Kuih Siput Raya Lebih Rangup Dan Sedap Dengan Daun Kari Fresh Tanaman Sendiri-

As Salam,
Kuih Siput Raya Lebih Rangup Dan Sedap Dengan Daun Kari Fresh Tanaman Sendiri-Haih.Dua tiga hari ni mood buat cookies ke laut sikit.Bahan buat cookies banyak lagi yang tak complete. Saya pula tak suka dok saja menonton tv atau bermain phone sepanjang hari.Anak-anak pun dah pandai urus diri sendiri.Jadi, saya cari pasal dengan buat next hidangan untuk raya di rumah sendiri tahun ni.isk.isk.

Kuih Siput Raya Lebih Rangup Dan Sedap Dengan Daun Kari Fresh Tanaman Sendiri-

Kuih siput ni walaupun bukan hidangan wajib raya, tapi ia sangat nostalgia kepada saya dan mungkin adik beradik lain.Ibu kami tak pernah miss buat kuih siput setiap kali lebaran menjelma.Tambah sayu, bila raya tahun ini kami tidak dapat beraya bersama.Ibu kami ada bersama kakak yang menetap di JB.Sambil "menyiput" semalam, sambil saya bercerita kat anak-anak tentang nostalgia kuih siput raya ni dalam keluarga saya.Sedih pulak beb!

Resepi ini ada saya olah sedikit mengikut citarasa saya.Sebenarnya tak banyak pun yang saya olah, cuma kali ini saya tak guna santan dalam adunan kuih siput saya.

Kuih siput raya kali ini jugak special dari yang sebelum ini sebab buat pertama kalinya saya guna daun kari fresh dari pokok yang saya jaga sepanjang tempoh PKP ni.Aduhai, sayang betul nak ambik.Tapi tulah, bila saya fikir, dah memang kita tanam pokok tu untuk digunakan daunnya, maka bertabahlah saya time ambik dua tangkai daun kari tu.Sayang weii!

Resepi Kuih Siput Yang Sedap, Rangup dan Berempah Dengan Sukatan Cawan
Sumber Resepi : Grup Masak Apa Hari Ni ( Mahn) di Facebook
Olahan Resepi: Cik Matahariku

Bahan-Bahan Buat Kuih Siput :
Minyak yang secukupnya untuk menggoreng
1 kg tepung gandum
1 biji telur ( saya guna 2 biji telur )
4 sudu makan Margerin dicairkan
1/2 cawan santan @ separuh santan kotak ( saya tak letak )
1 1/2 sudu teh garam 
1 sudu teh gula
Air yang secukupnya

Bahan untuk dikisar
1 sudu teh jintan manis 
3/4 cawan udang kering @ ikan bilis 
2 sudu makan serbuk cili/ cili blend 
2 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan ketumbar
4 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
4 tangkai daun kari ( digoreng terlebih dahulu)

Cara-cara Menyediakan Kuih Siput yang rangup, sedap dan berempah
  1. Gaul tepung dengan butter yang sudah dicairkan.
  2. Masukkan kesemua bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk.Gaulkan hingga semuanya sebati.
  3. Masukkan telur.Uli sehingga ianya menjadi doh yang lembut.
  4. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.(Jgn masuk air byk sebab bahan yg diblend tadi cecair/ada air.)
  5. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat-bulat lebih kurang 1 cm dan golekkan atas acuan kuih siput.Ulang langkah ini sehingga doh habis.
  6. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
  7. Masukkan kuih siput yang telah siap di gentel dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan.( Daun kari masukkan waktu kuih siput hampir nak masak, kalau masuk awal terlalu garing daun kari tu)
  8. Simpan dalam bekas kedap udara.
 Kuih siput ni memang nampak banyak nau bentuk dan saiznya sebab saya sengaja bagi peluang semua anak-anak menolong.Bagi depa pengalaman menyiput.Lagipun mudah sahaja membuatnya.

Jika korang peminat kuih siput rangup macam akhak, bolehlah cuba buat kuih siput yang rangup dan sedap ni-

Orait, thanks read this entry dan selamat mencuba ya!


Post a Comment

5 Comments

  1. Rajinnya menyiput! Tak terasa tinggal beberapa hari lagi nak raya!

    ReplyDelete
  2. Cantik kejadian kuih siput tu ha..geram je akak tengok..dulu masa kecik2 mak rajin buatkan untuk kami..skrg mak dah x leh buat pape dah kan...kena beli je la..

    ReplyDelete
  3. jaman kecik2 dulu kalau raya mesti ada kuih ni.

    ReplyDelete
  4. ingat hujung minggu ni nak menggentel jugak siput nih... buat yang mudah-mudah jelah

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kuih siput. tak pernah cuba buat lagi. Mak mertua rajin juga buat kuih ni.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!