Jika Ingin Rezeki Di Jamin Melimpah Ruah, Mari Amalkan 10 Perkara Ini

As Salam,
Syukur.Selamat menunaikan Ibadah Puasa untk hari yang ke-8.Semoga Ramadhan kali ini benar-benar dapat memberi keinsafan kepada kita semua.Allah maha berkuasa.Tidak Pernah terfikir untuk kita lalui Ramadhan kala dalam tempoh PKP ini, namun, apa pun kita mendapat hikmah yang terbesar dengan musibah penyakit berjangkit Covid-19.


Saya pun tak terfikir Ramadhan kali ini akan solat terawih berjemaah anak beranak di rumah sahaja.Kalau nak mintak budak-budak tu solat terawih memang ada saja alasannya.Bila mak bapak dah buat "kerahan tenaga" bahawa semua orang akan solat berjemaah, no excuse lah jawabnya.heh.

Finally, bila dah masuk seminggu puasa ni, okey je pun.Masing-masing dah tahu tugas sendiri,Siap ada yang tukang iqamah, bentang dan lipat sejadah, lepas solat mengaji-Alhamdulillah.Inilah rahmat terbesar yang family saya dapat dengan tempoh PKP ini.

Orait, kali ini saya nak kongsikan peringatan yang saya dapat dalam grup wassap family sebelah suami.Mengenai 10 Cara Rezeki akan mengalir laju dan melimpah ruah dalam hidup kita.

Hakikatnya, terdapat sepuluh rezeki daripada Allah yang telah dijamin untuk hamba-Nya. Rebut dan ambil rezeki daripada sumber yang telah diberitahu oleh-Nya.

Allah ya Rahman, ya Rahim, ya Razzaq, ya Ghaniy, ya Mughniy adalah nama-nama Allah yang bermaksud pemberi segala rezeki di dunia ini.

Tetapi bila menyebut soal rezeki, ramai akan bersangka dalam bentuk wang ringgit ataupun harta benda. Padahal rezeki itu ada pelbagai jenis.

1 – Rezeki Yang Telah Dijamin
“Tidak ada satu makhluk pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya.” (Q.S.11:6)

2 – Rezeki Kerana Usaha atau Kerja
“Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.” (Q.S.53:39)

3 – Rezeki Kerana Bersyukur
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu.” (Q.S.14:7)

4 – Rezeki Yang Tidak Disangka-Sangka
“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah SWT nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” (QS. At Thalaq: 2)

5 – Rezeki Kerana Istighfar
“Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta.” (QS. 71: 10-11)

6 – Rezeki Kerana Berkahwin
“Dan nikahkanlah orang yang masih bujang di antara kamu dan juga orang yang layak daripada hamba sahayamu baik lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah SWT akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya.” (QS. an-Nur: 32)

7 – Rezeki Kerana Anak
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.” (QS. al-Isra 31)

8 – Rezeki Kerana Sedekah
“Siapa yang memberi pinjaman pada jalan Allah SWT, pinjaman yang baik (infak dan sedekah) maka Allah SWT akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dalam jumlah yang besar.” (QS. Al Baqarah 245)

9 – Rezeki Kerana Keberkatan Pagi
Rasulullah SAW bersabda, “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau termasuk dalam kalangan orang yang lalai.Sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

10 – Rezeki Kerana Menjalinkan Silaturrahim
“Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim – Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Setiap manusia di muka bumi ini mempunyai rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah. Namun begitu, ini bukanlah bermaksud seseorang itu tidak perlu berusaha untuk mendapatkan rezeki yang lebih.

Masya-Allah.

Allah Maha Adil kepada hamba-Nya.
Sumber : Grup #Team1Hari1Ayat

Post a Comment

6 Comments

  1. Alhamdulillah, semoga kita mendapat rezeki yang berkat. Aamiin

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak sbb singgah blog saya...
    Betul tu rezeki ini Allah berikan dalam banyak cara dan bentuk, tak semestinya wang ringgit..
    Selamat berpuasa kak...

    ReplyDelete
  3. rezeki setiap manusia tidak sama. bersyukur dengan rzeki yang Allah berikan.

    ReplyDelete
  4. terima kasih utk peringatan. mudah-mudahan kita semua bersyukur utk setiap rezeki yg kita dapat. jangan banding2kan dgn apa yang org lain ada. :)

    ReplyDelete
  5. Thank you so much for the reminder. Kadang2 kite lupa rezeki bukan hanya pada harta benda tp banyak lagi. Rezeki dtg dalam pelbagai bentuk.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!