Sikap "Over Confident " Punca Utama Temuduga Kerja Kerajaan Gagal

As Salam,
Sikap "Over Confident " Punca Temuduga Kerja Kerajaan Gagal-Yup.Tentu ramai yang tidak percaya bila saya katakan begitu.Tetapi dengan pengalaman sendiri, saya yakin sikap terlalu yakin atau over confident antara punca utama tiga kali temuduga kerja kerajaan yang saya hadiri menemui kegagalan.

cara lulus temuduga kerja

apa itu ujian psikometrik





Jika anda pembaca setia blog ini, mungkin sedikit sebanyak anda mengenali saya.Jika anda New Visitor di Blog ini, saya ingin perkenalkan diri, saya merupakan seorang Guru.Saya memulakan kerjaya guru hanya pada usia 32 tahun, selepas mendapat tawaran mengikuti KPLI pada tahun 2010.Ketika itu saya sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahayamata.

Sedikit gambaran sebelum saya teruskan cerita ini, saya sebenarnya telah cuba memohon untuk menjadi Guru sejak usia 19 tahun, ketika itu sedang belajar dalam tingkatan 6 Atas di salah sebuah menengah di Kota Tinggi, Johor.Masa tu, memang ramai guru kami yang memberi semangat dan motivasi, berada di tingkatan 6 ni ibarat sebelah kaki kita dah berada di Universiti.Zaman 90-an dulu, berjaya menjejak kaki ke universiti merupakan antara hal yang menjadi kebanggaan keluarga dan diri sendiri.

Namun pada masa sama, ada juga guru yang memberi galakan supaya kami memohon peluang belajar di Maktab Perguruan, kerana selepas tamat pengajian di maktab, sah-sah pekerjaan sudah menanti kami.Kerja dengan gomen (goverment) pulak tu.Bakal mak mertua mana yang tak sayang kann.hehe.

cara jawab soalan ujian psikometrik
Dapatkan Tips Menjawab Ujian Psikometrik di SINI-Klik gambar-

Jika dihitung, sejak tahun 1996 saya sudah  menghadiri ujian temuduga dan Ujian Psikometrik ( zaman saya ambik ujian tu dipanggil Ujian INSAK ).Kali pertama ambik Ujian INSAK ni memang failed.Masa tu tak fikir dan tak serius pun.Confident je lebih.Rezeki takde kat situ.Alhamdulillah, saya berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. 

Tamat pengajian di universiti, saya terus mohon jadi guru sandaran tidak terlatih.Pergi PPD Kota Tinggi, bawak surat berlipat dan bersampul (biru merah) dengan bertulis tangan.Masa tu kalau nak apply jadi guru sandaran memang kena mohon dengan tulisan tangan.Kalau ikutkan memang tulisan tangan saya lawa (kiki).Tapi tulah, confident punya pasal, datang interview, lengang kangkung je.Tak bawak sijil bagai.Pakaian pula tak berapa kemas.Bila saya kenang semula waktu ini, saya tahu saya memang tidak sungguh-sungguh dengan temuduga tersebut sebab saya ambil mudah dan anggap kerja guru "tidak memerlukan pelbagai usaha gigih"-
tips jawab soalan psikometrik
Buku lengkap tentang Panduan Menjawab Ujian Psikometrik-Klik Untk dapatkan Tips-

Sementara mendapat pekerjaan yang sesuai dengan degree yang saya perolehi semasa di universiti, saya jadi guru di salah sebuah sekolah swasta di Bandaraya Johor Bahru.Sambil bekerja, tetaplah saya mohon juga Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi membolehkan saya menjadi guru di sekolah kerajaan. Seingat saya, dalam tempoh tersebut dalam 3 hingga 4 kali saya mohon, sebelum mengakhiri zaman bujang saya.

Kali ini, saya buat persediaan lebih sikit memandangkan kami diberi makluman supaya bersedia dengan pelbagai dokumen, input-input temuduga dan juga ujian Insak (Ujian Psikometrik ) sekali lagi.Ujian yang bagi saya lebih kurang sahaja soalan-soalannya setiap kali saya jawab.Waktu ini, saya anggap Ujian Psikometrik tu tak penting.Rupanya saya silap!

Selepas saya mengikuti Ujian Psikomterik kali terakhir sekitar tahun 2009, barulah saya tahu bahawa yang menentukan kita mendapat pekerjaan dalam sektor awam, bukanlah semata-mata daripada temuduga yang kita hadiri, malah kebanyakan calon yang memohon kerja kerajaan gagal dalam permohonan mereka selepas tersingkir melalui saringan Ujian Psikomterik.

Apakah Sebenarnya Ujian Psikometrik ?
Ujian Psikometrik kini menjadi salah satu kewajipan kepada semua pemohon jawatan di sektor awam.Ujian ini mengukur pola-pola berfikir dan tindakan serta tabiat seseorang dalam menghadapi atau berhadapan dengan situasi tertentu.Dengan skor yang kita perolehi, ia menentuka  kita layak atau tidak bekerja di sektor kerajaan.Dengan skor tersebut juga, para penemuduga sudah dapat kenalpasti kita ni jenis pekerja yang macam mana.

