Breaking

Sunday, June 13, 2021

Tips Mudah Buat Burger Malaysia Viral Sukatan Cawan Yang lembut Gebus, Sedap dan Menjadi

 As Salam,

Dengan Bismillah,

Resepi Burger Malaysia Viral @ Pau Sambal Sukatan Cawan Yang lembut, Sedap dan Gebus-Mungkin ramai yang mencari resepi Burger Malaysia Viral dengan sukatan cawan kan.Orang lain saya tak tahu, tapi saya memang sejak dulu suka mencuba resepi jika dibuat dengan sukatan cawan.Sebabnya dah tu je yang saya reti.haha.


resepi burger malaysia yang mudah dan sedap
Burger Malaysia yang memang menjadi kegemaran kami sekeluarga:) tips nak bagi pau burger ni lembut dan gebus ada saya kongsikan kat cara menyediakan di bawah. Baca sampai habis tau:)

gambar burger malaysia yang canitk dan sedap
Burger Malaysia yang sedap mestilah mempunyai pau atau roti yang lembut, gebus, tidak kering.Inti sambalnya juga harus lebih sesuai dengan saiz pau atau burger.Sementara daun salad, timun, telur rebus atau ikan bilis goreng adalah pilihan mengikut kesukaan masing-masing.

Beberapa hari ini saya perasan ramai yang share kat FB stories, grup masakan dan juga Instagram akan keenakan Burger Malaysia ni.Kalau ikut saya yang "budak kampungan ini" (walaupun sebenarnya dah pangkat mak budak ) saya lebih kenal kuih ni sebagi pau sambal sahaja.Tapi tulah, ada juga yang kenal kuih ni dengan panggilan Burger Malaysia, jadi kita raikan semua orang mengikut kesukaan masing-masing kan.


Ada beberapa kali saya share resepi dan cara saya buat Burger Malaysia ni dalam Blog, cuma kali ini saya update post dengan refresh namanya kepada Resepi Burger Malaysia.Kalau nak tengok post-post saya yang sebelum ini boleh cari kat "search box" dengan nama Pau sambal. Boleh tengok sini entri terdahulu saya tentang step by step buat Pau Sambal Gebus dan Sedap @ Burger Malaysia sedap dan gebus.


1.Cara Mudah buat pau sambal ( step by step)

2.Resepi pau sambal yang gebus dan sedap

3.Petua mudah buat pau sambal yang lembut dan gebus.


Jom, kita tengok resepi Burger Malaysia Viral Sukatan Cawan Yang lembut Gebus, Sedap dan Menjadi dengan menggunakan sukatan cawan.Yeahh.


bahan buat burger malaysia yang sedap
Sebelum kita nak hiris burger Malaysia ni, kena pastikan pau dia ni kena benar-benar sejuk.Kalau tidak, hirisan di bahagian tengah tak cantik dan tidak kemas.Presentation nak bagi suami dan anak-anak makan kenalah ala-ala restoran kann.muehee.


Resepi Mudah  Burger Malaysia Viral @ Pau Sambal Sukatan Cawan Yang lembut, Sedap dan Gebus

Sumber Resepi : Cik Matahariku

Bahan-Bahan Untuk Doh ( dapat 18-20 pcs)

5 cawan tepung gandum

2 sudu besar buttercup/ marjerin/planta

3 sudu besar gula halus

1 biji telur ( tak letak pun boleh jika alergik telur )

1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan Untuk Yis ( Kembangkan yis)

1 paket instant yeast 11g

2 sudu makan gula halus

2 sudu makan susu pekat/ susu cair

1 cawan air suam

Cara Menyediakan Kuih Burger Malaysia yang sangat sedap dan lembut gebus


1. Sediakan bahan-bahan untuk kembangkan yis.Campurkan semua bahan dan biarkan sehingga yis berbuih.Jika Yis tidak berbuih ia menunjukkan yis sudah tidak elok digunakan atau sudah expired.


2. Dalam bowl lain, masukkan tepung gandum dan bahan-bahan untuk buat doh.


3. Selepas yis dah kembang atau berbuih, masukkan larutan tersebut sedikit demi sedikit ke dalam tepung.Uli tepung hingga sebati.Saya guna mixer untuk uli doh supaya lebih cepat lembut dan gebu.


4. Apabila doh sudah lembut dan elastik, biarkan sehingga 40-45 minit atau sehingga doh mengembang dua kali ganda. Balut bowl doh dengan plastik wrap atau penutup yang sesuai. Jangan pula biarkan doh mengembang melebihi masa, ia akan menjadi lembik dan menyerap minyak apabila digoreng.


5. Selepas doh mengembang dua kali ganda, boleh bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang dikehendaki.


6. Biarkan doh yang sudah dibulat-bulatkan tadi mengembang sekali lagi dalam sekitar 20-30 minit.


7.Kemudian, panaskan minyak dengan sukatan agak banyak supaya doh Burger Malaysia kita dapat digoreng dengan cantik.Gunakan api perlahan supaya isi dalam masak elok.


Cara Menyediakan Sambal Bilis Untuk Inti Burger Malaysia.

