Pau Kukus Inti Kari Kentang Yang Sangat Lembut, Sedap Dan Pasti Menjadi

As Salam,
Pau Kukus Inti Kari Kentang Yang Sangat Lembut dan Sedap-Dulunya semasa saya belum pandai lagi menguli doh menjadi pau atau donut, saya selalu berangan nak buat pau atau donut yang lembut, gebus dan enak dimakan.Satu lagi impian saya, nak makan pau panas dari pengukus dapur saya sendiri.Sebelum ni, doklah beli pau kukus Iman atau segala mak nenek jenis pau kukus yang depa dok jual secara francais tu.

Pau kukus homemade dengan inti kari kentang pedas dan berempah- cukup lembut dan terasa intinya.

Pau kukus saya ni cuma berlapik kertas kosong A4 yang saya adjust dan gunting saiz empat segi.Memang tak sempat nak cari daun pisang bagai.Tapi jangan risau, pau kukus saya tetap mengembang elok dan lembut kejadiannya.heh.

Kesukaan saya pada segala jenis pau, donut dan roti terbawa-bawa sehingga saya mengandung kali pertama, mengidam pun nak pau kukus yang gebus tu, dan nak yang panas-panas.Masa tu jam 12 tengah malam.Mana nak cekau yang, kata suami saya.haha.Ini semua nostalgia masa lalu dan buat saya terkenang kembali bila saya mengukus pau sendiri di rumah.kiki.

Iftar pada Rammadan ke-11 saya macam biasa.Tidaklah terlalu mewah, tapi cukup mengenyangkan kami seisi keluarga.Anak-anak minta saya masak ikan siakap sambal dan nasi putih.Saya lengkapkan dengan sayuran terung dan telur dadar.Side dishnya pula saya buat pau kukus dengan inti kentang lebihan inti saya buat karipap kelmarin.Alhamdulillah.Ada sedikit buah tembikai yang saya potong by quarter.Kalau tak buat macam tu, depa tak makan tembikai yang simpan lama dalam fridge.

yang ini pic pau kukus saya without lighting.haha.Sama je kaler pau kukus den ni ha.Warna pau yang kat atas tu sebab guna lighting, nampak macam warnanya kuning.Yang penting sodapp.gitu.

Resepi Pau Kukus Kekal Lembut dan Gebus Walaupun Dah Sejuk
Sumber resepi : Cik Matahariku
Bahan-bahan Pau :
500 gram atau 1/2 kilogram tepung gandum
2 sudu teh yis mauripan
5 sudu makan gula pasir
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan butter/ planta/ marjerin
1 biji telur 
1 cawan air suam
secubit garam

 keadaan pau kukus sementara tunggu mengembang sekali lagi.Masa ni dah masukkan inti kari kentang.Saya dah buat comel-comel.Sekali depa mengembang, berhimpit-himpit jugak dalam loyang tu.

Keadaan pau selepas dikukus. Dengan resepi ini, saya dapat hasilkan lebih kurang 18 biji pau yang sangat lembut dan sedap.heh.

Cara Menyediakan Pau Kukus
  1. Masukkan yis mauripan, dua sudu gula dan dua sudu susu pekat dalam satu cawan air suam.Kacau sehingga larut gula dan susu pekat dan biarkan yis mengembang atau berbuih.
  2. Dalam bekas adunan, masukkan tepung gandum, butter, 3 sudu gula pasir dan secubit garam.Gaul dan ramas tepung hingga sebati.
  3. Masukkan larutan yis yang sudah berbuih sedikit demi sedikit  ke dalam adunan tepung.Mulalah uli doh dengan perlahan dan  lembut.Uli doh sehingga tepung tidak melekat lagi di tangan.
  4. Biarkan doh dalam 30-40 minit sehingga ia mengembang sekali ganda.
  5. Bila doh sudah mengembang, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.Boleh mula bentukkan bulat dan masukkan inti pau yang disukai.
  6. Biarkan pau yang sudah dimasukkan inti dalam loyang yang sudah disapu minyak.Jangan lupa alas pau dengan daun pisang.Kalau takde, boleh guna kertas minyak atau kertas A4 yang digunting ikut saiz pau.
  7. Bila pau dah mengembang sekali lagi, bolehlah dimasukkan dalam pengukus yang sudah sedia mendidih.
  8. Kukus pau sekitar 20-25 minit.Boleh cucuk pau dengan lidi atau garfu untuk check pau dah masak atau belum.Kalau lidi yang dicucuk bersih, maka pau sudah sedia diangkat.
  9. Boleh terus makan sebab pau sedap makan apabila panas.haha.
 Buat pau kukus ni sangat mudah dan untung.Untung sebab bila kita nak makan pau yang panas pada keesokannya, kita boleh kukus semula.Dapatlah rasa pau kukus panas dari pengukus di dapur sendiri.Best kann.

Selamat mencuba pau kukus yang pasti menjadi- tetap kekal lembut walau dah sejuk.

Untuk intinya pula, boleh buat sendiri.Kalau malas, ko boleh masukkan inti kaya pandan, nutella, sardin, tuna, sambal tumis balance nasi lemak, beli inti kacang merah isntant,dan banyak lagi.

Orait, selamat mencuba guys! -


Post a Comment

10 Comments

  1. Ya Allah sedapnya, kita ni lama dah terinhin nk buat... tapi tak terbuat2... macam mudah je akak buat ni, nnti nak cubala

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, boleh cuba buat sendiri, boleh juga guna resepi pau sambal atau donut dalam blog ini utk buat doh pau kukus:)

      Delete
  2. Salam,kebetulan saya tetiba nak buat pau petang nnt. tengoklah macam mana. haha
    thanks utk resepi ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, bolehlah cuba sis.Saya pun dah lama nak buat, baru semalam sempat buat.

      Delete
  3. Sedap makan kuih pau panas-panas!

    ReplyDelete
  4. Ya Allah sedapnya pauuuu.
    Saya suka sangat kalau inti kari kentang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, pau panas memang sedap, lagi kalau tengah lapar..hehe..

      Delete
  5. mmg gebu pau dia.. tak pernah try lagi nak buat pau takut x jadi.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba juga buat sis, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya..:)

      Delete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!