Rezeki Terima Payment Google Adsense di Blog Cik Matahariku

 Assalamualaikum,

Rezeki Terima Payment Adsense di Blog Cik Matahariku - Sebagai Blogger, antara kegembiraan puak-puak kite orang, pastilah bila dapat payment atau bayaran daripada pengiklanan Adsense yang kita pasang kat Blog. Kali ini giliran saya mendapat rezeki bila pihak Adsense akhirnya transfer direct ke akaun bank saya pada minggu lepas.

Header Blog paling lama saya guna iaitu sejak tahun 2016. Hampir 8 tahun saya setia dengan Header ni.Walhal den tak reti nak create Header hok baru.haha.Ada sesiapa nak belanja saya header baru tak ?
Resit yang kita terima apabila pihak Google Adsense buat payment kepada kita. 
Sapa nak bagi usd100 kat kita kan.hehehe.Alhamdulillah:)

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama atau kedua saya terima bayaran "gaji" seumpama ini.Kalau ikutkan sejak tahun 2015, saya sudah mula meraih pendapatan pasif dari blog ini.Masa tu, pelawat atau trafik ke Blog sehari cecah juta-juta ya.haha.tulah orang kata.Barang lepas jangan dikenang.

Bila lepas PKP, saya mulai perasan, yang aktiviti berblog semakin suram dan beberapa kali ke laut sepi.Tak dapat dinafikan, kesibukan dengan kerjaya hakiki dan juga mood menulis yang semakin merudum.Ramai juga Blogger yang dulunya aktif di blog, telah beralih arah ke media sosial yang lain seperti Instagram, FB dan paling popular sekarang ialah Tiktok.

Akhir-akhir ini sahaja, tak tahulah kenapa saya rajin pulak menulis.Kadang tu rasa rindu untuk menulis.Rindu nak share pengalaman atau apa yang kita rasa dalam blog.Tapi ada masa dah siap taip, cuma tak publish.haha. Mungkin orang kata, bila kita tulis tentang hati, kita cuma nak luah. Bila dah puas meluah, rasa tak patut pulak share kat public.Gitulah ceritanya.

Berapa Bayaran Adsense Yang Blogger Terima setiap Bulan ?

Apa yang saya pernah dengar, ramai je kalangan Blogger yang menjana pendapatan berblog sehingga 4 atau 5 angka sebulan. Itu belum lagi kalau dapat job buat review atau sponsored post.Lagilah masyuk. Saya sendiri, biasanya menjelang bulan Ramadan hingga Raya, trafik harian sangatlah tinggi sehingga pernah mendapat payment sehingga empat angka.

Jadi kepada mana-mana Blogger yang ingin menjana pendapatan dengan berblog, satu je tips yang saya nak kongsikan- Tak semestinya kena update blog setiap hari, tapi jaga content kamu sebab bagi seorang Blogger, CONTENT IS KING-

Menulis selagi mampu,
Cik Matahariku

Post a Comment

7 Comments

  1. Tahniah! Semoa terus bertambah rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih.aamin utk doanya :)

      Delete
  2. alhamdulillah.. rezeki..
    sy baru dpt usd 16.. jenuh la nak tunggu usd 100.. hahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaALLAH, teruskan menulis.Saya pun dulu bermula dengan angka yang sama macam awk.Rezeki masa depan kita tak tahu kann..

      Delete
  3. saya masih blogger picisan yg sedang menunggu hari terima bayaran GA haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kata gitu, selagi kita kongsi hal baik dalam blog, InshaALLAH ada bahagian kita kat situ.Teruskan menulis:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!