Throwback 10 Tahun : 10 Post Paling Popular Di Blog Cik Matahariku

Dengan Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Throwback 10 Tahun : 10 Post Paling Popular Di Blog Cik Matahariku- Sekitar tahun 2014-2015, Blog ini mempunyai bilangan post yang boleh dibanggakan.Sepuluh tahun lalu, dalam tempoh usia blog masih muda, saya pula sangat bersemangat menjana pendapatan pasif dengan berblog, maka terhasillah banyak entri yang evergreen sehingga telah mendapat jutaan dan puluhan ribu views.Bukanlah saya nak berbangga sangat dengan post yang dihasilkan, namun manfaat yang dapat saya kongsikan kepada pembaca itulah yang ingin saya teruskan dan luaskan lagi.InshaAllah:)

Kek coklat kukus moist antara entri yang saya terbitkan yang paling banyak mendapat komen dan kunjungan pembaca. Paling menyeronokkan apabila, ada kalangan komen pembaca yang beritahu dia buat jualan kek coklat kukus dengan menggunakan resepi yang saya kongsikan ini. Alhamdulillah.

Mari kita throwback 10 tahun lepas, apakah entri popular di Blog ini yang berjaya mengundang trafik yang banyak. Kalau anda ingin baca post yang telah saya publish ini, boleh klik sahaja link yang saya kongsikan :)

Kek Minyak kukus moist dengan resepi sukatan cawan.Sekitar tahun 2014-2017, resepi sukatan cawan memang menjadi pilihan ramai suri rumah kerana lebih praktikal berbanding menggunakan sukatan gram. Lebih-lebih lagi, mak-mak ni biasanya kalau bab masak-masak ni selagi ada cara yang paling mudah, selagi itulah depa akan ikut.haha.

Tips menyediakan Ikan Patin Tempoyak juga mendapat views tinggi di blog ini memandangkan bukan senang nak dapat resepi original masakan patin tempoyak. Tambah lagi, menu rare yang popular ni bukan semua orang boleh buat sesedap seperti mana yang ada di tempat asalnya.Bila saya kongsikan resepi dan cara masak Ikan Patin Tempoyak ni, ia ibarat orang mengantuk disorongkan bantal:)

10 Post Popular di Blog Cik Matahariku pada 10 Tahun Lepas

Kalau sesiapa yang masih ingat, ada satu masa dulu viral depa buat kek pisang, mesti deco atas kek pisang tu ada potongan pisang macam yang saya buat kat gambar tu.Kira masa ni saya terjebak dengan kek pisang viral lah kot.hehe.

kuih seri muka pandan-antara resepi yang turut mendapat perhatian pembaca Blog kerana dalam post ini saya kongsikan cara buat kuih seri muka dan tips supaya kuih seri muka yang kita buat itu menjadi.

Ini pula kek seri muka durian.Inilah contoh yang sebut sebagai tips untuk tarik engagement pembaca stay lama kat blog kita.Dari tips buat kuih seri muka pandan, kita tunjukkan juga cara buat kuih seri muka durian,Resepi hampir sama, cuma tukar versi durian sahaja.

Burger Malaysia atau Pau Sambal ni antara kuih kegemaran saya. Jadi, bila kita suka pau sambal, kita akan cuba buat pau sambal yang paling sedap.Resepi yang kita kongsi juga pastilah resepi yang menjadi atau anti-gagal.

Selain kongsi resepi, cara membuat kuih muih, kita kena pastikan juga gambar yang kita tunjukkan dalam blog mestilah gambar yang cantik, yang bila pembaca tengok, dia pun teringin nak buat kuih yang sama.Bila gambar makanan, yang harus kita tunjukkan ialah perasaan sedap pada makanan yang dilihat oleh pembaca.

Alhamdulillah, walaupun post-post tersebut telah berusia 10 tahun sejak ia diterbitkan, saya bersyukur kerana ia masih dikunjungi oleh pelbagai kalangan pembaca blog. Apa yang istimewanya dengan resepi atau makanan yang saya kongsikan ini ialah semua resepi atau kuih muih yang saya publish dalam blog adalah hasil cubaan dan air tangan saya sendiri.

Dengan kelebihan ini, saya boleh kongsikan dengan pembaca, pengalaman sebenar menyediakan kuih tersebut dan dapat membantu segala persoalan pembaca yang berkaitan dengan resepi yang dikongsikan.

Tips kepada Blogger Masakan atau Food Blogger
Saya masih ingat, salah seorang Blogger Otai pada masa awal penglibatan saya dalam Blog, beliau ada kongsikan nasihat bahawa pentingnya menulis entri yang ada nilai evergreen atau entri yang tidak bermusim. Sepanjang masa pembaca akan mencari maklumat tentang hal tersebut. Kerana itulah, saya memilih berkongsi resepi kuih dan masakan dalam blog sebagai pilihan entri evergreen saya.

Satu lagi tips kepada penulis Food Blogger, buat satu entri masakan, dan pastikan kembangkan dia menjadi dua atau tiga entri yang saling berkaitan. Misalnya saya pernah post tentang Cara buat donut yang gebu, entri kedua saya boleh tunjukkan pula cara buat donut kentang.Selepas itu, dengan resepi yang sama, boleh buat pau sambal atau pau kukus. Semuanya boleh guna doh atau adunan yang sama. Tips ini akan membantu engagement pembaca di blog kita.InshaAllah.

Pilih Tajuk Entri Yang Mudah Pikat Pembaca
Ini pula satu lagi langkah strategik bagi memastikan pembaca akan klik post atau entri yang kita kongsikan di media sosial. Jika korang perasan, antara tajuk yang banyak saya gunakan dalam resepi atau masakan saya ialah keywords seperti : Cara Mudah, Cara Sebenar, Petua Mudah dan banyak lagi.

Apapun matlamat kita menulis dalam blog, jangan lupa niat asal kita iaitu memberi info yang tepat, bermanfaat dan boleh beri nilai tambah kepada pembaca blog kita.

Saya mendoakan semua readers Blog Cik Matahariku sentiasa dipandu memilih jalan yang benar, sentiasa berpeluang dan beringat untuk bersyukur meski kepada hal-hal kecil dalam hidup kalian:)

Cik Matahariku- lambat atau cepat, usaha yang kecil akan menunjukkan pentingnya ia walaupun dilakukan secara senyap dan perlahan.

Post a Comment

0 Comments