As Salam,
Challenge Road To 50 Million Views Blog Cik Matahariku Accepted :)- Alhamdulillah.Allah Sebaik-sebaik Pengatur.Allah Sebaik-baik Tempat pergantungan Segala Harapan.aamin. Syukur tidak terhingga.Allah beri kemudahan kepada saya dan pembaca blog ini sehingga akhirnya blog ini berjaya mencapai bilangan Views yang ke-50 juta.
Seingat saya, saya perasan views ini mencecah angka 50 juta views sekitar minggu lepas atau beberapa hari lepas.Masa tu tengah sibuk siapkan worksheet dan Quiz untuk anak-anak murid sebagai memenuhi keperluan pembelajaran dan pengajaran secara maya.
Challenge Road To 50 Million Views Blog Cik Matahariku Accepted :)-
Pageviews blog capai 50 million sekitar dua minggu sebelum masuk Bulan Ramadan
Pageviews Blog yang terkini semasa saya menaip post ini- Alhamdulillah.
Challenge Road To 50 Million Views Blog Cik Matahariku Accepted :)-
Orait, kembali kita story mory dengan pageviews blog ini yang ke 50 juta.Macamlah banyak sangat views dia kan.ahaks.Tambah tolak dengan usia blog nak masuk tahun ke-10, dengan entri yang bilangannya agak suam-suam kuku, saya menerima khabar gembira ini sebagai salah satu kemajuan saya dalam berblog.
Dengan pencapaian ini, seharusnya saya tak lupa pada seseorang yang menjadi tulang belakang saya, sehingga saya dapat mencuri masa di rumah dengan berblog.huhu.Walaupun kebiasaannya saya hanya berblog apabila semua urusan rumahtangga selesai. Saya sangat terhutang budi dan bersyukur sebab Encik Suami sangat supporting dan sporting dalam "menolong" saya berblog.haha.
Someone yang saya anggap adalah Best Friend Forever dalam hidup saya.Dialah suami saya.Dalam pada dia selalu kritik atau memuji masakan saya, saya banyak belajar tentang dunia masakan daripada dia. Jika anda sering mengikuti posting di blog ini, hampir 80 peratus hal yang saya kongsikan ialah berkaitan resepi masakan saya di rumah.
Jadi, sempena pageviews blog ini mencapai 50 Million, saya ingin kongsikan antara entri atau post resepi yang diterbitkan oleh blog ini yang mencapai bilangan melebihi 500 ribu views (500k).Jomm.kita tengok.
Post Resepi Masakan Di Blog Cik Matahariku Dengan Views Melebihi 500 ribu views :
- Tips Buat Kek Coklat Kukus Yang Moist Dan Mudah (Klik tajuk post untuk lihat resepi )
3. Cara Buat Topping Yang Betul Dan Sedap (Klik tajuk post untuk lihat resepi )
4. Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan (Klik tajuk post untuk lihat resepi )
4. Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan (Klik tajuk post untuk lihat resepi )
5. Cara Bergambar Buat Karipap Rangup Dengan Inti Kentang Homemade Yang Sedap (Klik tajuk post untuk lihat resepi )
6. Cara Buat Cup Cake Coklat Moist (Klik tajuk post untuk lihat resepi )
7.Resepi Kek Minyak Kukus Moist Dengan Sukatan Cawan(Klik tajuk post untuk
lihat resepi )
8.Petua Mudah Buat Bihun Goreng Yang Sedap (Klik tajuk post untuk lihat resepi )
10. Petua Mudah Buat Karipap Rangup (Klik tajuk post untuk lihat resepi )
6. Cara Buat Cup Cake Coklat Moist (Klik tajuk post untuk lihat resepi )
7.Resepi Kek Minyak Kukus Moist Dengan Sukatan Cawan(Klik tajuk post untuk
lihat resepi )
10. Petua Mudah Buat Karipap Rangup (Klik tajuk post untuk lihat resepi )
Alhamdulillah.Mana-mana blogger pun pasti ada Popular post mereka sendiri kan? Bagi saya, dengan merujuk kepada post popular kita, ia boleh guide kita untuk buat follow up entri yang lebih baik atau entri sokongan supaya pelawat atau readers berada lebih lama di blog kita.
Hal ini akan memberikan gambaran baik kepada google crawl atau Google search.Maknanya kita dapat jaga bounce rate blog supaya sentiasa berada dalam 30 percent- 70 percent.Bounce rate blog ini mengukur kadar masa berapa lama readers berada diblog kita.Kalau pelawat datang dan pergi, ia akan membuatkan bounce rate blog meningkat dengan banyak.Yang bagusnya ialah apabila bounce rate rendah.Bounce rate rendah menunjukkan pelawat berada lama di blog kita:).
Terima kasih menjadi sebahagian daripada kejayaan blog ini:) Doakan kesungguhan saya dalam mengemaskini dan mengupdate blog dengan lebih gigih.
Salam Ramadan ke-7:) Semoga terus ikhlas dan istiqamah.aamin.

15 Comments
Tahniah...banyak la entrinya...saya tak berapa banyak sangat...bila ada masa terluang yang banyak saja..
ReplyDeleteterima kasih sis, sebenarnya tak banyak mana juga entri dlm blog ini.Malah yg saya publish belum sampai 1000 entri pun lagi.Alhamdulillah.Allah buka jalan dan mudahkan sy dlm berblog:)
Deletetimm mmg suka ikut resipi blog akak sebab semua menjadi!
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih timm:)
Deletewow (@o@)
ReplyDeleteTahniah
ReplyDeleteBlogger terhebat
alhamdulillah:)
DeleteTahniah Cikgu utk 50 juta views..blog hebat ni =)
ReplyDeletealhamdulillah:)
Deletetahniah cik matahariku. banyaknya resepi yang menarik. bolehlah saya refer sini untuk lain-lain resepi
ReplyDeletealhamdulillah. silalah cuba resepi dalam blog ini, kebanyakan resepi yang dikongsi dlm blog ini adalah resepi yang sudah diuji kemenjadiannya dan inshAllah, sedap:)
Deletesayalah tu antara penyumbang.. hahha
ReplyDeleteharitu buat roti bun sosej ikut dari resepi dlm blog ni...jadi..cuma bentuk tu fail la.. hehe
tahniah! semoga terus sukses berblogging ya..hehe
alhamdulillah, terima kasih cuba resepi di blog ini:)
Deleteamazing!!! Kenapa ray baru jumpe blog ni skrg sobs
ReplyDeletealhamdulillah, bolehlah kita sama-sama belajar ya:)
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!