Amalan Hidup Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus Semasa Hayatnya : Al Fatihah Untuk Allahyarham.

As Salam,
Amalan Hidup Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus Semasa Hayatnya : Al Fatihah Untuk Allahyarham.-Pagi ini semasa sahur bersama suami dan anak-anak, suami beritahu saya akan pemergian Ustaz Ismail Kamus, seorang pendakwah yang sangat saya kenali melalui ceramah-ceramahnya.Beliau dikhabarkan meninggal dunia awal pagi tadi pada jam sekitar 12.30 pagi bersamaan Hari Jumaat, pada 15 Ramadan 1441.


نَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ustaz Ismail Kamus Rahimahullah, pendakwah tanah air yang kita kasihi telah kembali ke rahmatullah. 
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه.
Ya Allah, ampunilah dia, sayangilah dia dan maafkan kesalahannya.
Semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dari kalangan orang-orang yang beriman...
آمين🤲

Sejak zaman sekolah menengah lagi, saya dah terbiasa dengan nama Ustaz yang seorang ini.Dalam hayatnya, ada satu ilmu yang dikongsikan dalam ceramahnya yang Allah bagi hidayah, sehingga saya mengamalkannya hingga kini.

Sudah sekian lama, sejak saya mendapat ilmu ini, saya sentiasa mengamalkannya.Seingat saya ketika itu, saya mendengar ceramahnya pada sebelah malam, sambil mengosok baju sekolah dan baju kerja suami.

Lebih kurang begini, dalam ceramahnya itu, Ustaz memberitahu bahawa dia ingin kongsikan satu doa, doa yang dia mahu kita semua amalkan, yang ustaz beritahu ibarat Ibu Segala Doa.Saya pun dah ingat-ingat lupa.Tapi yang saya ingat ialah katanya begini :

Bila berdoa, jangan lupa doalah dengan cara begini : Ya Allah, makbulkanlah doa-doaku selagi mana ia baik untuk dunia dan akhirat ku.aamiin.

Kadang-kadang kita ni dalam berdoa, memang kita akan mohon macam-macam untuk dunia dan akhirat kan.Dalam pada berdoa itu, kita lupa nak mintak pada Allah supaya Allah kabulkan doa-doa kita.MasyaAllah.Sehingga sekarang, bila doa begini, ada masa juga saya minta Allah kabulkan doa ibu bapa saya, minta Allah kabulkan doa suami saya, minta Allah kabulkan doa anak-anak saya.Ada masa juga saya sebutkan nama sahabat handai dan saudara mara, supaya doa mereka Allah kabulkan.Ia ibarat hadiah saya kepada teman-teman yang banyak memberi manfaat dalam kehidupan saya.Alhamdulillah.

Dibawah ini saya kongsikan amalan Tuan Guru Ustaz Ismail Kamus, semoga menjadi panduan kita yang masih hidup.Istimewanya Allah jemput ustaz pada hari Jumaat yang mulia, dan pada bulan Ramadan yang penuh berkat.Bukan semua orang mendapatnya, bukan?

JADUAL KEHIDUPAN HARIAN YG DISUSUN OLEH Allahyarham Tuan Guru Dato ISMAIL KAMUS 
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita mintak).
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfr
( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X
8. Tahlil
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X
9. Baca Doa Nabi Yunus
( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x
10. Tasbih 40x
( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X
11. Solat Sunat Fajar.
12. Solat Subuh.
13. Baca Yaassin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas
16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas
18. Solat Isya'
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.
“ Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
Ustaz Ismail Kamus ❤️

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
🔸Allah akan sibukkan kita dengan harta.
🔸 Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
🔸Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
🔸Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
🔸 Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
🔸 Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
🔸Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
🔸Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
🔸 Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
🔸 Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
🔸Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)
tazkirah hati

#Share ilmu ini utk peringatan semua.
*InshaAllah*Semoga bermanfaat untuk dikongsi bersama sahabat maya.Àamiin
#KongsiIlmuBermanfaat
Salam takziah buat keluarga arwah... Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang Soleh... Aminn...


Post a Comment

3 Comments

  1. Pemergian Dato Ismail Kamus, mengingatkan saya kepada seorang lagi ulama Dato Ustaz Hassan Din, yang juga menghadap IILAHI pada tahun lepas dalam bulan ramadan juga. Rasa sunyi pula tanpa mereka yang selalu jadi rujukan. Walaupun ada pengganti, tapi tak sama.

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete
  3. Mohon share perkongsian dari Allahyarham Dato' Ust Ismail Kamus yea,

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!