Bahan-Bahan kisar/ tumbuk

2 cawan cili kering blend ( 15-20 tangkai cili kering )

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

setengah gengam ikan bilis

1 sudu teh paste asam jawa abadi / perahan air asam jawa

1 labu bawang besar dihiris

setengah cawan air suam/ air masak

minyak yang secukupnya

Bahan Untuk Hiasan : Timun, Daun Salad. telur rebus, ikan bilis goreng.


Burger Malaysia lebih sedap kalau dapat roti burger yang jenis lembut tapi padat berisi dan sedikit lemak manis.Resepi yang saya kongsi ini akan dapat roti burger seperti yang saya maksudkan, InshaAllah :)

Penyediaan Sambal Tumis (Inti Burger Malaysia )


Mula-mula, panaskan minyak.Masukkan hirisan bawang besar.Biarkan sehingga naik bau.Masukkan bahan yang dikisar dan kacau hingga sebati. Masukkan air masak atau air suam. Perasakan dengan garam, gula dan paste asam jawa adabi atau perahan air asam jawa.Kacau lagi sehingga sebati.Perlahankan api dan biarkan sambal hingga terbit minyak barulah tutup api


Langkah Demi Langkah bergambar Cara Buat Burger Malaysia Yang Sedap Dan Gebus

Orait, gambar pertama ini menunjukkan campuran bahan seperti tepung gandum, butter, telur, gula dan secubit garam.Gaul sampai jadi macam kat bawah.

Gambar kedua ni menunjukkan campuran tepung dan bahan-bahan yang kita dah gaul sebati.


Ini pula penyediaan yis.Yis kita biarkan sehingga berbuih seperi dalam gambar supaya burger kita boleh mengembang dengan baik dan menjadi gebus.


Gambar ini pula menunjukkan hasil campuran bahan dengan tepung tadi dengan campuran yis yang sudah berbuih.kita uli sehinnga lembut seperti ini.uli sehingga tepung tidak melekat di tangan ya.


Gambar ni pulak menunjukkan yang doh kita dah berjaya mengembang dengan jayanya. Masa ni confident level kita sure dah 80 percent sebab kita tahu InshaAllah, roti burger kita ni bakal menjadi dengan hebat sekali.ceh gitu.



bentukkan bulat doh tadi ikut saiz yang kita suka.kalau saiz camni, dapatlah dalam 18-20 biji.Kalau suka lagi comel-comel, bentukkan saiz lebih kecil lagi.Masa ni pau belum mengembang sangat ya.


Bila pau atau doh roti burger tu dah mengembang, barulah kita goreng dengan minyak yang agak banyak tapi dengan api kecil sahaja.Tujuannya supaya isi dalam burger ni masak elok.


bahan-bahan buat burger malaysia
Ini pula antara bahan hiasan dan juga sambal tumis yang saya dah siapkan untuk dimasukkan dalam kepingan burger Malaysia kita.Burger tu pulak, kalau korang nak senang, gunakan gunting di dapur untuk hiris bahagian tengah roti tu.Kadang kalau dapat pisau yang tak berapa nak tajam, herot-merot jadinya hirisan burger kita. 

resepi burger malaysia untuk jualan
Alhamdulillah.Dah siap.Bolehlah kita makan dengan happy sebab buat Burger Malaysia ni sangat mudah dan cepat, sedap dan nikmat.Yang penting kita tahu cara dan teknik buat roti burger yang lembut dan gebus.

burger malaysia paling sedap cik matahariku
Jomlah makan, kalau tengok gambar memang tak boleh kenyang tau..hehe.Selamat mencuba ya!

Tips Supaya Burger Malaysia jadi Lembut, Gebus dan Menjadi Sedap

1. Pastikan guna yis yang elok dan berkualiti supaya proses pengembangan doh roti menjadi cepat, mudah dan berkesan.

2. Semasa proses pengembangan doh, pastikan doh kita mengembang sehingga dua kali ganda.Doh juga hendaklah diuli sehingga benar-benar lembut.Jika ada stand mixer, boleh gunakan mixer untuk menguli.

3.Selepas proses membentuk saiz doh, biarkan doh mengembang sekali lagi.Jangan terus goreng doh tersebut.Bagi doh rehat sebentar selepas kita bentukkan dia saiz bulat tu.

4.Bagi pastikan isi dalam burger masak elok, goreng dengan minyak banyak tapi gunakan api perlahan sahaja.Boleh balik-balikan roti burger yang digoreng supaya dapat warna keemasan yang sekata.

5. Roti burger yang sedap haruslah padat tapi lembut bukan yang jenis kering.Nak dapatkan roti burger yang padat tapi lembut, bermula dari proses menguli doh.Uli dengan perlahan dan lembut, jangan "paksa" doh untuk cepat sebati.Jika guna mixer, boleh guna pilihan slow speed.

Tips yang saya kongsikan ini jika korang menggunakan tepung gandum biasa untuk buat doh.Jika resepi yang korang ikut guna tepung roti atau tepung superfine, mungkin tidak berkaitan dengan tips ini.

Okies, selamat mencuba sehingga berjaya ya!



No comments:

Post a Comment

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!

Post Top Ad

Your Ad Spot