Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah Dengan Tema Princess And Fairy Tales

Dengan Bismillah,
As Salam dan Salam Sejahtera,
Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah Dengan Tema Princess And Fairy Tales-Saya mengajar di sekolah Convent yang memang sah-sah semua studentnya perempuan.Jadi tema Princess untuk depa sempena Hari Kanak-Kanak tahun ni memang sesuai sangatlah kann.


Memang melaram habis budak-budak kemetot ni tau..geram rasa!

Bukan main seronok depa nih.Sekali sekala pi sekolah dapat pakai baju macam tuan puteri yang dalam cerita-cerita yang selalu depa tengok kat Tv atau channel Youtube tu.

Sebenarnya malas nak taip panjang-panjang sebab hari sambutan ni bukan cikgu-cikgunya yang glamour, tapi budak-budak kemetot ni.Geram tau!Rasa nak timang tinggi-tinggi semua sebab comel-comel bila tengok depa melaram dengan baju ala-ala princess.

Bila tema Fairy Tales, ada jugak yang melaram dengan baju serba hitam, topi tinggi yang kalah topi chef.haha.Orait, tengok gambar jelah ya!

Sambut Hari Kanak-Kanak Di Sekolah Dengan Tema Princess And Fairy Tales

Pemenang-pemenang bagi pakaian mengikut tema
untuk tahap 1 iaitu tahun 1, 2 dan 3

Yang ni pulak pemenang pakaian mengikut tema tahap 2
( barisan belakang) termasuk cikgu-cikgu sekali

Persembahan murid-murid tahun 1, memang best.
Pandai betul depa ni berlakon beb!

Guru Besar pun join ikut tema, sangat sporting GB kami ni..
berucap siap pakai topeng mata lagi..

Antara murid dan guru dengan tema princess dan Fairy Tales

Abang Clown dengan geng baju hitam..hihi..

Budak ni memang comel..Erika namanya..

Cikgu-Cikgu yang owesome..

Inilah cikgu-cikgu sekolah saya yang memang best dan sporting
thumbs up to all of you:)

Dengan batang penyapu siap bagai tu..
Cikgu pasrah dan biasa-biasa je..kihkih..

Cikgu Blogger n the Gengs..:)

Orait, harap perkongsian ini dapat bantu readers blog saya yang sedang cari maklumat dan info untuk tema Princess and Fairy Tales sempena sambutan hari kanak-kanak sekolah..:)




Post a Comment

0 Comments