As Salam,
Pengalaman Pertama Kali Buat Dumpling Kukus Inti Ayam- Iftar untuk hari ke-14 Ramadan kali ini saya cuba sedikit kelainan dengan menyediakan Dumpling kukus inti ayam version Melayu-jawa.haha.Jangan marah na.Kalau ikutkan chinese style food ni, bukanlah familiar sangat bagi saya.Dalam banyak-banyak chinese style food, yang saya biasa makan selain nasi ayam hainan, hanyalah Dimsum.
Dumpling Kukus Inti Ayam-Dumpling fist time try ini rasanya dan bentuknya seakan "menjadi" cuma anak-anak complain sebab kulitnya tebal dan isinya kurang berasa.Saya pula membayangkan Dumpling ini pasti lebih sedap jika dimakan bersama sup.
Dumpling ni pun banyak version.Korang boleh kukus, rebus atau goreng dengan minyak sedikit.Resepi yang saya ikut ni, sepatutnya Dumpling ni digoreng dengan minyak yang sedikit.Saya dan Encik Suami pula suka jenis yang kukus.Jadi, saya decide untuk kukus sahaja Dumpling yang baru pertama kali saya cuba ini.
Resepi ini saya ambil di FB, dan saya ikut cara menyediakan Dumpling seperti yang ditunjukkan.Cuma saya tambah dan olah untuk bahagian kulit.
Personally, saya tetap suka akan hasil Dumpling first time try ni sebab ia still boleh dimakan, cuma saya agak ia mungkin bukan taste anak-anak saya.heh.
Resepi Dumpling Goreng Inti Ayam
Sumber Resepi :Zurina Zulkefli (FB)
Olahan resepi : Cik Matahariku
A) Inti
✓ 3/4 ketul isi ayam - cincang hancur
✓ 1 biji telur ayam - pastikan dicuci bersih
✓ 1 biji bawang besar - potong dadu
✓ 1 akar daun bawang - hiriskan
✓ 1 sudu kecil serbuk stok ayam knorr atau serbuk lada sulah ajinamoto
✓ 1 sudu kecil tepung jagung
- Caranya, campurkan semua sekali bahan di atas dan biarkan seketika di dalam peti sejuk untuk rasanya mesra. Pilihan sekiranya mahu rasa yg lengkap, boleh isi setitis dua minyak bijan.
Nota : Ada resepi lain yang inti ini dimasak atas api terlebih dahulu, barulah dibuat inti dumpling.Saya tak masak, sebab ikut resepi ini )
B) Kulit
✓ 1 cawan tepung gandum ( saya buat 2 cawan tepung gandum )
✓ 4 sudu besar tepung ubi kayu ( saya guna 7 1/2 sudu besar tepung ubi)
✓ Secubit garam
✓ Air panas - agak2
- Caranya gaulkan semua bahan sehingga menjadi doh
- Uli doh sehingga nipis dan tekap menggunakan cawan untuk mendapatkan bentuk bulat
Nota : Kalau malas dan nak mudah boleh beli kulit Dumpling di pasaraya.Saya pula sebab nak ambik pengalaman kononnya, saya buat sendiri kulit Dumpling sebab nampak mudah sahaja menyediakan doh kulit.Cabaran bila buat sendiri kulit Dumpling, korang kena pastikan yang kulit dia benar-benar nipis barulah Dumpling jadi sedap dan berjuicey bila dimakan.
C) Cara menjadikan dumpling
✓ Isikan inti ayam ke atas kulit kemudian tarik/renggangkan sedikit kulit dan tutup inti.
✓ Tekap kulit dumpling menggunakan garfu sahaja.
✓ Sediakan kuali leper dan panaskan sedikit sahaja minyak masak.
✓ Masukkan dumpling dan biarkan ia sedikit masak kemudian curahkan sedikit air ke atas dumpling dan tutup kuali.
✓ Biarkan air sehingga kering dan warna dumpling menjadi keemasan.
