sekarang ni macam2 kemudahan memasak ada kann..

      Delete
  2. Kalau juadah raya mesti ada kuah kacang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu WP, dapat makan dengan kuah lodeh dan nasi himpit pun sodap dahh..

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!