Saya pula lepas temuduga yang terakhir untuk mendapat KPLI apabila membaca mengenai saranan dan input serta tips daripada beberapa laman web yang berkaitan kerjaya di sektor kerajaan.

Betullah.Kita ni, kalau tak mahu ubah nasib dan cara kita berfikir, akan jadi macam tu sahajalah nasib kita.Di takuk lama.Pengalaman saya, selepas berjaya melepasi temuduga dan menjawab dengan cara yang betul dalam Ujian Psikometrik, barulah saya nampak, untuk berjaya, kita perlu berubah.Ibaratnya, nak dapat hasil yang berbeza, usaha juga perlu berbeza :)

Memandangkan saya berjaya dengan perkongsian tips dari Team Kerjaya ini, saya juga ingin cadangkan supaya anda yang berminat untuk bekerja dalam sektor awam, terlebih dahulu khatam Rujukan Ujian Psikomterik- 

Sikap Over Confident seperti yang pernah saya lakukan dahulu rupanya batu penghalang yang menyebabkan saya harus menunggu bertahun-tahun untuk melepasi kelayakan dipanggil mengikuti KPLI.Pada masa sama, rakan yang sebaya saya, yang sudah melepasi ujian itu, kini sudah senior 8 tahun dari saya.Ruginya masa dan seniority!

Cukuplah saya melalui pelbagai "halangan yang saya cipta sendiri" kerana kesombongan, kemalasan untuk berusaha dan berubah-Bagi diri anda, beri peluang diri sendiri untuk mencipta kejayaan dan "berusaha lebih sikit" jika mahu mendapat hasil yang "lebih sedikit" dari orang lain.

kerja kerajaan yang senang dapat
Tips dan Rahsia Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan-Klik Untuk Dapatkan Tips

Saya kongsikan sekali lagi, tips dan perkongsian terbaik dan terlengkap berkaitan Ujian Psikometrik dan juga Tips Temuduga kerja Kerajaan sekiranya anda memerlukan.Boleh share dengan rakan lain jika mereka memerluka  tips dan panduan yang sama :)

  1. Tips Penting Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Yang Mudah Dan Betul
  2. Tips Menghadiri Temuduga Kerja Kerajaan Supaya Lebih Berkeyakinan

Harapan saya, semoga apa sahaja yang kita usahakan sama ada untuk mendapat pekerjaan yang baik atau mencapai sesuatu impian atau target dalam hidup kita, jangan sesekali ada sikap terlalu yakin tanpa iringan usaha dan tawakal kepada Allah.Jangan amalkan sikap sambil lewa dan ambil mudah semua perkara. Orang berjaya tidak lahir dari sangkar emas melainkan ada keringat peluh, keazaman dan kemahuan untuk menjadikan hidup lebih bermakna dan diberkati.

Selamat Mengubah Hidup, Jika Tidak Kita yang Mulakan, Siapa lagi yang akan buat untuk kita ?
Terima kasih membaca post ini hingga selesai-Andalah Pemenang sebenar!





Post a Comment

5 Comments

  1. setuju dengan tips akak tu, memang sikap over confident atau terlalu berlebihan boleh jadi salah satu sebab kita gagal kerja gomen, teringat masa pergi temuduga kerja pada tahun 2002 memang masa tu takut, jawab soalan pun berani-berani takut yelah kita muda lagi kan, lepas tunggu setahun baru lah di panggil dapat kerja gomen. dana dah mula kerja dengan semi gomen pada tahun 2003 hingga 2007 lepas tu dapat tawaran ke gomen masa tu memang tak sangka dapat kerja gomen walaupun masa tu jawatan setiausaha pejabat tapi sebab dia ambil kelulusan SPM, gaji pokok cuma 600++, tapi lepas beberapa tahun kerja ada kenaikan lepas pak lah jadi PM, pastu tahun 2010 baru diploma kami di iktiraf dan dapat gaji ikut diploma dan setaraf...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, bersyukur kan Dana bila pekerjaan yang kita sukai akhirnya kita dapat, sikap memang kena ubah jika mahu capai impian hidup yang lebih baik..:)

      Delete
  2. sy prnh over confident tp bkn ms interview..
    ms jwb exam.. konon dh power.. blh dpt A..
    skali kuar result dpt B.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan akak, punyalah sangka kita dah jawab betul semua , sekali dapat result, hampeh jugak..

      Delete
  3. kadang-kadang kita tak perasan pun yang sikap tu ada dalam diri, bila saya renung balik masa lalu, baru saya insaf dan harap tulisan ini dapat beri kesedaran awal kepada pembaca blog yang berminat bekerja dalam sektor awam.

    ReplyDelete

Thanks Read This Entry:) Drop your comment, So I know That You Are Visit My Blog.Thanks In Advance My Sweet Readers!