✓ Sedia dihidang. Dumpling boleh dicicah dengan kicap cair atau chili oil dan ditemani dengan air teh 'o panas.
Nota : Saya tak goreng Dumpling sebaliknya saya pilih untuk kukus dalam tempoh 15-20 minit.
D) Resepi chili oil
✓ Panaskan minyak masak di dalam kuali kemudian tumiskan 5 ulas bawang putih cincang dan 2 hirisan halia juga dicincang.
✓ Sehingga bawang menjadi warna keemasan, padamkan api dapur dan masukkan 2 sudu besar serbuk cili kasar (chili flakes) dan satu sudu besar kicap pekat.
✓ Jangan lupa taburkan secubit garam. Gaul sebati dan sedia dihidang.
Nota : Saya tak buat Chili oil tapi saya guna sauce popia yang dah sedia ada dalam fridge.Means saya makan Dumpling ni dengan Chili sauce ala popia sauce:)
Cara Bergambar Menyediakan Dumpling Kukus Inti Ayam
Cara Bergambar Menyediakan Dumpling Kukus Inti Ayam
Untuk inti Dumpling, saya pilih mana yang ada di kitchen saya.Isi ayam tu saya malas nak chop dia, jadi saya blend sahaja.Dalam pic ni saya tak masukkan bawang holland, sebab terlupa.Tapi bawang holland ada saya masukkan dalam inti ini. Pada pendapat saya, lain kali jika saya nak buat lagi dumpling, saya akan masak dahulu intinya supaya lebih sedap dan berasa:)
Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.Biarkan seketika dalam chiller sementara kita siapkan kulit dumpling pula.
Doh kulit dumpling yang saya baru uli untuk kali pertama.Doh ini perlu direhatkan selama satu jam.Kemudian, kita uli sekali lagi supaya ia jadi lembut dan mudah dinipiskan.
Ini rupa doh yang sudah direhatkan satu jam.Selepas saya uli sekali lagi, barulah saya buat ring kat tengah doh, dan canai sehingga jadi sedikit nipis seperti dalam pic.Potong dua bahagian, sebelum kita potong lagi kepada beberapa bahagian kecil.
canai lagi doh ini seperti dalam pic sebelum kita potong dia kepada beberapa bahagian kecil.
Kemudian, bila dah jadi bahagian kecil seperti ini, bolehlah canai kepada bentuk bulat sebelum kita bentukkan dia menjadi kulit dumpling, atau bentuk apa sahaja kesukaan korang. Pengalaman saya, sangat mencabar untuk mendapat kulit dumpling yang betul-betul nipis.Sebaiknya, untuk jimat masa saya cadangkan korang beli je kulit yang dah siap di pasaraya.
kredit kulit dumpling ni untuk Eqin, anak nombor dua saya, yang rajin tolong saya di dapur:) saya tukang nipiskan doh, dia tukang masukkan inti dan "style" kulit dumpling.Okey jugaklah air tangan anak kedua saya ni kann? Memang nampak bersepah sikit dan comot sebab time uli doh ini kena standby tepung, jika tidak akan melekat tepung atas dulang.
Kukus Dumpling ayam ni sekitar 15-20 minit.
Dumpling Kukus Inti Ayam yang baru sahaja diangkat dari pengukus.Jangan lupa sapu sedikit minyak kat loyang pengukus tu ya.
Jika anda peminat dumpling, boehlah cuba buat sendiri dengan resepi yang saya kongsikan ini.
Selamat mencuba, dumpling kukus inti ayam-Percubaan pertama saya yang saya anggap boleh diperbaiki lagi pada masa akan datang.InshaAllah.
Selamat mencuba, thanks reading this entry:)
3 Comments
Owhh dumpling namanya.
ReplyDeletecantik menjadi dumpling nya. sedap tu makan panas-panas.
ReplyDeletehi sis.. nak tanya ...kenapa bila saya kukus dumpling ni jadi keras tepinya... saya pakai kulit yg dah siap..
ReplyDeleteThanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!