As Salam,
Cara Buat Roti John Inti Daging Yang Sedap Dengan Roti Gardenia. -Iya. Iftar Hari ke-12 Ramadan saya buat Roti John versi Roti Gardenia.Biasalah.Nasib Roti Gardenia bulan puasa ni.Memang kurang laris kat rumah saya.Kalau tidak, satu pek jumbo sehari boleh habis.Dok keluar masuk dapur budak 5 ketul dalam rumah ni, selesai.Bila bulan puasa, si ayah tetap gigih membeli dua pek jumbo macam biasa.
Roti John versi roti gardenia yang akhirnya menjadi kesukaan anak-anak.
Roti John Inti Daging yang sedap versi Roti Gardenia
Dua hari sebelum ini, saya dah gunakan separuh untuk buat Puding Roti Sos Kastard.Ada lagi satu pek dengan expired datenya esok. Akhirnya, terhasillah menu roti john dengan versi roti gardenia.Mula-mula buat, macam tak confident akan rasanya.Takut budak-budak kat rumah ni pandang lain macam.Yelah, selalu depa makan roti john lain rupanya.Karang tak pasal maknya jugak yang kena hadap sensorang.haha.
Yelah, apapun mencuba tak pernah salah kan.muehee.
Anak-anak saya rupanya menyukai roti john dengan versi ini sebab intinya yang sedap, gabungan tiga jenis sos yang melimpah serta hirisan timun dan kobis yang fresh. ewahh.Marah abang roti john yang dok ambik order online tu.hehe.
Bila buat sendiri, takde sapa nak marah kalau kita letak inti lebih, sayur banyak atau sos melimpah.Kann.This is real roti john that we want! yeahh.
Saya buatlah inti dengan daging kisar, buat yang paling sedaplah kononnya.Nak bagi anak-anak supaya suka dan menepati selera depa.Padahal dah merata orang lain buat roti john dengan roti gardenia ni kan.But, this is special from my kitchen, gitu!
Resepi Roti John Dengan Roti Gardenia Tetap Sedap Dan Lembut Rotinya.
Sumber resepi : Cik Matahariku
Bahan-bahan Inti Roti John
1 pek roti gardenia saiz Jumbo ( roti disapu butter jika suka)
1 cawan daging kisar
1 biji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu makan cili kering blend
2 sudu makan kari daging
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili ( tak suka pedas, tak payah letak)
9 biji telur gred c
Minyak untuk menumis bahan inti
Garam dan gula secukupnya
Air dalam 1/4 cawan untuk lembutkan daging kisar.
Bahan-bahan hiasan roti john
1 cawan kobis hiris nipis
1 cawan timun hiris nipis
sos cili secukupnya
sos lada hitam secukupnya
mayonis secukupnya
Cara Menyediakan Roti John Inti Daging Yang Sedap Dengan Roti Gardenia
- Panaskan minyak untuk menumis bahan.Masukkan bawang besar yang dihiris, bawang putih diikuti daging kisar dan kacau perlahan.
- Masukkan cili kering blend.Diikuti sos cili dan sos tiram.
- Masukkan sedikit air.
- Kacau lagi dan perasakan.Biarkan seketika sehingga daging kisar lembut dan terbit minyak.Api sederhana sahaja.
- Sementara itu, sapu butter pada satu bahagian roti.Bila kita sapu butter pada roti, ia menjadikan roti gardenia lebih lembut dan berganda sedapnya dengan bau butter pada roti.
- Sapu permukaan kuali dengan sedikit minyak.Campurkan inti daging dengan telur yang sudah dikacau sedikit.Saya pecahkan telur 3 biji dahulu dan campurkan inti.Kemudian saya ulang step yang sama.
- Tuang inti yang sudah dicampur dengan telur ke atas kuali.Kemudian lekapkan sekeping roti atas inti tersebut.Roti yang disapu butter pada bahagian atas ya.Terbalikkan bila warna telur sudah keperangan.Biarkan bahagian roti yang disapu butter keperangan pula.Kemudian angkat dan letakkan bahan hiasan dan sos yang disukai.
- Ulang langkah yang sama sehingga selesai.
Step Bergambar Menyediakan Roti John
Antara bahan -bahan yang saya gunakan untuk buat inti daging.Segala mak nenek sos tak dapat snap sekali.Tapi boleh tengok kat senarai resepi yang saya kongsikan ya.
Ini jelah pic sebelum yang sempat saya shoot.Den tak kuasa nak ambik gambo sambil tangan comot.haha.Nasib baik ada anak no-2 yang memang rajin bab tolong ibu kat dapur.Kalau tak jem roti john atas kuali.
Saya memang recomended sapu roti dengan butter.Ia buat roti gardenia lebih lembut dan sedap baunya apabila dibakar atas kuali.Cubalah:)
kurang kemas sikit presentation roti john kita hari ni.Si anak yang tukang letak sos dan bahan hiasan, dia pulak jenis buat kerja cepat.Itupun asalnya kalau ikut dia nak lipat dua je roti tu.Saya paksa dia lipat triangle jugak.Barulah nampak semengah sikit kann.lagipun this kitchen is my territory.So, follow ur mum rules.kiki.
Selamat mencuba:)
6 Comments
Nampak sedap
ReplyDeleteselamat berbuka puasa
terima kasih WP:)
DeleteMenarik juga resipi ni
ReplyDeleteSaya pun ada roti ni dekat rumah beli masa sebelum puasa lagi
Kot2 expired dah tu haha
Roti ni sebenarnya pelbagai guna kann..banyak resepi boleh kita buat..nak expired baru kita terfikir nak buat apa dengan roti ni..
Deletesedapnya, melimpah ruah sosnya!
ReplyDeletememang sedap sebab sos dan intinya banyak, kita buat sendiri kann..:)
DeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!